Terenganu mln NS seri

April 18, 2012 by  
Filed under BOLA SEPAK NS, Sukan

Share |

 Perlawanan Liga Super Pusingan kedua Negeri Sembilan menentang Terengganu dijangka sengit peringkat awalnya, berkesudahan seri satu sama kepada kedua-dua pasukan.

Terengganu yang bertandang di padang Negeri Sembilan, Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi tidak berjaya mempamerkan permainan cantik dan tiada penyudah berbisa yang dapat menewaskan gawang Negeri Sembilan yang di kawal ketat oleh Farizal Marlias.

Hanya kesilapan awal dari tuan rumah memberi peluang kepada Terengganu memburu gol pertama hasil tendangan penalti pemain import diminit ke-4,  Francis Forkey Doe, apabila Abd Manaf Mamat dijatuhkan Rashid Mamud di kotak gol Negeri Sembilan.

Tuan rumah, Negeri Sembilan banyak terlepas menjaringkan gol sepanjang perlawanan dan hanya diminit ke-21, Sharbinee Allawee dapat ditewaskan penyerang sensasi Effa Owana apabila gawang Terengganu kucar-kacir hasil gandingan serangan Effa, Shahruain dan Shukor Adan di hadapan pintu gol.

Namun begitu, peluang menambah gol buat pasukan NS gagal disempurnakan oleh Effa Owana yang mengambil sepakan penalti di minit ke-84, di mana sepakannya melambung di atas tiang gol.

Sepakan penalti diberi kepada pasukan NS oleh pengadil perlawanan Kamal Ahmad apabila Shahruian dijatuhkan di kotak penalti hasil gerakan solonya dari jarak 25m.

 Oleh Dudi Aziz

Enter Google AdSense Code Here

Comments are closed.