MR : Muzik degil Stubborn
JIKA genre alternatif rock dan Brit Pop sudah biasa didengar, bagaimana pula bunyi melodi dan irama baru punk rock Malaysia dimainkan dengan laju?
Apapun definisi diberikan, ini �adalah muzik identiti kuartet anak muda �dikenali Stubborn yang berasal dari �Kajang, �Selangor. Mereka �memperkenalkan muzik jenis ini menerusi album sulung bertajuk Irama Melayu Laju yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Salah satu single album, Mimpi boleh ditonton �melalui Youtube sementara empat lagu lain akan berada dalam pasaran Mac ini.
Berteraskan muzik punk rock Jepun atau Japanese Punk Rock (JPR) diadun dengan melodi alternatif rock Malaysia, muzik Stubborn melambangkan imej degil, nakal dan tidak mudah mengalah.
Stubborn dianggotai oleh Sabri Malik sebagai vokalis/gitar, Furla (gitar), Peakey (dram) dan Den Emmet (bass). Kata Sabri, Stubborn ditubuhkan pada 2006 sejak mereka masih belajar di bangku sekolah.
“Pada mulanya kami bertiga, tetapi akhirnya disertai Furla, pelajar jurusan Penyiaran Filem di sebuah kolej universiti swasta yang menyertai Stubborn tahun lalu. Muzik kami ketengahkan ini tidak banyak ditonjolkan dalam arus �semasa kerana lebih popular di kalangan �peminat ‘scene underground’.
“Muzik Stubborn pula menampilkan sebutan vokal boleh difahami kerana tidak ikut sama laju seperti muziknya,” kata Sabri ketika berkunjung ke pejabat Harian Metro di Bangsar, baru-baru ini. Bagaimanapun, sesi itu tidak dihadiri oleh Emmet.
Stubborn pernah menjadi duta Kolej Yayasan Melaka selama setahun selain aktif menjayakan banyak persembahan gig belia, kenduri kahwin dan kumpulan undangan di sekitar Lembah Klang.
Album sulung bertajuk Irama Melayu Laju ini memuatkan lima lagu dicipta dan lirik ditulis oleh anggota Stubborn sendiri. Senarai lagu adalah Bermulanya, Mimpi Mimpi. Indah, Hero, Gadis Gadis dan Berakhirnya. Album mereka diedar dan diterbitkan oleh Metro Muzik Sdn Bhd.
Apa yang lebih unik, tiada seorang anggota Stubborn memiliki latar bidang pendidikan muzik. Sabri adalah lulusan diploma seni bina, tetapi memiliki ahli keluarga berdarah seni yang menjadi �tonggak mencipta lagu kumpulan ini.
Peakey, anak muda berkebolehan semula jadi bermain alat muzik dan pemain dram ‘sessionist’. Dia mendapat bimbingan Ujang Exist yang banyak memberi dorongan dalam ‘rudimentary drum’.
Emmet pula pelajar tahun akhir bidang perakaunan, memberi keutamaan terhadap lirik dan gubahan lagu berkait rapat dengan isu semasa.
Penasihat Metro Music, Mas Omar berkata, Stubborn adalah artis pertama punk rock bernaung pengurusan Metro Music.
“Kami tertarik kerana Stubborn berani mencuba muzik baru dalam berkarya, ada karakter dan ada cara tersendiri memperjuangkan muzik mereka yang berlainan daripada kumpulan indie yang kami pernah bekerjasama.
“Perancangan sekarang adalah menjayakan persembahan bersama beberapa kumpulan alternatif rock dan punk rock pada Festival Cuti Sekolah 2012 di Melaka Jun depan,” katanya.
















