Dewan Rakyat bersetuju usul Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2012

April 26, 2012 by  
Filed under Jejak Usaha MB

Share |

SEREMBAN, 25 April – Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Yang ke-12 di hari kedua, Ahli Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan telah mengambil ketetapan bersetuju menggubal Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 kepada Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2012.

Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2012 telah di baca buat kali pertama, kedua dan ketiga oleh Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap ADUN Rantau di Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Yang Ke-12.

Juga telah di sokong oleh Dato’ Hasim Rusdi, ADUN Labu dan turut di sokong oleh Pakatan Rakyat yang diwakili oleh Tn Mohamad Taufik Abd Ghani, ADUN Paroi.

Fasal Pertama dan Fasal Kedua Rang Undang-Undang tersebut di persetujui ahli Dewan Undangan Negeri tanpa bahas di dalam Dewan Rakyat.

Sebanyak 14 Fasal di dalam Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2012 di mana 12 Fasal akan di bincangkan di peringkat jawatan kuasa.

Antara lain di dalam Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2012 ialah memberi ketetapan kepada D.Y.M.M Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan untuk melantik Pengerusi Majlis Agama Islam berdasarkan kebolehan dan kepimpinan menjalankan tanggungjawab.

Menurut Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003, Pengerusi Agama Islam selama ini hanya memegang jawatan tersebut selama dua penggal.

Selain daripada itu, Rang Undang-Undang ini kelak akan meletakkan D.Y.M.M Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan mempunyai kuasa penuh di dalam  semua urusan agama Islam bersesuaian baginda sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini.

Enter Google AdSense Code Here

Comments are closed.