Kampus baru UiTM di Raub
Putrajaya: Dua projek Universiti Teknologi MARA (UiTM), kampus cawangan di Raub serta Institut Latihan UiTM di Nilai dijangka siap menjelang 2015.
Kampus UiTM Raub membabitkan kos pembinaan RM230 juta dan boleh menempatkan 3,000 pelajar. Ia akan dibina di tapak seluas 31.6 hektar di Mukim Gali, Raub-Bentong, katanya.
Rahim berkata demikian pada majlis menandatangani perjanjian konsesi bersama Utusan Intelek Sdn Bhd bagi pembinaan kampus UiTM Raub dan Menang Corporation (M) Berhad melalui anak syarikatnya, Protokol Elegan Sdn Bhd bagi Institut Latihan UiTM di sini, semalam.
Majlis disaksikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Hadir sama, Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar.
Ab Rahim berkata, kampus berkenaan akan menempatkan pelajar Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Fakulti Matematik dan Sains Komputer serta Fakulti Pengurusan Perniagaan.











