Orang ramai mula pulang ke ibu kota, pergerakan trafik lancar
KUALA LUMPUR 24 Ogos – Setelah beberapa hari meraikan perayaan Aidilfitri di kampung halaman, orang ramai mula pulang ke ibu kota semalam.
Keadaan trafik lancar di Plaza Tol Jalan Duta dari kedua-dua arah ketika tinjauan di sekitar Kuala Lumpur, semalam. Orang ramai mula pulang ke kota setelah cuti panjang sempena Hari Raya Aidilfitri Ahad lepas. – BERNAMA
Tinjauan Utusan Malaysia di Plaza Tol Gombak, Plaza Tol Jalan Duta dan Plaza Tol Sungai Besi mendapati, kenderaan mula memasuki Kuala Lumpur bagaimanapun keadaan trafik terkawal dan tidak menunjukkan sebarang kesesakan.
Seorang kakitangan kerajaan yang ditemui, Sulaiman Najib Abu, 44, berkata, keadaan trafik lancar memudahkan dia merancang perjalanan.
”Pada hari raya pertama, saya sekeluarga beraya di Sungai Buloh dan hari raya ketiga, kami beraya di rumah ibu mentua pula di Pahang,” katanya ketika ditemui di Plaza Tol Gombak di sini semalam.











