Majlis Makan Malam Bersama Menteri Besar Negeri Sembilan

December 3, 2011 by  
Filed under Berita Bergambar

Share |

Kuala Lumpur, 2 Dis. – Majlis makan malam bersama Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan diadakan di Park Royal Kuala Lumpur  malam tadi .

Lebih 250  perwakilan dan pemerhati serta  anak  anak Negeri Sembilan yang bekerja di bandar Kuala Lumpur ini turut hadir.

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan Menteri Besar Negeri Sembilan memilih konsep makan malam secara buffet supaya lebih santai serta memudahkan semua tetamu untuk bergerak dan beramah mesra sesama mereka.

Beliau mengucapkan tahniah kepada Dato Nasarudin UMNO Tampin kerana membahaskan usul dengan baik sekali mewakili Negeri Sembilan dan Puan Wan Salwati Hj Abdullah Ketua Puteri UMNO Bahagian Seremban merangkap EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

Majlis makan malam yang diadakan turut dihadiri oleh Tan Sri Dato’ Abu Zahar Ujang, Speaker Dewan Negara dan Datuk Razak Mansor Speaker Dewan Undangan Negeri.

Oleh : rara@n9kini.com

Enter Google AdSense Code Here

Comments are closed.