Dodol diagihkan sama rata
Rantau, 11 Ogos – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan serta isteri hadir meluangkan masa melawat dan berbuka puasa bersama penduduk Kampung Tanjung di Surau Kampung Tanjung, petang tadi.
Sementara menunggu berbuka, isteri Menteri Besar, Datin Raja Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumudin, melawat Puan Fatimah Bt Taat, warga emas yang terlantar sakit.
Selepas berbuka puasa, Menteri Besar dan isteri sembahyang Maghrib berjemaah bersama-sama hadirin diikuti dengan tahlil, sembahyang Isyak dan solat sunat tarawih yang diimamkan oleh Syeikh Dr. Solah Mohd Zaki Al-Qadiri, Pakar Rujuk Al-Quran MAINS.
Dalam majlis tersebut beliau turut meluang masa moreh bersama jemaah, kemudiannya ke Dewan Orang Ramai Rantau untuk menyertai Program Mengacau Dodol.
Program ini telah berlangsung sejak pukul 3 petang tadi.
Beliau hadir untuk memeriahkan lagi program ini dan mengagihkan dodol kepada penduduk-penduduk yang datang bergotong-royong menyiapkan dodol ini.
Artikel dan Gambar : Siti






















































