Destinasi 1: Rantau Agro Park Bakal Dikenali

RANTAU : 20 Dis. – Seramai lebih 80 peserta dari Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan menyertai Program Kembara Cuti-cuti  1 Malaysia Jejak Perpatih V  yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia, Negeri Sembilan dan GayaTravel  mulai 20 sehingga 23 Disember.

Program ini diadakan untuk memperkenalkan kepada para peserta tentang produk-produk baru yang perlu dipromosi kepada orang luar bagi menarik lebih ramai pelancong untuk datang  ke Negeri Sembilan.

Dua orang Krew N9kini , Ainaa dan Rarra turut serta dalam program ini  bagi membantu Kerajaan Negeri Sembilan untuk memperkenalkan produk produk pelancongan di Negeri Sembilan.

Pada jam 8 pagi, semua peserta berkumpul di Stesen KTM Seremban bagi sesi pendaftaran. Para peserta diberi kelengkapan yang sempurna seperti kemudahan pengangkutan, tempat tinggal dan makan minum.

Rantau Agro Park merupakan destinasi pertama yang dikunjungi oleh para peserta. Rantau Agro Park merupakan sebuah dusun buah-buahan tempatan dan juga berfungsi sebagai pusat latihan. Ianya  terletak di Kampung Seri Lalang, Rantau. Perjalanan ke Rantau Agro park ini dari Seremban, Port Dickson dan Kuala Lumpur kurang dari 1 jam.

Pelbagai aktiviti mencabar yang disediakan di sini. Rantau Agro Park mempunyai  kawasan seluas 100 ekar yang terletak berhampiran dengan kawasan hutan kampung.

Semua bangunan yang dibina adalah berasaskan buluh dan ianya mula beroperasi sejak 3 Januari 2011 dan sepanjang tempoh ianya  mula beroperasi seramai 13,000 pengunjung telah melawat kawasan ini. Rantau Agro park ini diuruskan oleh Setaracita Adventure Sdn. Bhd.

Kemudahan yang disediakan di Rantau Agro Park adalah sebuah dewan utama, sebuah surau, asrama lelaki dan perempuan, dan chalet untuk kemudahan bagi program kursus kursus jati diri dan juga program program berasaskan pasukan.

Aktiviti luar yang boleh dijalankan di Rantau Agro Park adalah jungle trekking, treasure hunt, obstacle, nightwalk dan sebagainya.

Selain itu, terdapat juga perkhidmatan  lain yang ditawarkan oleh Rantau Agro Park  seperting Katering, mencetak banner, mencetak t-shirt dan sebagainya.

Di akhir lawatan, para peserta dihidangkan dengan cucur kodok dan ubi rebus yang merupakan makanan tradisonal di Negeri Sembilan.

laporan / Gambar : Ainaa /Rarra N9kini.com

Enter Google AdSense Code Here

Comments are closed.