NS menambah 3 mata lagi

May 13, 2012 by  
Filed under BOLA SEPAK NS, Sukan

Share |

PAROI, 12 Mei – Selepas berjaya membenam pasukan gergasi merah kuning, Selangor di Stadium Shah Alam kelmarin, pasukan kendalian Azraai Khor Abdullah semakin garang ketika beraksi di padang sendiri dengan membenam Johor FC hasil ledakan penyerang sensasi Effa dan juga Shakir Ali dua berbalas satu.

Hasil jaringan Johor FC di perolehi hasil sepakan penalti oleh Fernando Agusto diminit ke-38 apabila penyerang itu dijatuhkan oleh Rashid Mamud di dalam kotak penalti.

Namun, derita NS tidak lama apabila Effa menyamakan kedudukan di minit ke-42 hasil umpanan S. Kunanlan di hadapan pintu gol.

NS banyak mengasak dan hampir meledak banyak jaringan melalui percubaan bahaya Effa, Idris Karim, Firdaus Azizul, Shahruain dan juga S. Kunanlan di separuh masa kedua, tetapi tidak berjaya di sempurnakan sehingga Azraai Khor memasukkan Shakir Ali mengantikan Firdaus Azizul di minit ke-60.

Hasilnya, diminit ke-69, Shakir Ali berjaya meledak satu gol kemenangan hasil hantaran Shahurain yang menerima bola dari Effa dan berjaya mengelirukan pertahanan Johor FC kerana menyangka Effa akan mencuba dari bahagian tengah.

Kemenangan pada perlawanan ini, meletakkan NS berada di tangga ke-5 berkongsi 26 mata dengan Terengganu yang berada di tangga ke-4 liga.

NS akan bertemu Perak di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 15 Mei ini.

Oleh : Dudi Aziz / Photo : Ismail Othman

Enter Google AdSense Code Here

Comments are closed.