Peranan PEKERTI amat berkesan di hati rakyat

January 25, 2013 by  
Filed under Featured, Program Menteri Besar

Share |

Seremban, 25 Jan – YAB Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Penasihat PEKERTI Negeri Sembilan menyempurnakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-32 PEKERTI Negeri Sembilan, pagi tadi.

Majlis penyempurnaan berlangsung di Dewan PEKERTI Negeri Sembilan.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Dato’ Abdul Razak Mansor, Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan dan Dato’ Hj Mat Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan.

Menyambut kehadiran Menteri Besar, Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tunku Nujumuddin, isteri Menteri Besar merangkap Yang Di Pertua PEKERTI Negeri Sembilan.

Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, mengucapkan terima kasih dan penghargaan buat Yang Di-Pertua PEKERTI Negeri Sembilan yang ketuai oleh isteri beliau, Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tunku Nujumuddin, kerana berjaya mengemudi persatuan isteri-isteri wakil rakyat dengan baik dengan peranan yang amat berkesan.

Beliau merasakan peranan PEKERTI terutamanya mendekati golongan orang kelainan upaya (OKU) amat berkesan sekali, kerana apa yang dapat dilihat sebelum dan selepas PEKERTI mengambil alih peranan ini, golongan tersebut menjadi insan terpilih yang teristimewa pada pandangan orang awam dan pelbagai pihak lagi.

Lantaran dari itu juga, Menteri Besar mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas peranan tersebut.

Beliau seterusnya menyarankan agar ahli-ahli PEKERTI sentiasa membetulkan persepsi masyarakat yang mempercayai beberapa perkara yang tidak tepat, sering di bawa oleh pihak yang mahu melihat Kerajaan Negeri  dipercayai sebagai kerajaan tidak tahu mengurus negeri dengan baik apa lagi, masyarakat tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Beliau menyeru ahli-ahli PEKERTI mengambil peranan ini yang dilihat amat penting agar masyarakat tidak terkeliru dengan apa yang mereka telah dengar.

Beliau menambah, “jangan pula kita mengiyakan mereka setelah kita mendengar dari mereka.., kita kena perbetulkan kerana sebagai isteri wakil rakyat, kita perlu menyokong suami dengan tugas yang mereka galas.”

Beliau turut menjelaskan usaha dan dasar Kerajaan Negeri sepanjang menerajui kepimpinan Negeri Sembilan yang merangkumi pelbagai bidang dan aspek antaranya, Dasar Jaringan Keselamatan Sosial, Dasar Pelajaran, Dasar Menyayangi Warga Emas, Dasar Pencahayaan dan sebagainya.

Selain itu, beliau turut menyokong cadangan Yang Di Pertua PEKERTI Negeri Sembilan, Raja Datin Seri Hajah Salbiah mewujudkan Pusat Sumber bagi melatih pelatih-pelatih PDK yang berhadapan dengan pelajar-pelajar OKU di PDK yang wujud di daerah-daerah.

Beliau berpandangan, usaha ini sangat baik dan Kerajaan Negeri akan bersama-sama membantu serta memainkan peranan utama bagi mensejahterakan golongan orang kelainan upaya agar mereka mendapat perhatian yang sewajarnya.

Enter Google AdSense Code Here

Comments are closed.