Negara rugi RM10 bilion setahun akibat kemalangan jalan raya
BUTTERWORTH, 12 Ogos : Negara mengalami kerugian lebih RM10 bilion setiap tahun akibat 7,000 kematian dalam kemalangan di jalan raya.
Beliau ditemui selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya anjuran Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) di Plaza Tol Sungai Dua. Turut hadir Pengarah JKJR Pulau Pinang, S Jegan.
Nor Mohamed yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor, berkata jika mereka tidak meninggal dunia, kerajaan boleh menggunakan wang itu untuk melaksanakan pembangunan dan kemudahan asas bagi keperluan rakyat.
Sehubungan itu, katanya kemalangan boleh dielakkan jika rakyat mengambil pelbagai langkah termasuk mematuhi peraturan di jalan raya, memandu dengan berhemah dan bersabar ketika di jalan raya.
Beliau berharap pengguna jalan raya berhati-hati apabila berada di jalan raya untuk pulang ke kampung dengan selamat semasa musim perayaan ini. – BERNAMA











