Pentingnya komitmen masyarakat terhadap usaha menyelamatkan alam sekitar

February 26, 2012 by  
Filed under Berita Bergambar, Seiring Sejalan

Share |

SEREMBAN:26 Feb. – ‘Global Warning’ yang sedang melanda di negara kita semakin berleluasa dari semasa ke semasa.

Oleh yang demikian, Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) telah mengadakan satu majlis sambutan hari peringatan sedunia Pandu Puteri Peringkat Kebangsaan 2012 di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS),hari ini.

Dengan bertemakan ‘Kita Boleh Menyelamatkan Bumi Kita’ itu sekaligus dapat membantu mengatasi mala petaka atau perubahan cuaca ini.

Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani  Almarhum Tengku Besar Mahmud merangkap Penaung Diraja PPPM Cawangan Negeri Sembilan, turut berkenan mencemar duli untuk merasmikan majlis ini dan baginda juga berkenan untuk melepaskan ‘flag off’ bagi perarakan lebih kurang 3000 orang di sekitar Dewan MPS, Seremban.

Turut berkenan mencemar duli ialah Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Nor Mahani Bt Raja Haji Shahar Shah selaku Timbalan Yang Dipertua PPPM.

Menurut Yang Dipertua PPPM Cawangan Negeri Sembilan, Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumudin,majlis ini diadakan bagi mewujudkan kesedaran kepada komuniti sekeliling tentang betapa pentingnya dalam menyelamatkan bumi khususnya alam sekitar daripada terancam dan tercemar.

“Program ini juga dapat mewujudkan silaturrahim, kemesraan dan kesefahaman terutamanya di kalangan ahli-ahli PPPM,” ujar beliau.

Sementara itu, ucap Ketua Pesuruhjaya PPPM, Datin Seri Hajah Zalillah Mohd Taib, majlis ini merupakan satu peristiwa dalam sejarah di mana buat pertama kali sambutan hari peringatan sedunia diraikan oleh ribuan ahli pandu puteri dari seluruh negeri kecuali Sabah dan Sarawak.

Kata beliau,”pelbagai aktiviti lain seperti gotong-royong, pengedarkan risalah, pengedaran beg plastik kepada orang ramai dan lain-lain juga dapat menimbulkan kesedaran dan komitmen masyarakat terhadap usaha menyelamatkan alam sekitar.”

Dalam majlis tersebut turut diadakan penyerahan kutipan dari setiap negeri kepada PPPM Cawangan Negeri Sembilan hasil dari menjual bahan-bahan buangan.

Turut hadir, Timbalan Yang Dipertua PPPM Cawangan Negeri Sembilan, Datin Faezah Bt Ismail dan Ketua Pesuruhjaya PPPM Cawangan Negeri Sembilan, Cik Jeyadhevi Subramaniam.

Oleh : Ainaa / Foto : Mas

Enter Google AdSense Code Here

Comments are closed.