Perjuangan PPP perlu kuat di akar umbi

August 12, 2012 by  
Filed under Jejak Usaha MB

Share |

SEREMBAN, 12 Ogos – Ahli PPP disarankan bersatu padu dan menguatkan peringkat cawangan dan akar umbi kerana di peringkat tersebut penting untuk menguatkan parti terutamanya menjelang pilihanraya umum sedikit masa lagi.

Malah, ahli PPP juga perlu kembali kepada perkara asas perjuangan mewakili kaum India dan menjadi salah satu kompenan Barisan Nasional yang kuat dan bertuah.

“Jangan tanya apa yang disumbangkan Barisan Nasional kepada anda semua, jika anda tidak mengetahui halatuju perjuangan anda. Tanya kembali kepada diri sendiri, apa sumbangan anda kepada parti, di mana parti boleh menyumbangkan sesuatu untuk anda semua.” Ujar Datuk Seri M. Kayveas, Presiden PPP Malaysia ketika hadir di Konvensyen PPP 2012 Negeri Sembilan.

Konvensyen PPP ini di adakan di Dewan Wisma UMNO NSDK, tengahari tadi.

Merasmikan konvensyen tersebut ialah Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan.

Di dalam ucapan Menteri Besar, beliau mengucapkan tahniah kepada PPP Negeri Sembilan di atas kejayaan melaksanakan konvensyen yang perlu dilaksanakan setiap tahun dalam keadaan aman dan harmoni.

Beliau turut bersetuju dengan pandangan Presiden PPP di mana setiap ahli perlu menguatkan akar umbi dan cawangan dengan menambah jumlah keahlian kerana keahlian juga menjadikan parti di lihat kuat.

Setiap ahli juga disarankan agar memahami perjuangan parti kerana parti yang disertai tersebut mencerminkan kesepakatan dengan parti kompenan lain seterusnya fokus untuk mencapai kemenangan di PRU-13.

Ujar Menteri Besar lagi, “Malaysia mengamalkan sistem demokrasi di mana kerajaan ditentukan melalui pilihanraya. Oleh itu, setiap ahli parti tidak mengira ahli PPP dan kompenan lain mahupun UMNO perlu bekerja kuat sehingga di hari mengundi seterusnya dapat menubuhkan kerajaan.”

“Kerajaan yang kuat mendapat sokongan dari ahli parti di peringkat akar umbi.” Tambah beliau lagi.

Turut hadir, Dato’ T. Raju, Pengerusi Badan Perhubungan PPP Negeri Sembilan, Dato’ Hasim Rusdi, Setiausaha Barisan Nasional Negeri Sembilan, Senator Dewan Negara, Dato’ Mohd Najeeb.

Enter Google AdSense Code Here

Comments are closed.