Rumah penyanyi Alleycats terbakar di Pulau Pinang
GEORGETOWN, 06 Ogos : Tingkat atas rumah dua tingkat penyanyi Alleycats, mendiang Datuk A. Loganathan di Jalan Azyze Tanjung Bungah di sini musnah dalam kebakaran hari ini.
“Saya hanya tinggal berdua dengan adik saya, Kevin Jonathan Boudville, 46, dan sebaik sahaja melihat asap itu itu kami segera mencapai dokumen penting dan terus keluar dari rumah,” katanya kepada pemberita.
Beliau bagaimanapun bersyukur kerana kenangan bersama suaminya seperti gambar kenangan, trofi dan pelbagai anugerah mendiang yang diletak di tingkat bawah tidak terjejas.
Abang mendiang, Datuk A. David yang turut melawat lokasi kejadian berkata kali terakhir beliau berkunjung ke rumah adiknya pada tahun lepas.
“Sudah 12 tahun mereka menyewa di sini dan rumah itu menyimpan pelbagai kenangan berharga adik saya,” katanya sebak.
“Bomba turut menyelamatkan tiga ekor anjing yang terperangkap dalam kebakaran dan api merebak sedikit ke rumah jiran namun dapat dikawal sepenuhnya dalam tempoh 15 minit,” katanya.
Beliau berkata punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – BERNAMA











