Kutipan Hasil Tanah Negeri Sembilan meningkat

June 20, 2012 by  
Filed under Jejak Usaha MB

Share |

SEREMBAN, 20 Jun – Mesyuarat EXCO mingguan Kerajaan Negeri Sembilan hari ini telah membentangkan laporan kutipan hasil tanah sehingga 15 Jun 2012 seperti jadual di bawah.

BIL

PERKARA

MEI 2011 (RM)

MEI 2012 (RM)

1

CUKAI TANAH

Cukai Semasa

Cukai Tunggakan

Cukai Tahun Pertama

58,381,491.63

4,535,800.31

644,039.60

97,371,497.74

5,164,534.16

970,972.60

Jumlah Kecil

63,561,331.54

103,507,004.50

2

PREMIUM

Premium Tukar Syarat

Premium Pemberimilikan

2,686,715.17

2,300,377.10

19,482,169.60

11,123,003.50

Jumlah Kecil

4,987,092.27

30,605,173.10

3

BAHAN BATUAN

5,571,953.01

8,165,535.80

4

ROYALTI MINERAL

0.00

683,964.00

5

HASIL TANAH LAIN

Hasil Pemilikan Sementara

Bayaran Ikhtisas Yang Lain

Bayaran Perkhidmatan Yang Lain

Jualan Pelan

Jualan Bahan Bercetak

Notis & Denda Lewat Bayar Cukai

Denda dan hukuman yang lain

445,941,36

4,212,975.05

89,371.00

16,487.00

693,479.00

887,319.31

88,507.02

347,952.00

7,295,746.58

88,708.00

46,727.00

1,245,057.00

737,226.95

86,462.00

Jumlah Kecil

6,434,079.74

9,847,879.53

6

BAYARAN TAHUNAN YANG DI SATUKAN

  1. Rancangan Tanah Pinggir

447,561.67

112,304.86

JUMLAH KESELURUHAN

81,002,018.23

152,921,861.79

 

Menurut Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, peningkatan pendapatan melalui pungutan cukai menunjukkan bahawa ekonomi Negeri Sembilan berada dalam keadaan baik dan begitu cemerlang sekali.

Ini juga berikutan daripada hasil peningkatan industri atau pelaburan yang masuk di negeri ini yang menyumbang kepada peningkatan GTP iaitu sebanyak 5.9%, tahun lepas.

Beliau juga menyarankan kepada pentadbir tanah mengiatkan lagi program untuk mengalakkan membayar cukai tanah.

Walaupun pembayaran cukai tahunan di tutup setiap 31 Mei, namun Kerajaan Negeri memberi kelonggaran kepada pembayar cukai melunaskan pembayaran sehingga 31 Oktober 2012. Sekiranya masih tidak melunaskan pembayaran cukai, maka borang 6A sebagai peringatan dan selepas itu borang 8A pula akan dikeluarkan sebelum tanah tersebut diurus tadbir oleh Pejabat Tanah.

MAHA 2012 (Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan)

Kerajaan Negeri menjemput rakyat Negeri Sembilan ke Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sembilan yang akan diadakan pada 25 Jun – 1 Julai 2012.

Program tahunan ini membuka peluang dan ruang kepada peladang, penternak dan nelayan memperkenalkan produk masing-masing untuk di pasarkan.

Sejak MAHA Negeri Sembilan di sambut setiap tahun, berlaku peningkatan produk yang dihasilkan oleh mereka dan ini juga meningkatkan produktiviti dan ekonomi negeri.

Sebanyak 263 agensi dan syarikat siap menempah kiosk di sini ketika MAHA ini berlangsung.

Selain daripada itu Kerajaan Negeri turut memberi pengiktirafan dan anugerah kepada peladang, penternak dan nelayan.

Sambutan MAHA 2012 bakal berlangsung di Bekas Tapak Kem Paroi, Seremban.

Enter Google AdSense Code Here

Comments are closed.