Kebudayan mampu erat perpaduan kaum

January 28, 2013 by  
Filed under Featured, Program Menteri Besar

Share |

Sg. Gadut, 28 Jan – “Jika setiap kaum memahami adat resam pelbagai bangsa di negara ini, ianya akan menambah erat perpaduan dan keharmonian yang telah terjalin sejak sekian lama.” ujar Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Katanya lagi, “memahami kebudayaan antara kaum yang mempunyai latar belakang yang unik sangat penting, kerana jika kita tak mengambil tahu budaya ini, kita tidak mengenal adat resam bangsa kita juga bangsa berbilang kaum di negara ini.”

“Mengenal adat resam dan budaya ini sangat penting, ia bukan seperti mengenal pokok tanpa akar. Pokok yang kuat disebabkan akar yang kukuh. Akar yang kukuh lah yang menyebabkan kita berpegang teguh dengan prinsip dan latar belakang kehidupan.” ujar beliau.

Pesta Ponggal yang diraikan oleh masyarakat India sebagai tanda syukur ke atas hasil pertanian yang diusahakan ini, sangat menarik dan unik, kerana kebanyakan generasi muda bangsa India tidak lahir di negara nenek moyang mereka, tetapi mereka mengetahui bahawa ianya salah satu dari budaya orang India di sana melalui cerita dari generasi ke generasi yang lain.

Jika ini tidak diketahui oleh generasi muda, lama kelamaan ianya tidak diketahui generasi yang baru.

Tambah Menteri Besar di dalam ucapan, “Di Malaysia, keunikan ini bukan sahaja dirasai oleh kaum India sahaja, tetapi oleh kaum yang berbilang bangsa yang tidak pernah wujud di negara lain di dunia. Sungguhpun ada pelbagai bangsa di sesebuah negara, mereka tidak sama-sama meraikannya dan hanya merayakan mengikut kaum tanpa kaum lain turut meraikannya.”

Menteri Besar turut menyeru kepada hadirin agar mengeratkan perpaduan kerana melalui perpaduan sahajalah, membina kekuatan dan keamanan.

Beliau hadir di Majlis Mesra Rakyat dan Pesta Ponggal 2013 anjuran MIC dan Persatuan Kebajikan India Kombok Rantau dengan kerjasama JASA Negeri Sembilan.

Menteri Besar turut menyampaikan sumbangan kepada golongan tidak bernasib baik serta warga emas selain beliau turut menyampaikan hadiah kepada kanak-kanak yang menyertai pertandingan mewarna.

 

 

Enter Google AdSense Code Here

Comments are closed.