Kes Syaleza: Polis rekod keterangan 5 individu
SHAH ALAM, 01 Ogos : Polis sudah mengambil keterangan lima individu bagi membantu siasatan kes eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9 yang ditemui mati di rumahnya di Apartmen Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya, Sabtu lalu.
“Keterangan yang kami peroleh akan digunakan untuk membantu siasatan serta proses pengumpulan bukti berhubung kes itu.
Syaleza Jaffar, 31, ditemui mati oleh suaminya di bilik tidur rumah itu dan hasil bedah siasat menunjukkan terdapat kesan jerutan di leher wanita itu.
Susulan itu, polis menahan seorang lelaki yang merupakan anggota keluarga terdekat Syaleza di Segamat, Johor pada pukul 10.15 malam Isnin lepas bagi membantu siasatan kes itu.
Mohd Adnan berkata, tiada tangkapan baru dibuat dan lelaki yang bekerja di bahagian teknologi maklumat di sebuah firma itu kini direman sehingga 6 Ogos.
“Siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi mengumpul maklumat terperinci termasuk mengenalpasti motif sebenar kejadian,” katanya.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA











