Wanita Thailand dihukum gantung edar dadah
ALOR SETAR, 04 Julai : Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang wanita Thailand selepas didapati bersalah mengedar dadah, dua tahun lalu.
“Secara umumnya tertuduh tidak menafikan bahawa dia membawa dua beg itu dari Bangkok, yang diterima daripada dua lelaki Afrika untuk diserahkan kepada seorang lelaki Afrika yang lain di pekan Changlun.
“Keterangan tertuduh bahawa dia tidak tahu apa kandungan beg itu hanya diada-adakan bagi melepaskan diri, justeru tertuduh gagal menimbulkan keraguan yang munasabah semasa pembelaannya,” katanya.
Natcha yang menghidap sakit jantung berlubang dan mempunyai seorang anak berusia lapan tahun didakwa mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
- BERNAMA












