Mari kekalkan suasana aman dan harmoni serta pelihara perpaduan – Menteri Besar
CHENGKAU, 03 Feb. – Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan menegaskan bahawa beliau akan terus berusaha dan mengutamakan rakyat negeri ini tidak mengira bangsa dan umur seterusnya mengekalkan prestasi kerja agar Negeri Sembilan menjadi sebuah negeri maju di masa hadapan.
Beliau berucap dihadapan penduduk kampung, warga emas dan penerima BR1M Peringkat ke-2 DUN Kota petang tadi di mana beliau turut menyempurnakan Majlis Penyerahan Baucar Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) Peringkat ke-2 DUN Kota.
Beliau berkata, sepanjang mentadbir Negeri Sembilan, beliau belum berpuas hati kerana banyak lagi pembangunan yang perlu di usahakan dan agenda mensejahterakan rakyat tetap menjadi fokus utama. Setakat hari ini, agenda mensejahterakan rakyat dan pelajaran telah berjaya. Tidak ketinggalan juga golongan warga emas yang perlu di kasihi.
“Dasar itu akan di usahakan sedikit masa nanti. Negeri Sembilan akan jadi negeri perpaduan dan mengutamakan kasih sayang kepada warga emas.” Ujar Menteri Besar di hadapan enam ratus warga emas dan penerima BR1M DUN Kota.
Beliau turut menegaskan kepada orang ramai bahawa tidak perlu mempercayai fitnah dan dakyah sesetengah pihak yang iri hati melihat prestasi kerajaan Barisan Nasional hari ini yang telah berkhidmat dengan begitu cemerlang sekali.
Beliau menyatakan, “di Rembau, mereka menabur fitnah mengatakan kerajaan Barisan Nasional mungkir janji untuk membina lapangan terbang dan juga pembinaan sebuah hospital.”
Menteri Besar menjawab, “Pembinaan Hospital sudah memasuki peringkat akhir dan akan memulakan pembinaaannya tahun ini. Manakala lapangan terbang seperti yang di jaja oleh pihak tidak bertanggung jawab tersebut ialah tidak benar sama sekali.”
Kedudukan Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang dan LCCT adalah hampir dengan kawasan Rembau, adalah mustahil dan tidak logik pembinaan itu dilakukan pada jarak yang dekat.
Namun, Kerajaan Negeri telah membawa kemudahan pengangkutan LRT sehingga ke Sungai Gadut dan pembinaan landasan ERL (keretapi laju) yang masih dalam pembinaan sehingga ke Bandar Rembau.
Oleh yang demikian, orang ramai di nasihatkan agar tidak gusar dan bijak menilai serta dapat membezakan fakta logik usaha yang di lakukan kerajaan.
Beliau juga menasihatkan orang ramai agar meneruskan hidup dengan suasana aman dan harmoni dan pelihara perpaduan yang wujud sejak merdeka lagi.
Beliau juga sempat beramah mesra dengan warga emas dan penerima BR1M peringkat ke-2 kawasan DUN Kota.
Turut hadir ialah Dato’ Dr. Awaluddin Said, ADUN Kawasan Kota, Tn. Saifulbahri Idris, ADUN Kawasan Chembong dan Dato’ Firdaus Harun, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau.
Oleh : Dudi Aziz
















































