Polis tubuh pasukan khas siasat pendedahan dokumen rahsia
KUALA LUMPUR, 04 Julai : Polis menubuhkan pasukan khas menyiasat pendedahan dokumen tender kontrak sambungan projek transit aliran ringan (LRT) Ampang yang dikelaskan sebagai rahsia kerajaan seperti tersiar dalam sebuah portal berita.
“Kita akan menjalankan siasatan secara telus dan menyeluruh mengikut Seksyen 8 (1) (i) Akta Rahsia Rasmi 1972. Sekiranya dapat mengenal pasti pihak terbabit, mereka akan didakwa di mahkamah.
“Mereka yang disabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih daripada tujuh tahun,” katanya sambil menambah kata bahawa siasatan akan tertumpu pada bagaimana kebocoran maklumat itu berlaku dan sama ada ia membabitkan “orang dalam”.
Katanya, siasatan akan dilakukan terhadap portal yang mendedahkan tender kontrak sambungan projek terbabit. – BERNAMA











