Warga emas bantuan JKM bakal menerima BR1M Khas – MB

May 4, 2012 by  
Filed under Jejak Usaha MB

Share |

SENAWANG, 04 Mei – Seramai empat ratus ketua isi rumah menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di SMK Seri Pagi, Senawang, petang tadi.

Penerima fasa keenam ini adalah terdiri daripada mereka yang membuat rayuan disebabkan oleh tersilap mengisi borang BR1M.

Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar menyerahkan sendiri BR1M ini dan menasihatkan setiap ketua isi rumah agar menggunakan bonus istimewa daripada kerajaan untuk perbelanjaan berhemah dan sekiranya berniat untuk menabung, itu adalah lebih baik.

Di dalam ucapan, beliau turut menjelaskan hasrat kerajaan pimpinan Barisan Nasional yang mahu melihat rakyat akan terus dibela dengan sebaik mungkin. Setakat ini sebanyak lima juta ketua isi rumah telah menerima BR1M.

Menurut Menteri Besar lagi, Perdana Menteri baru-baru ini turut bersetuju untuk memberi BR1M kepada penerima warga emas yang mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap bulan, di mana pemberian ini akan bermula pada minggu hadapan.

Bantuan BR1M untuk warga emas tidak termasuk di dalam belanjawan 2012 yang diumumkan, namun kerajaan prihatin kepada warga emas, terutamanya yang tidak mempunyai keluarga.

Turut hadir, Tn Hj Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ahli Parlimen Rembau, Dato’ Firdaus Harun, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Puan Arfah Md Dom, Ketua Wanita UMNO Bahagian Rembau dan Tn Hj Mohd Razib Jamaludin, Pengetua Cemerlang, SMK Seri Pagi, Senawang.

Oleh : Dudi Aziz

Enter Google AdSense Code Here

Comments are closed.