Kampung WIFI Kampung Sentosa

June 16, 2012 by  
Filed under News1

Share |

PAROI, 16 Jun – Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Sentosa hari ini telah mengadakan Program Pemimpin Bersama Rakyat  yang dihadiri oleh semua penduduk tidak mengira usia.

Program ini telah dirasmikan oleh Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Bin Hj. Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan di perkarangan padang Kg. Sentosa, Paroi, pagi tadi.

Menteri Besar berkata, kampung ini merupakan salah satu kampung  yang telah disusun atur dikelilingi bandar.

“Kerajaan negeri akan menaik taraf kampung ini dengan penambahbaikan kemudahan-kemudahan awam agar seluruh penduduk di sekeliling dapat berkongsi bersama kemudahan yang disediakan,” ujar beliau.

Tambah beliau lagi, dewan orang ramai akan didirikan tidak lama lagi berdekatan dengan Flat Seri Perdana. dan ianya mampu menampung 1000 orang dengan menelan belanja sebanyak RM 2 juta. Dewan ini akan diselenggarakan oleh Majlis Pembandaran Seremban (MPS). Padang bola dan futsal juga dalam perancangan untuk didirikan.

Selepas ucapan, beliau telah menyampaikan sumbangan kepada pelajar dan murid cemerlang dalam SPM, PMR dan UPSR untuk tahun 2011, 2 kerusi roda, ibu-ibu tunggal dan menyampaikan anak-anak benih yang disumbangkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Sembilan.

Selain itu, Menteri Besar turut merasmikan Kampung WIFI Kampung Sentosa Dan Pemancar WIFI dan beliau berkesempatan untuk memotong kek bersempena Hari Bapa yang akan disambut esok hari.

Dalam majlis tersebut, Menteri Besar telah menyampaikan sumbangan kepada JKKK Kampung Sentosa sebanyak RM 20, 000.

Turut hadir, Pegawai Daerah Seremban, En. Hasnul Bin Mohamed, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban, Dato’ Haji Abd. Halim Bin Haji Abd. Latif dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Sentosa, Encik Omar Baki Bin Ismail.

Oleh : Siti / Foto : Ainaa

Enter Google AdSense Code Here

Comments are closed.