Hargai anggota keselamatan yang bertugas di hari raya
Seiring Sejalan – Majlis Penyampaian sumbangan kuih raya 2012 Pekerti Negeri Sembilan kepada anggota Keselamatan Negeri Sembilan kepada Anggota Keselamatan Negeri Sembilan dan ibu tunggal telah berlangsung di Dewan Pekerti NS dimana ianya telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Penasihat Pekerti NS, Majlis dianjurkan oleh Pekerti NS dengan kerjasama Kerajaan Negeri.
Bagi tahun 2012 sumbangan dihulur bukan sahaja kepada anggota keselamatan dari kalangan tentera dan polis tetapi adalah juga kepada anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Penjara Negeri Sembilan dan pasukan Maritim.
Pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah juga turut menyampaikan sumbangan zakat fisabilillah melalui YAB Menteri Besar kepada PDRM, ATM, Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Sembilan, Jabatan Penjara Malaysia, Negeri Sembilan danAgensi Penguatkuasa Maritim Malaysia Negeri Sembilan di mana jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM80,000.
Sumbangan telah juga disampaikan kepada Persatuan Bekas Polis (PERTIWI) dan Perstuan Bekas Tentera (Serikandi) serta ibu-ibu tunggal dari kalangan isteri-isteri bekas polis dan tentera. Pekerti NS juga memberi sumbangan Hari Raya kepada 8 orang penerima bagi kes-kes ter[encil seperti mangsa rompakan di Tol Seremban, pesakit kronik serta mereka yang ditimpa musibah kebakakaran.
Turut bersama di dalam majlis tersebut ialah, YB Dato' Razak Mansor, YDP Speaker Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan. YB Dato' Mati Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan serta YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Pengerusi-Pengerusi PDK NS serta waakil-wakil persatuan NCWO Negeri Sembilan. Hampir 70 orang ahli Pekerti NS yang hadir bagi menjayakan program tersebut.
News 1 SEREMBAN, 10 Ogos – Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya 2012 PEKERTI Negeri Sembilan kepada Anggota Keselamatan Negeri Sembilan dan Ibu Tunggal berlangsung pagi tadi di Dewan PEKERTI Negeri Sembilan.
Majlis penyampaian sumbangan tersebut disempurnakan oleh Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Penasihat PEKERTI Negeri Sembilan
Majlis di anjurkan oleh PEKERTI dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan.
Menurut YDP PEKERTI Negeri Sembilan, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin di dalam ucapannya, “seperti tahun-tahun lalu, sumbangan di hulur kepada anggota keselamatan di kalangan tentera dan polis. Namun pada tahun ini, ianya ditambah di kalangan anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Penjara Negeri Sembilan dan pasukan Maritim.
“Ianya turut disertai ibu-ibu tunggal dan persatuan-persatuan bekas polis dan tentera.” Ujar beliau.
Tambah beliau lagi, majlis yang dilaksanakan seumpama ini bagi menghargai jasa dan pengorbanan para pejuang yang telah diamanahkan untuk bertugas demi menjaga keagamaan dan kesejahteraan negara Malaysia.
MAINS melalui Baitulmal turut menyampaikan zakat fisibilillah yang diserahkan Menteri Besar kepada PDRM, ATM, Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Sembilan Jabatan Penjara Malaysia, Negeri Sembilan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Negeri Sembilan berjumlah RM10,000 – RM25,000.
Manakala duit raya dan kuih raya PEKERTI disumbangkan kepada pesara PDRM, ATM, Persatuan Bakti Pertiwi dan Persatuan Srikandi yang diserahkan Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan.
Menteri Besar yang juga penasihat PEKERTI mengucapkan tahniah kerana kejayaan penganjuran majlis ini yang banyak membantu anggota keselamatan yang bakal bertugas di hari raya.
Menurut beliau, di kala keluarga dan insan lain berseronok berhari raya, kegembiraan turut dikongsi bersama anggota yang bertugas kelak secara tidak langsung ianya memberi semangat buat mereka ketika sedang bertugas.
Katanya lagi, “PEKERTI yang dianggotai oleh isteri-isteri wakil rakyat sentiasa seiring dan sejalan dengan agenda dan hasrat kerajaan, malah anggota keselamatan yang bakal bertugas perlu diraikan.”
Seramai 130 orang anggota keselamatan akan bartugas di hari raya bakal tiba.
Turut hadir, Dato’ Razak Mansor, YDP Speaker DUN Negeri Sembilan, Dato’ Hj Mat Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.









































