Penduduk Paroi terima BR1M

February 26, 2012 by  
Filed under Program Harian Menteri Besar

Share |

 

SENAWANG, 26 Feb.  – Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, hari ini menyempurnakan penyerahan BR1M di DUN Paroi yang memasuki peringkat kedua.

Pagi tadi beliau di Taman Satria, Paroi menyerahkan baucar kepada seramai 450 orang isi rumah yang berpendapatan RM3,000.

Kemudiannya, beliau ke Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi, Paroi dan menyerahkan baucar BR1M kepada 600 orang isi rumah, yang dijadualkan tengahari.

Mengikut jadual, beliau turut menyempurnakan penyerahan baucar BR1M di Perkarangan Masjid Al-Taqwa, Kg Paroi, di sebelah petang.

Menteri Besar berharap rakyat di Negeri Sembilan membuka minda usaha kerajaan yang sentiasa bertungkus lumus membantu rakyat.

Memang benar kerajaan sangat prihatin atas daya usaha membantu rakyat. Tetapi rakyat pula tidak sedar jumlah pembiayaan kerajaan menampung subsidi barangan keperluan sehingga menjangkau RM27 bilion setiap tahun.

Namun, jangka pendeknya, rakyat di lihat gembira apabila kerajaan mengumumkan bantuan BR1M yang merupakan salah satu idea transformasi Perdana Menteri bagi memberi RM500 kepada ketua isi rumah dan pembiayaan ini melibatkan jumlah wang sebanyak  RM2.6 bilion.

Menurut Menteri Besar lagi, dengan transformasi yang dibuat kerajaan persekutuan itu diharapkan membantu mengurangkan beban rakyat.

Rakyat juga diingatkan agar dapat menghargai  pemberian subsidi kerajaan dan pemberian seumpama BR1M, di mana kedua-duanya memberi nilai tambah untuk rakyat.

Kerajaan Persekutuan bukan sahaja mengumumkan BR1M, malah kerajaan turut memberi RM100 kepada setiap pelajar, RM200 baucar buku rujukan. Malah RM100 juta kepada pembiayaan pembinaan dan penyelengaraan sekolah.

Turut serta di dalam program ini ialah Tn Hj Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ahli Parlimen Rembau

Oleh : Dudi Aziz

Keadaan di Taman Satria, Paroi dan di SMK Seri Pagi, Paroi

Enter Google AdSense Code Here

Comments are closed.