‘FAM wajib bertindak’

July 5, 2012 by  
Filed under Sukan

Share |

MOM syor tindakan diambil ke atas Myanmar atas nama kesukanan.

Tarikh lahir sebenar Kaung Si Thu iaitu tahun 1987 pada laman web rasmi Yangon United sebelum ini (atas) dikesan sudah ditukar ke tahun 1993 (bawah) kelmarin.Tarikh lahir sebenar Kaung Si Thu iaitu tahun 1987 pada laman web rasmi Yangon United sebelum ini (atas) dikesan sudah ditukar ke tahun 1993 (bawah) kelmarin.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) harus tampil keras memperjuang kan bantahan pengurusan skuad bawah 22 negara yang mempunyai bukti Myanmar menyenaraikan pemain lebih usia ketika aksi Kelayakan Piala Asia B-22 2013 yang berakhir, kelmarin.

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi berkata, perkara sebegini tidak boleh dibiarkan berlaku terutama dengan Myanmar bakal menjadi tuan rumah Sukan SEA, tahun depan.
“Jika benar ada bukti Myanmar menurunkan pemain lebih usia, tindakan perlu diambil ke atas mereka atas nama kesukanan,” kata Kok Chi. “Jika kita berdiam diri bermakna kita menyokong perkara ini.

“FAM perlu memastikan tindakan diambil ke atas Myanmar jika dakwaan ini berasas. Kita sering melaungkan Fair Play tetapi jika kita terus membiarkan negara seperti Myanmar terlepas daripada peraturan yang ditetapkan, ia tidak akan membantu perkembangan sukan di rantau ini.

Enter Google AdSense Code Here

Comments are closed.