Tahlil Merdeka di Masjid Negeri Esok

August 29, 2012 by  
Filed under News1

Share |

SEREMBAN, 29 Ogos – Seluruh masjid di Negeri Sembilan disarankan mengadakan tahlil sempena menyambut hari kemerdekaan kali ke-55 yang jatuh pada hari Jumaat.

Ujar Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan di sidang media ringkas petang tadi.

Menurut Menteri Besar, kesempatan ini perlu dimanfaatkan oleh rakyat negeri ini untuk kita berjemaah bermohon kepada Allah Taala agar melindungi negara Malaysia dari ancaman mereka yang tidak bertanggungjawab.

Negara yang telah mencapai kemerdekaan selama ini perlu terus dipelihara dan di jaga oleh rakyatnya sendiri dan tidak perlu memberi peluang kepada pihak lain berkuasa di negara ini.

Bacaan Tahlil Peringkat Negeri Sembilan akan di adakan di Masjid Negeri Seremban, keesokan hari iaitu hari Khamis dengan dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah dan disusuli dengan tahlil kemerdekaan sebelum di sambung dengan solat Isya.

Kerajaan Negeri juga telah mengeluarkan surat pekeliling kepada semua masjid di Negeri Sembilan mengadakan majlis serupa serentak untuk tujuan yang sama.

Menteri Besar juga menyeru kepada rakyat negeri ini yang menganut agama selain Islam, mengadakan majlis mengikut anutan agama masing-masing di kuil, di tokong dan di gereja bermohon agar negara ini terus berada dalam keadaan aman dan sejahtera.

Menurut Menteri Besar lagi, “semoga dengan doa dan permohonan dari rakyat negeri ini dan Malaysia, kita terus mengutamakan perpaduan, kesejahteraan serta saling hormat menghormati di antara satu sama lain.”

Sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-55

Akan diadakan pada 31 Ogos 2012 di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS) yang turut disertai lebih dari 100 kontinjen pelbagai agensi, bekas anggota keselamatan negara dan anggota keselamatan negara.

DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan DYMM Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tengku Aishah Rohani binti Tengku Besar Mahmud turut pekenan mencemar duli di Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Kali ke-55.

Baginda berdua dijangka tiba pada pukul 8:30 pagi.

Perarakan kontinjen dan tabik hormat akan bermula selepas itu.

Semangat Hari Kemerdekaan

Menurut Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, tanggungjawab mengekalkan kemerdekaan yang dikecapi negara selama ini merupakan tanggungjawab bersama.

“Walaupun setiap manusia mempunyai fikiran berbeza dan pendapat yang berlainan, apabila membicarakan soal kemerdekaan, perasaan dan jiwa perlu bersatu hati.” Katanya lagi.

“Letakkan perbezaan fahaman tersebut dan terima pandangan yang baik agar satu keputusan untuk kebaikan semuadapat di capai.” Ujar beliau.

Enter Google AdSense Code Here

Comments are closed.