Misi balas dendam

January 4, 2013 by  
Filed under Sukan

Share |

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mempunyai misi peribadi pada perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Shah Alam malam esok.

AHMAD ZAHID (kiri) menerima jersi baharu ATM pada sesi pengenalan pemain dan majlis penajaan di Hotel Quality, Shah Alam semalam.

Perlawanan itu menjadi medan terbaik ATM untuk menebus kekalahan 2-3 kepada Kelantan pada final Piala Malaysia 2012 di stadium yang sama, Oktober lalu.

Menteri pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, juara Liga Perdana itu perlu memanfaatkan peluang tersebut untuk membalas dendam terhadap juara treble musim lalu.

“Saya memetik kembali kata-kata Hairuddin Omar dalam laporan akhbar hari ini (semalam), pertemuan menentang Kelantan bukan sahaja misi membalas dendam tetapi sebagai medan penebus maruah kami.

“Kami memiliki sebuah pasukan yang boleh dikatakan mantap dan saya yakin pada pertemuan kali ini, kami mampu menyaingi pasukan gergasi Pantai Timur tersebut,” katanya kepada pemberita pada sesi pengenalan skuad ATM dan majlis memperkenalkan penajaan Macron di Hotel Quality Shah Alam semalam.

 

Enter Google AdSense Code Here

Comments are closed.