Pupuk jiwa merdeka di usia kanak-kanak
SEREMBAN, 29 Ogos – Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan menyempurnakan Majlis Kibaran Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaan Kali ke-55 di perkarangan Wisma Negeri, tengahari tadi.
Majlis Kibaran Jalur Gemilang tersebut dari Sekolah Tabika Bintang Riang Ria, Taman Seri Pulai 3, Sikamat.
Menurut guru besar tabika ini, Puan Peramjit Kaur, program kibaran jalur gemilang yang melibatkan seramai 40 orang kanak-kanak yang berusia 4 hingga 6 tahun ini, pertama kali di adakan diluar sekolah.
Sekolah Tadika Bintang Riang Ria, Taman Seri Pulai 3, Sikamat telah beroperasi sejak tahun 2005 dan menerima pengiktirafan Sijil dari Jabtan Pelajaran Negeri Sembilan.
Idea agar Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan menyempurnakan majlis ini selain mempertingkatkan jiwa merdeka di jiwa kanak-kanak, ia turut memberi peluang kepada kanak-kanak bertemu secara dekat pemimpin utama negeri ini.
Kanak-kanak yang menanti ketibaan Menteri Besar sebentar tadi, telah menyanyikan lagu Hari Kemerdekaan yang dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman Hj Arshad sambil mengibarkan jalur gemilang.
Gelagat dan telatah mereka mengingatkan kita bahawa pentingnya generasi hari ini menginsafi erti kemerdekaan dan perlunya mengisi kemerdekaan untuk diwariskan kepada generasi akan datang pula.

































