Negeri Sembilan menerima zakat perniagaan Agrobank

December 14, 2011 by  
Filed under Jejak Usaha MB

Share |

SEREMBAN : 14 Dis – Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan hadir menyempurnakan majlis penyerahan zakat perniagaan tahun 2010 dan sumbangan Agrobank Negeri Sembilan yang diadakan di Allson Klana Resort, Seremban petang tadi.

Agrobank telah menyerahkan zakat perniagaan kepada kerajaan Negeri Sembilan yang keseluruhannya berjumlah RM70,822. Daripada jumlah tersebut, RM26,200 diserahkan kepada Puzat Zakat Negeri Sembilan.

Manakala baki sebanyak RM44,622 diagihkan kepada 120 penerima di bawah kategori asnaf miskin yang telah dipilih dengan bantuan Baitulmal Negeri Sembilan .

Kata Menteri Besar, Agrobank merupakan bank yang amat berlainan dengan bank-bank yang lain di mana Agrobank mempunyai tanggungjawab sosial dalam memastikan hasrat kerajaan bagi menjayakan sektor pertanian.

“Jika kita ada kejujuran dalam menunaikan pekerjaan sebagai ibadah, maka akan ada pulangan yang baik bakal diperolehi oleh setiap individu,” ujar beliau lagi.

Disamping itu, beliau turut menyarankan umat islam supaya menunaikan fardhu zakat perniagaan dan memperbanyakkan amalan bersedekah kerana serba sedikit dapat membantu golongan asnaf yang lapan terutama golongan fakir miskin.

Turut hadir di majlis itu, Presiden Pegawai Eksekutif Agrobank, Encik Wan Mohd Fadzmi Wan Othman, Pengerusi Agrobank, Tan Sri Faizah Mohd Tahir dan Setiausaha MAINS, En. Kamal Amran Bin Kamarudin.

Oleh : Ainaa@n9kini.com

Enter Google AdSense Code Here

Comments are closed.