Negeri Sembilan sebagai lembah ilmu

February 27, 2012 by  
Filed under Program Harian Menteri Besar

Share |

REMBAU, 27 Feb. – Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan telah merasmikan majlis anugerah kecemerlangan Pejabat Pelajaran Daerah Rembau 2011 yang diadakan di Sek. Men. Sains Rembau, petang tadi.

Di dalam ucapan Menteri Besar, beliau ingin menjadikan Negeri Sembilan sebagai lembah ilmu. Pembangunan Negeri Sembilan bukan sahaja tertumpu kepada pembangunan ekonomi tetapi dari segi pelajaran juga amat dititikberatkan.

Menteri Besar juga berkata, kita perlu merancang dengan betul agenda utama ini dan kita juga perlu pastikan ia dibuat dengan baik bagi menjamin anak-anak mendapat ilmu.

“Saya hendak melihat dasar kita menjadikan Negeri Sembilan sebagai lembah ilmu itu diteruskan dan diperkukuhkan dengan kita meneruskan agenda-agenda kecemerlangan dalam bidang pelajaran.”

Tambah Menteri Besar lagi, banyak universiti sekarang sedang dibina di Negeri Sembilan dan sebaik mungkin tempat lembah ilmu ini akan diisi dengan anak-anak Negeri Sembilan.

Menteri Besar juga berkata sekolah mestilah menjadi institusi masyarakat supaya kita dapat menyelesaikan masalah kelak.

“Pihak sekolah mestilah bersama-sama masyarakat. Kalau ini dapat kita buat, insyaallah masyarakat akan bersama-sama dengan sekolah dan di akhir nanti kita dapat menyelesaikan banyak masalah.”

Oleh : Mas / Foto : Ainaa

Enter Google AdSense Code Here

Comments are closed.