Sultan Selangor pengerusikan Mesyuarat ke-228 Majlis Raja-Raja

February 23, 2012 by  
Filed under Articles

Share |

KUALA LUMPUR 23 Feb. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempengerusikan Mesyuarat ke-228 Majlis Raja-Raja di Istana Negara di sini semalam.

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah beramah mesra dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Ke-228 Majlis Raja-Raja di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA


Mesyuarat hari pertama itu dihadiri semua Raja Melayu kecuali Kedah diwakili Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Datuk Seri Utama Tunku Annuar Sultan Badlishah dan Pahang oleh Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Raja-raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sabah dan Melaka diiringi Ketua Menteri masing-masing kecuali Sarawak yang diiringi Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu.

Mesyuarat itu antara lain membincangkan perkara berkaitan agama, pertahanan, keselamatan, pelantikan, ekonomi serta perkembangan industri.

Majlis santapan malam sempena Mesyuarat ke-228 Majlis Raja-Raja akan diadakan di Istana Negara malam ini. – BERNAMA

Enter Google AdSense Code Here

Comments are closed.