Selamatkan alam sekitar dan bumi kita

February 23, 2012 by  
Filed under Berita Bergambar

Share |

SEREMBAN : 23 Feb. – Seramai lebih kurang 3000 orang dianggarkan akan berarak bersempena menyambut hari peringatan Pandu Puteri Sedunia 2012 peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Negeri Sembilan pada Ahad ini bermula jam lapan pagi.

Sambutan yang bertemakan ‘Kita Boleh Menyelamatkan Bumi Kita’ akan menghimpunkan 15 buah negeri di Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak.

Sambutan ini adalah anjuran bersama dari Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Negeri Sembilan.

Menurut Yang Dipertua PPPM Cawangan Negeri Sembilan, Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumudin, di Negeri Sembilan setiap daerah akan menghantar wakil dan secara keseluruhannya seramai 1300 orang akan berhimpun bersama pada hari tersebut.

“Puteri Islam juga turut mengambil bahagian dalam majlis tersebut iaitu seramai 300 orang manakala beliawanis yang akan turut serta pula seramai 200 orang,” kata beliau.

Dalam upacara tersebut, pelbagai acara akan diadakan iaitu seperti ‘Flag Off’ oleh Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Aishah Rohani Al-Marhum Tengku Besar Mahmud merangkap Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Cawangan Negeri Sembilan.

Seramai 46 orang kurang upaya (OKU) yang menggunakan kerusi roda akan turut serta berarak dalam majlis tersebut.

Selain itu, acara pengedaran beg plastik kitar semula akan diagihkan kepada orang ramai bagi mengumpulkan bahan-bahan kitar semula seperti surat khabar lama, botol, plastik, dan lain-lain.

Terdapat juga pameran membuat kraf tangan dan gerai-gerai menjual bahan-bahan terbuang akan diadakan dalam majlis itu.

Turut keberangkatan, Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak, Raja Nor Mahani Raja Haji Shahar Shah merangkap Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Turut hadir, Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Cawangan Negeri Sembilan dan Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Datin Seri Hajah Zalillah Mohd Taib.

 

Enter Google AdSense Code Here

Comments are closed.