Media penghubung rakyat dan kerajaan – MBNS

January 5, 2013 by  
Filed under Featured, News1, Program Menteri Besar

Share |

SEREMBAN, 05 Jan. – “ Media adalah penghubung dua hala antara kerajaan dan rakyat dimana media akan mendengar apa sahaja yang akan disuarakan oleh rakyat dan disampaikan kepada kerajaan seterusnya akan dikaji dan ditangani oleh kerajaan dan begitu juga sebaliknya.”

Demikian kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan merangkap Menteri Besar Negeri Sembilan dalam sidang media ringkas di Majlis Makan Tengahari Peserta Media Hunt 2012 di Klana Resort, Seremban tengahari tadi.

Dato’ Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan menjelaskan bahawa peranan media sangat penting kerana melalui penulisan dan penyampaian pihak media, hasrat kerajaan untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat dapat dicapai.

Menjawab soalan media mengenai persiapan UMNO bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang, beliau berkata, ”Ini adalah kali pertama UMNO benar-benar bersedia bagi menghadapi pihanraya umum.

Bagi kerajaan Negeri Sembilan sendiri, kepimpinan amat yakin dengan kerja keras yang dilaksanakan oleh jentera kerajaan negeri, Barisan Nasional akan kembali mempertahankan kerusi yang sedia ada dan membentuk kerajaan.” tambah beliau.

“Pertumbuhan ekonomi Negeri Sembilan berkembang dengan sangat baik. Setiap tahun kerajaan negeri mempunyai lebihan sebanyak RM70 juta dan peningkatan ekonomi sebanyak  lima peratus. Begitu juga dengan pendidikan, Negeri Sembilan antara lima terbaik di Malaysia.”

“Pencapaian ini telah membuktikan kemampuan BN mentadbir negeri seterusnya menolak persepsi buruk pihak pembangkang terhadap BN,” jelas beliau.

Beliau juga turut melepaskan konvoi Media Hunt 2012 yang akan meneruskan konvoi ke Negeri Melaka.

Peserta Media Hunt 2012 adalah seramai 400 orang yang melibatkan sebanyak 100 buat kenderaan.

Hadir sama Dato’ Hasim Rusdi, ADUN Labu, Dato’ Zainab binti Nasir, ADUN GEMAS, EXCO Kerajaan Negeri.

Enter Google AdSense Code Here

Comments are closed.