LIFT kembali di Langkawi

June 14, 2012 by  
Filed under Pelancongan

Share |

LANGKAWI: Pertandingan Memancing Antarabangsa Langkawi (LIFT) yang dianjurkan kali terakhir empat tahun lalu, bakal kembali memeriahkan perairan Langkawi hujung bulan ini, dengan sasaran penyertaan lebih 400 kaki pancing termasuk dari luar negara.

KHALID   menyerahkan replika cek sumbangan  tajaan    Berita Harian kepada   Mior Kamarul Shahid sambil perhatikan   Ahmad (tengah), Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sektor Perancangan dan Perkembangan LADA, Hanaffi Ahmad (lima dari kiri) Ketua Pengurus Bahagian Acara dan Promosi LADA, Azmil Munif Mohd Bukhari (dua dari kiri) Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sektor Pengurus LADA, A Rahman Zainol (kanan) dan Pengerusi Komuniti Pengurusan Perikanan Sungai Chenang, Asri Shaaban (kiri) pada majlis pelancaran LIFT  2012 di Langkawi, semalam. - Foto  Amran Hamid

KHALID menyerahkan replika cek sumbangan tajaan Berita Harian kepada Mior Kamarul Shahid sambil perhatikan Ahmad (tengah), Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sektor Perancangan dan Perkembangan LADA, Hanaffi Ahmad (lima dari kiri) Ketua Pengurus Bahagian Acara dan Promosi LADA, Azmil Munif Mohd Bukhari (dua dari kiri) Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sektor Pengurus LADA, A Rahman Zainol (kanan) dan Pengerusi Komuniti Pengurusan Perikanan Sungai Chenang, Asri Shaaban (kiri) pada majlis pelancaran LIFT 2012 di Langkawi, semalam. – Foto Amran Hamid

Selain mengisi kalendar promosi tahunan Langkawi, LIFT yang kali ini dianjurkan bersama Berita Harian dan Lembaga Kemajuan Pembangunan Langkawi (LADA) dijangka mampu menjadi penanda aras, terutama dalam membuktikan pulau lagenda itu terus releven sebagai destinasi pilihan kaki pancing.

Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Tan Sri Khalid Ramli, berkata matlamat utama penganjuran LIFT 2012 adalah untuk menjadikan Langkawi sebagai sebuah ‘syurga memancing’ utama dunia.

Katanya, LADA kini dalam proses merangka untuk menjadikan LIFT sebagai acara tahunan termasuk beberapa pertandingan memancing sampingan lain, yang dijangka mampu menjadi daya penarik tambahan kepada pulau lagenda ini.

“Dengan status sebagai syurga memancing, kita yakin dapat menarik lebih ramai pelancong antarabangsa, sekali gus merancakkan pelaksanaan matlamat ‘Blueprint Pelancongan Langkawi’ untuk menjadikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan terkemuka dunia menjelang 2015.

“Terima kasih saya ucapkan kepada Berita Harian dan Media Prima Berhad kerana mengambil inisiatif menghidupkan semula LIFT dan kesudian untuk bekerjasama melonjakkan potensi Langkawi dengan LADA amat dihargai,” katanya pada sidang media khas sempena penganjuran LIFT 2012 di Royal Langkawi Yatch Club, di sini.

Pada majlis itu, Khalid bagi pihak LADA menyerahkan sumbangan tajaan akhbar Berita Harian berjumlah RM18,000 yang akan diagihkan secara percuma ke 30 sekolah di sekitar pulau ini.

Hadir sama menyaksikan majlis itu Pengarang Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima, Datuk Ahmad A Talib; Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid dan Pengurus Projek Khas Berita Harian, Muhamad Mizal Hasbullah.

LIFT 2012 dijadual berlangsung selama dua hari bermula 30 Jun ini di Awana Porto Malai, di sini. Sebanyak dua kategori disediakan iaitu laut dan pantai dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM66,500.

Sementara itu, Ahmad ketika mengumumkan mengenai LIFT 2012 berkata, dengan pengalaman 16 tahun dalam mengendalikan sukan memancing, Berita Harian melihat penganjuran pertandingan di Langkawi terutama LIFT sebagai suatu yang bersifat mandatori.

“Ini sebenarnya sumbangan kecil kita untuk memajukan Langkawi yang terbukti memiliki pelbagai pakej produk terbaik, sebagai destinasi pelancongan yang popular,” katanya.

Enter Google AdSense Code Here

Comments are closed.