Masyarakat puas hati khidmat kita – MBNS

October 5, 2012 by  
Filed under Featured, News1

Share |

Seremban, 05 Okt. – Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan mengucapkan tahniah, penghargaan dan terima kasih kepada seluruh penjawat awam di empat belas jabatan di negeri ini.

Beliau berucap pada Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan di Perkarangan Dewan Undangan Negeri, Seremban pagi tadi.

Penghargaan ini diberikan kerana masyarakat sangat berpuas hati dengan khidmat yang diberikan dan banyak masalah dapat diselesaikan mengikut prosidur dan pekeliling yang dikeluarkan.

Perhimpunan bulanan pentadbiran Kerajaan Negeri ini berhimpun empat bulan sekali, dan merupakan antara medium terbaik perjumpaan Menteri Besar dan penjawat awam pelbagai jabatan.

Di dalam ucapan, beliau mengajak penjawat awam sama-sama bersyukur di atas penerimaan baik orang awam di atas perkhidmatan yang diberikan.

Menurut beliau, sememangnya, kerajaan bukan satu agensi jual beli, namun apabila kita berkhidmat dengan masyarakat, kita perlu memberikan perkhidmatan yang baik, mesra pelanggan, melayan dengan senyuman serta mendengar permintaan dengan cara paling berhemah.

“Ini kerana, masyarakat memerlukan perkhidmatan kita, bukan untuk mereka mendapat susah, tetapi untuk mendapatkan penyelesaian yang baik.” Ujar beliau.

“Apabila rakyat mendapat perkhidmatan yang baik, mereka akan berpuas hati dengan kita dan inilah sebenarnya penjawat awam, iaitu memberi perkhidmatan kepada rakyat dan memenuhi tuntutan mereka.” tambah beliau lagi.

Beliau turut menyentuh pembentangan bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Jumaat 28 September lalu yang disifatkan amat baik dan berkesinambungan dari belanjawan 2012.

Penjawat awam yang banyak menerima faedah daripada kerajaan memerintah hari ini, perlu bersyukur dan membantu kerajaan dari segi penerangan terutamanya kepada kakitangan swasta.

Walaupun kerajaan mengambil berat hal ehwal kakitangannya, namun kepentingan rakyat ini turut diberi keutamaan, contohnya melalui pengecualian cukai, rebate, pembelian rumah, pemberian BR1M, bantuan persekolahan dan sebagainya.

Menteri Besar turut menegur jabatan dan kakitangan yang prestasinya sederhana agar mempertingkatkan mutu perkhidmatan demi kepentingan orang awam.

Melalui usaha gigih penjawat awam pelbagai Jabatan turut mengharumkan nama Negeri Sembilan terutamanya dari segi kemasukan pelaburan, pendidikan, pembangunan insfrastruktur serta jati diri.

Beliau turut meminta Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan membantu Kerajaan Negeri menjawab projekĀ  Hospital Rembau yang sudah menjadi perbualan orang ramai yang mahu hospital tersebut disegerakan pembinaannya.

Enter Google AdSense Code Here

Comments are closed.