Tun Mahathir gesa kaji pengajian IPT
Kerajaan diminta mengkaji semula sistem pembelajaran dan pengajaran di institusi pendidikan tinggi (IPT) tempatan bagi memastikan ia relevan dan mampu memenuhi keperluan pasaran tenaga kerja pada masa depan.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata langkah itu perlu kerana sistem pendidikan di Malaysia diwarisi daripada penjajah Inggeris yang memberi penekanan terhadap aspek akademik (teori), berbanding latihan praktikal.
Pada majlis itu, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar turut diumumkan sebagai Ahli Panel Penasihat KRU Akademy bersama lima pakar dari luar dan dalam negara.
Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata beliau bersedia dihadapkan ke mahkamah sekiranya pihak pembangkang mempunyai bukti kukuh bahawa beliau terbabit dengan skandal penyelewengan wang ketika memegang jawatan sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun.
Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pemimpin veteran DAP merangkap Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, baru-baru ini bahawa Dr Mahathir khuatir jika pakatan pembangkang mengambil alih Putrajaya, skandal kewangan sepanjang 22 tahun pemerintahannya akan didedahkan.











