Ditetak penyamun

June 23, 2012 by  
Filed under Mahkamah/Jenayah

Share |

KLANG, 23 Jun : Pemilik kedai maut enggan buka laci wang.

 ANGGOTA polis memeriksa mangsa  yang mati disamun di Jalan Goh Hock Kuat, Klang, semalam.

ANGGOTA polis memeriksa mangsa yang mati disamun di Jalan Goh Hock Kuat, Klang, semalam.

Seorang pemilik kedai makan maut selepas ditetak di kepala ketika mahu memulakan perniagannya di Jalan Tapah, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 6.45 pagi itu, mangsa, Tan Ah Kang, 62, ditetak beberapa kali selepas beliau cuba menghalang suspek yang mahu menyamun kedainya.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Shukor Sulung, berkata, Ah Kang dan seorang wanita Indonesia dipercayai pembantunya mahu membuka pintu kedai apabila mereka tiba-tiba diserang.

Katanya, sebaik membuka kedai, kedua-duanya didatangi seorang lelaki yang terus menuju ke arah kaunter pembayaran.

“Suspek pertama memakai baju berwarna merah dan mempunyai saiz badan yang besar cuba membuka laci simpanan wang tetapi ia berkunci. Suspek meminta mangsa membuka laci berkenaan namun tidak dilayan dan mangsa cuba menghalang suspek dari membuka laci itu hingga mnecetuskan pergaduhan,” katanya.

Shukor berkata, berang dengan tindakan mangsa itu, rakan suspek terus menetak mangsa beberapa kali di kepala dan tangan menyebabkan mangsa rebah di belakang kedainya.

Katanya, ketika dua suspek menyerang mangsa, seorang lagi suspek hanya menunggu di dalam kereta.

“Polis masih mengesan ketiga-tiga suspek ini dan kes disisat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya.

Sementara itu, di Sungai Petani, Kedah, seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati di sebuah rumah kosong di kawasan pembinaan dipercayai dibunuh dalam satu kejadian di Taman Mutiara awal pagi semalam.

Berdasarkan maklumat, mayat mangsa ditemui pengawal keselamatan di tempat letak kereta berhampiran rumah kosong itu, jam 10 pagi, sebelum ia dimaklumkan kepada polis.

Sumber polis berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap dengan kesan cedera di kepala. Bagaimanapun polis tidak menemui sebarang senjata di kawasan tempat kejadian.

Katanya, selain lima kesan tetakan pada belakang mangsa, polis turut menemui beberapa kesan cedera seperti tikaman dan kelaran pada bahagian leher yang dipercayai menjadi punca kematian mangsa.

“Kita percaya kemungkinan berlaku pergaduhan antara mangsa dengan pekerja lain menyebabkan lelaki Myanmar itu dipukul dan mengalami cedera parah. Mangsa ang meninggal dunia kemudian ditinggalkan di dalam rumah kosong itu.

“Polis sedang menyiasat punca kematian termasuk identiti mangsa yang dikatakan bukan pekerja di tapak pembinaan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Enter Google AdSense Code Here

Comments are closed.