PBTM NS disaran buka cawangan di 36 DUN

October 5, 2013 by  
Filed under Featured, Program Menteri Besar

Share |

DSC_0526

Seremban, 05 Okt – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan mengucapkan tahniah kepada Persatuan Bekas Tentera Malaysia di atas kejayaan mengadakan Persidangan Perwakilan kali ke-60 tahun 2013 di Dewan NCWO, Seremban hari ini.

Kejayaan persidangan perwakilan di adakan kerana tanggungjawab dari 15 cawangan PBTM Negeri Sembilan yang berjaya mengadakan persidangan di peringkat cawangan.

Menteri Besar hadir menyempurnakan persidangan tahunan tersebut menyeru agar cawangan PBTM  di tambah mengikut 36 DUN yang ada di negeri ini.

Beliau percaya, walaupun 15 cawangan dengan 15,000 orang ahli PBTM di negeri ini, namun masih ramai lagi anggota bekas tentera yang tidak berdaftar dengan persatuan ini di luar sana.

Beliau turut menyatakan bahawa penglibatan PBTM merupakan satu kekuatan kepada teras keselamatan di negeri ini kerana sokongan ahlinya di pelbagai sudut dan ruang.

Di dalam ucapan beliau juga mengingatkan bahawa rakyat di negara ini amat bertuah kerana Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pemimpin prihatin dan memikirkan kesejahteraan rakyatnya berbanding dengan negara luar.

Ujar beliau, “di Amerika Syarikat sekarang, kerajaan di bawah Barrak Obama digantung kerana Kongres tidak meluluskan pembentangan belanjawan negara, dan cadangan memberi polisi insuran kepada 15% penduduk yang tidak mempunyai polisi insuran.”

Taraf hidup mereka di sana sudah terlalu tinggi dan memerlukan polisi insuran bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan seumpama pemeriksaan kesihatan di hospital mahupun klinik.” ujarnya.

Menteri Besar menjelaskan bahawa perkara yang berlaku ini disebabkan oleh perbezaan politik yang akan merugikan rakyatnya.

Oleh yang demikian, beliau turut mengingatkan sidang perwakilan untuk membuat pembentangan dan resolusi yang sama-sama memberi kesejahteraan kepada ahlinya.

Dalam masjlis sama, beliau turut menyampaikan pingat Jasa Malaysia dan Pingat Setia Berkhidmat kepada ahli persatuan.

Turut hadir, Presiden PBTM, Laksamana Tan Sri Dato’ Setia Mohd Anwar Hj Md Nor, Naib Presiden I PBTM merangkap YDP PBTM Negeri Sembilan, Mejar (B) Sazali Hj Ismail dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Cawangan Negeri Sembilan/Melaka.

Enter Google AdSense Code Here

Comments are closed.