Tarik lesen jika sewa kepada warga asing

August 1, 2012 by  
Filed under Berita Nasional

Share |

Kuala Lumpur, 01 Ogos : Pihak berkuasa tempatan (PBT) digesa menarik balik lesen perniagaan rakyat tempatan yang menyewakannya kepada warga asing.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung, berkata ahli perniagaan yang diberi lesen sepatutnya menguruskan sendiri bisnes mereka dan bukan mengambil jalan mudah menyerahkannya kepada warga asing.

Tak layak dapat lesen

“Ini memang tidak betul, jadi kita minta pihak berwajib supaya tarik balik lesen mereka (pemilik) yang didapati berbuat demikian kerana ini sudah kira salah guna lesen.

“Ini juga jelas melanggar peraturan, orang macam ini tidak layak memegang lesen perniagaan,” katanya ketika ditemui pada program Perbincangan Awam Berhubung Tanah Berskala Besar Bukit Kiara di Bangunan BAKTI Tun Dr Siti Hasmah di sini, semalam.

Ditanya cadangan mewajibkan pemilik rumah dan perniagaan mendapatkan kelulusan PBT sebelum menyewakan premis mereka kepada warga asing, Chee Heung berkata, ia di luar bidang kuasa kementerian kerana membabitkan hak individu.

Semalam BH melaporkan cadangan penganalisis supaya pemilik rumah, tanah dan premis perniagaan yang mahu menyewakannya kepada warga asing mendapatkan kelulusan PBT terlebih dulu.

Ia antara cadangan bagi mengatasi masalah kebanjiran warga asing di sekitar kawasan Lembah Klang, khususnya mereka yang menguasai beberapa sektor perniagaan dan penempatan.

Mengikut cadangan itu, pemilik dan bakal penyewa warga asing perlu ke balai polis terdekat untuk menyerahkan butiran peribadi, serta jenis premis dan alamat, dan menggunakan maklumat itu memantau pergerakan warga asing.

Enter Google AdSense Code Here

Comments are closed.