Chong Wei minta maaf klip video hina Lin Dan

August 12, 2012 by  
Filed under Uncategorized

Share |

Beijing, 12 Ogos : Datuk Lee Chong Wei memohon maaf berhubung klip video penyanyi rap Wee Meng Chee atau Namewee yang menghina bintang badminton China, Lin Dan.

“Saya memohon maaf atas video itu, saya juga tidak tahu apa-apa mengenai lagu itu, di sini saya ingin memohon maaf kepada semua, diharap peminat (badminton) China boleh memaafkannya,” kata Lee dalam laman web peribadinya di ‘microblogging’ weibo, laman web di China yang bersamaan dengan Twitter.

Klip itu kemudiannya tersebar ke seluruh forum utama dan menimbulkan kemarahan di kalangan peminat badminton di China.

Media dalam talian China, Souhu melaporkan bahawa Namewee mempertahankan dirinya dengan berkata, dia hanya meluahkan perasaannya seperti seorang peminat biasa.

“Biasanya, peminat akan hanya marah di rumah, tetapi saya buat dalam bentuk video untuk menunjukkannya,” dakwa beliau. – Bernama

Enter Google AdSense Code Here

Comments are closed.