BN kekal DUN Merlimau dengan majoriti 3,643 undi.
March 6, 2011 by Mail
Filed under Articles, PRK N27 & N28
JASIN, 6 Mac – Barisan Nasional mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau apabila calonnya Roslan Ahmad mengalahkan calon PAS Yuhaizad Abdullah dengan majoriti 3,643 undi.
Roslan memperoleh 5,962 undi manakala Yuhaizad 2,319 undi.
BN kekal DUN Kerdau dengan majoriti 2,724 undi
March 6, 2011 by Mail
Filed under Articles, PRK N27 & N28
TEMERLOH, 6 Mac — Calon Barisan Nasional (BN) Syed Ibrahim Syed Ahmad menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dengan majoriti 2,724 undi.
Syed Ibrahim, 44, memperoleh 5,060 undi manakala Hassanuddin, 43, mendapat 2,336 undi.
Keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Tarif Abdul Rahman kira-kira 8.20 malam.
Sebanyak 90 kertas undi ditolak.
Sejumlah 7,486 pengundi atau 83.20 peratus daripada 8,999 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil itu.
Pada pilihan raya umum 2008, kerusi berkenaan dimenangi calon BN Datuk Zaharuddin Abu Kassim, dengan majoriti 1,615 undi.
– BERNAMA
80 peratus keluar undi di Kerdau, cecah sasaran awal
March 6, 2011 by Mail
Filed under Articles, PRK N27 & N28

TEMERLOH, 6 Mac — Sasaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyaksikan lebih 80 peratus pemilih keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang kawasan Kerdau dicapai pada pukul 4 petang ini.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Kerdau Datuk Tarif Abdul Rahman ketika dihubungi berkata setakat 4 petang, kira-kira 81.52 peratus atau 7,336 orang sudah keluar mengundi sejak pusat mengundi dibuka pada pukul 8 pagi.
SPR meletakkan sasaran itu berdasarkan peratus keluar mengundi pada pilihan raya umum 2008 sebanyak 80.3 peratus.
Kurang sejam lagi, semua 13 pusat mengundi dengan 22 saluran akan ditutup serentak pada pukul 5 petang.
Sejurus ditutup, kesemua peti undi akan dibawa ke Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh untuk dijumlahkan.
– BERNAMA
Merlimau: 76.87 Peratus Sudah Keluar Mengundi Sehingga 4 Petang
March 6, 2011 by Mail
Filed under Articles, PRK N27 & N28
JASIN, 6 Mac — Sebanyak 76.87 peratus daripada 10,679 pemilih berdaftar telah keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Merlimau sehingga 4 petang ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
SPR mensasarkan lebih 80 peratus pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil ini yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Roslan Ahmad, 44, dan calon PAS Yuhaizad Abdullah, 38.
– BERNAMA
PRK Kerdau: SPR Kesal Penyokong Cetus Provokasi
March 6, 2011 by Mail
Filed under Articles, PRK N27 & N28
TEMERLOH: 06 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kesal dengan sikap penyokong parti politik yang mencetuskan provokasi hingga menyebabkan ketegangan di luar kawasan pusat mengundi.
KECOH… Anggota Polis Diraja Malaysia terpaksa masuk campur untuk mententeramkan peraih undi PAS ketika berlaku sedikit kekecohan di hadapan pusat pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau di Temerloh, Ahad. – Foto BERNAMATimbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata tindakan berkenaan dikhuatiri akan menyebabkan pengundi berasa takut untuk keluar mengundi apabila melihat ketegangan yang dicetuskan penyokong parti yang kebanyakannya adalah orang luar.
“Sudah menjadi perangai penyokong parti yang masih lagi degil dan tidak mahu mengikut arahan pihak SPR dan polis agar tidak berkumpul beramai-ramai di luar pusat mengundi.
“Tindakan provokasi dan perang mulut ini sebenarnya boleh menakut-nakutkan pengundi untuk keluar mengundi,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Ahad.
Beliau mengulas mengenai insiden pergaduhan kecil diluar pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau yang berlaku kira-kira pukul 8.55 pagi tadi.
Pergaduhan berkenaan dipercayai berlaku akibat provokasi penyokong PAS yang memasuki kawasan penyokong Barisan Nasional (BN) yang hanya dipisahkan dengan sebatang jalan.
Bagaimanapun insiden berkenaan berjaya dileraiakan oleh anggota keselamatan yang bertugas.
Pengundian: Kerdau 36 peratus, Merlimau 30 peratus setakat 10 pagi
March 6, 2011 by Mail
Filed under Articles, PRK N27 & N28
KUALA LUMPUR, 6 Mac — Seramai 30 hingga 36 peratus pengundi telah keluar mengundi pada pilihan raya kecil kerusi DUN Kerdau dan Merlimau sepanjang dua jam pertama pagi ini.
Peratusan mengundi di Kerdau adalah 36.25 peratus atau kira-kira 3,262 orang setakat pukul 10 pagi tadi.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau Datuk Tarif Abdul Rahman berkata SPR menyasarkan peratusan pengundi yang keluar mengundi bagi pilihan raya kecil ini adalah lebih 80 peratus.
Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN) Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Kuala Tekal di Kuala Krau pada pukul 8.20 pagi tadi.
Pada pilihan raya kecil ini Syed Ibrahim dicabar Hassanuddin Salim dari PAS.
Di Merlimau pula SPR merekodkan kehadiran 30 peratus atau 3,175 orang juga sehingga 10 pagi.
Perkembangan itu menunjukkan kedua-dua kerusi Kerdau dan Merlimau menyaksikan peningkatan sekali ganda berbanding kedudukan sejam pertama.
Dalam sejam pertama Merlimau mencatatkan 14 peratus keluar mengundi manakala di Kerdau pula 16 peratus.
Ini kali ketiga sejak Mac 2008 negara menyaksikan pilihan raya kecil serentak.
Pusat-pusat pengundian seperti lazim dibuka 8 pagi tadi dan akan ditutup 5 petang ini.
Keputusan dijangka diketahui sekitar pukul 8 malam.
Semalam, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata: “Esok (hari ini) ramalan cuaca di Merlimau hujan pada sebelah petang.”
“Jadi saya nasihatkan pengundi keluar awal,” katanya.
SPR juga menasihati mereka agar menyemak terlebih dahulu pusat pengundian, membawa kad pengenalan dan tidak memakai barang larangan seperti pakaian serta lencana tertera logo parti.
SPR membenarkan parti yang bertanding membantu mengangkut pengundi ke pusat pengundian tetapi kenderaan yang digunakan tidak menggunakan logo parti, sebaliknya menggunakan kertas biru bersaiz A4 bagi BN dan hijau bagi PAS dilekatkan di cermin hadapan kenderaan tersebut.
Di Merlimau seramai 10,679 orang layak untuk menentukan antara Roslan Ahmad, yang juga ahli jawatankuasa Umno Jasin dan Yuhaizat Abdullah iaitu Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.
Roslan mengundi di Sekolah Kebangsaan Merlimau 1 manakala Yuhaizat, yang bukan merupakan pengundi di Merlimau, mengiringi ibunya yang mengundi di Chinchin pada pukul 8.30 pagi.
MENYUSUL LAGI
Keputusan pilihan raya 8 malam
March 6, 2011 by Mail
Filed under Articles, PRK N27 & N28
MERLIMAU: 06 Mac – Keputusan pilihan raya kecil bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau dijangka diketahui seawal-awalnya jam 8 malam ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof.
Peratusan keluar mengundi bagi kedua-dua DUN pula disasarkan mencecah 80 peratus dengan pengundi dinasihatkan keluar awal menunaikan tanggungjawab itu berikutan cuaca dijangka hujan pada sebelah petang. DUN Merlimau dan Kerdau, masing-masing mempunyai 10,679 dan 8,999 pengundi berdaftar.
Abdul Aziz turut mengingatkan parti bertanding tidak berkempen pada hari pengundian serta meraih undi dengan membuka barung atau di pusat operasi masing-masing.
DUN Merlimau: Proses pengundian bermula jam 8 pagi
March 6, 2011 by Mail
Filed under Articles, PRK N27 & N28
JASIN: 06 – Proses pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka bermula hari ini dengan pusat-pusat pengundian dibuka mulai 8 pagi ini.
Calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad, 44, iaitu Ahli Jawatankuasa
UMNO bahagian Jasin, ditentang calon PAS, Yuhaizad Abdullah, 38, yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka, dalam pertandingan di DUN Merlimau.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lalu akibat serangan jantung.
Pergolakan politik Asia Barat tidak sama sistem politik Malaysia: Musa Aman
March 5, 2011 by Mail
Filed under Articles, PRK N27 & N28
MERLIMAU: 05 Mac – Pergolakan politik yang berlaku di negara Asia Barat tidak sama dengan sistem politik yang berlaku di negara ini, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, kepincangan yang berlaku di negara itu tidak mempunyai persamaan dengan negara ini, selain suasana hidup rakyat di sini adalah dalam keadaan aman dan damai.
Katanya, negara ini mempunyai sistem demokrasi yang mengikut landasan sebenarnya dan hubungan baik antara pemimin bersama rakyat sangat diberi perhatian.
“Negara kita tidak sama dengan negara di sana (negara Asia Barat) kerana hidup di sini begitu aman sekali. Hubungan yang rapat antara pemimpin dan rakyat sudah terjalin sejak sekian lama kerana pemimpin di sini selalu turun padang bertemu rakyat.
“Kita mempunyai sistem demokrasi yang dilaksanakan dengan betul seperti sekarang ini kita menghadapi pilihan raya kecil di Merlimau dan Kerdau yang menunjukkan kita di sini mempunyai sistem demokrasi yang berparlimen,” katanya ketika diminta mengulas mengenai amaran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap pemimpin pembangkang yang cuba menghasut rakyat untuk mengadakan provokasi seperti di negara Asia Barat.
Waspada, jangan terpedaya taktik pembangkang: Mohd Ali
March 5, 2011 by Mail
Filed under Articles, PRK N27 & N28
MERLIMAU: 05 Mac – Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau diharapkan supaya berwaspada dan tidak terpedaya dengan taktik pihak pembangkang yang berkemungkinan berusaha meraih undi saat akhir melalui cara yang tidak sihat.
Pengarah Pilihan Raya Kecil Barisan Nasional (BN) DUN Merlimau, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata taktik sedemikian sudah lama dipraktikkan pihak lawan bagi mengelirukan pengundi yang menyokong Barisan Nasional (BN) supaya beralih sokongan kepada mereka pada saat akhir.
“Waspadalah kerana mana tahu ada kumpulan dari pembangkang yang ingin timbulkan ketegangan. Kadang-kadang dia sendiri yang rosakkan kereta atau banner dia, kemudian dia tuduh orang lain yang buat…ini taktik lama yang mungkin digunakan.
“Kita juga harap pengundi tidak terperangkap dengan cerita fitnah dan pembohongan mengenai kerajaan yang disebarkan melalui media baru seperti Facebook dan blog. Ada yang menyamar seolah-olah ia datang dari kerajaan. Jadi, pengundi janganlah keliru,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan tiket penerbangan kepada 111 penuntut pelbagai jurusan yang akan menyambung semula pengajian mereka di Mesir selepas terpaksa pulang ke tanah air akibat pergolakan politik di negara itu sebelum ini di sini, hari ini.
















