Fred Perry Kids musim panas

June 18, 2012 by  
Filed under Shoppe Guide

Share |

FRED Perry Kids tampil dengan koleksi hebat khas untuk kanak-kanak. Koleksi terkini menggunakan warna yang lebih menarik seperti biru dan hijau yang pastinya memberikan penampilan berbeza pada anak anda.

Jangan ketinggalan mendapatkan Little Fred t-shirt yang terdapat dalam warna biru laut serta motif klasik Fred Perry yang comel.

Bagi melengkapi gaya musim panas ini, Fred Perry menghasilkan juga seluar pendek paras lutut dan seluar renang yang amat sesuai dipakai ketika di pantai atau kolam renang.

Paling menarik bagi koleksi ini ialah baju T polo yang menggunakan fabrik selesa untuk kanak-kanak.

Bukan itu sahaja, ia turut menampilkan rekaan baru dengan penggunaan warna yang lebih sesuai untuk digayakan oleh kanak-kanak lelaki yang ceria.

Pakaian kanak-kanak Fred Perry untuk musim panas ini memang sesuai dengan iklim panas sepanjang tahun di Malaysia, jadi ibu bapa bolehlah memilih sepasang untuk anak mereka.

Tambahan lagi musim perayaan yang bakal menjelang ini tentu ibu bapa mahu mencari sesuatu yang memberi kelainan pada penampilan anak mereka.

Untuk informasi, koleksi Fred Perry Kids ini boleh didapati istimewa untuk kanak-kanak lelaki yang berusia dari dua hingga lapan tahun di butik Fred Perry yang terpilih.

Enter Google AdSense Code Here

Comments are closed.