Jangan jadikan negara luar contoh untuk berubah

July 15, 2012 by  
Filed under Jejak Usaha MB

Share |

SILIAU, 15 Julai – “Malaysia sebuah negara bertuah. Selain dari penduduk berbilang bangsa, negara ini terus aman dan sentosa. Berbanding dengan negara luar yang mempunyai satu kaum sahaja, keharmonian di negara ini adalah berdasarkan satu formula yang amat penting iaitu memelihara perpaduan.” Ujar Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan.

Beliau hadir di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan merasmikan Balairaya Taman Bunga Raya, Rantau petang tadi.

Beliau yang meniup semangat cintakan negara di sepanjang ucapannya, berharap kaum India dan Cina sama-sama mempertingkatkan keharmonian dan jati diri serta memisahkan pemikiran bahawa Malaysia sebuah negara bangsa Melayu semata-mata.

Ujar beliau, “perkara ini tidak perlu difikirkan kerana perjuangan mendapatkan kemerdekaan melibatkan bangsa utama di negara ini, Melayu, Cina dan India. Usahlah kita mahu menjadi seperti negara lain yang mahukan perubahan di dalam kerajaan namun akhirnya, akan membinasakan negara.”

Katanya, “Contoh sudah berada di hadapan kita, di mana sebuah negara yang mahu digantikan dengan kerajaan baru dan mengulingkan kerajaan sedia ada kebanyakannya gagal untuk kembali bersatu padu.”

“Negara tanah arab misalnya, merupakan negara satu bangsa, tetapi mereka berpuak dan berkabilah serta berperang sesama sendiri. Yang untung adalah kuasa barat yang mahu melihat negara tersebut runtuh.” Tambah beliau.

“Untuk hidup sebagai sebuah keluarga yang besar, kita perlu berganding bahu dan bersatu padu memastikan negara ini terus aman dan sentosa di bawah satu pokok yang subur supaya dapat diwariskan kepada generasi akan datang.” Katanya lagi.

Beliau turut menyeru semua yang hadir agar mengibarkan jalur gemilang bersempena sambutan hari kemerdekaan di setiap premis perniagaan, pejabat, surau, masjid, kuil, tokong sedikit masa lagi.

Di majlis sama, Menteri Besar turut memberi sumbangan warga emas, pampers dan kerusi roda.

Turut hadir, Dato’ VS Mogan, EXCO Kerajaan Negeri Sembilan.

Enter Google AdSense Code Here

Comments are closed.