Tunang, ibu dan kakak maut dalam kemalangan

March 6, 2012 by  
Filed under Articles

Share |

KOTA TINGGI 6 Mac – Hasrat seorang gadis untuk mengikat tali pertunangannya pada 17 Mac ini tidak kesampaian apabila bakal tunangnya maut dalam kemalangan di Kampung Sri Jaya di Kilometer 28.5 Jalan Kulaijaya-Kota Tinggi di sini semalam.

Lebih menyayat hati, tragedi pukul 2.40 petang itu turut meragut nyawa ibu dan kakak gadis tersebut.

Mangsa yang terbunuh ialah bakal tunang Fazlina Othman, 25, iaitu Muhammad Hazwan Ahmad, 25, serta ibu dan kakak Fazlina, Saemah Mantu, 65, dan Fatimah, 35.

Ketiga-tiga mangsa termasuk Fazlina dan seorang anak saudaranya, Ahmad Razim Faizal, 3, dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke kampung mereka di Felda Air Tawar 1, sebelum kereta dipandu Muhammad Hazwan bertembung dengan sebuah lori yang membawa muatan ikan.

Dalam kejadian itu, Fazlina mengalami kecederaan di bahagian tangan kiri, manakala Ahmad Razim yang cedera di kepala kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA). Pemandu lori berusia 33 tahun itu bagaimanapun hanya cedera ringan.

Enter Google AdSense Code Here

Comments are closed.