Pengacara CNN digantung khidmat

August 12, 2012 by  
Filed under Berita Nasional

Share |

 New York, 12 Ogos : Pengacara rangkaian televisyen Cable News Network (CNN) dan pengarang majalah Time, Fareed Zakaria (gambar), 48, digantung khidmat kelmarin, selepas mengaku menciplak rencana wartawan lain dalam penulisannya mengenai kawalan senjata.

pix_gal0

Time menyatakan ia menggantung khidmat Zakaria selama sebulan ‘sehingga penilaian selanjutnya dilakukan’ manakala CNN berkata pihaknya juga mengambil tindakan serupa tetapi tidak menyatakan tempoh penggantungan yang dikenakan.

Keputusan menggantung khidmat Zakaria diambil selepas beliau mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kerana menciplak fakta daripada sebuah rencana mengenai kawalan senjata untuk tulisannya di majalah Time edisi minggu ini.

“Wartawan dan media menunjukkan paragraf di majalah Time minggu ini yang mempunyai persamaan ketara dengan paragraf dalam rencana tulisan Jill Lepore yang disiarkan di majalah New Yorker, edisi 23 April. Mereka betul. Saya melakukan kesilapan besar. Ia adalah kecuaian dan kesalahan saya sepenuhnya,” kata Zakaria dalam kenyataan permohonan maafnya. – AFP

Enter Google AdSense Code Here

Comments are closed.