Penyatuan Pas-UMNO Dihalang Agenda Politik Pas – Kata Pensyarah

December 26, 2011 by  
Filed under Lain Lain Berita, Politik, Politik Nasional

Comments Off

Agenda politik sempit Pas yang mengatasi kepentingan ummah menyukarkan usaha memupuk kerjasama dan penggabungan antara parti itu dan UMNO, kata seorang penganalisis politik.

Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain berkata kebimbangan Pas terhadap kerjasama sedemikian berpaksi kepada kemungkinan pemimpinnya terpaksa berkongsi tiket untuk bertanding pada pilihan raya umum.
“Jadi  (ini) soal kepentingan sendiri hendak menjadi calon mengatasi kepentingan dan ummah secara umumnya,” katanya dalam satu wawancara khas bersama AntaraPos.com.
Isu penyatuan atau kerjasama UMNO-Pas sekali lagi menjadi fokus susulan pengisytiharan Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali bahawa Pas tidak patut menolak cadangan itu demi perpaduan Islam.
Malah, Hasan menyarankan sebuah jawatankuasa peringkat tertinggi ditubuhkan demi menjadikan kerjasama itu satu kenyataan.
Pendirian Hasan itu dibidas oleh beberapa pemimpin Pas termasuk Naib Presiden Mahfuz Omar dan Setiausaha Agong parti Datuk Mustafa Ali yang menuduh beliau (Hasan) melaksanakan agenda UMNO.
Ditanya kenapa Pas begitu keras menolak kerjasama dengan UMNO, Atory berkata soal pengagihan kerusi pada pilihan raya dan jawatan dalam kerajaan menjadi pertimbangan utama  bantahan itu.
“Yang tidak suka penggabungan ini adalah daripada parti pembangkang. (Ini kerana mereka bimbang) kalau berlaku penggabungan, tentulah kerusi-kerusi yang popular akan diberikan kepada UMNO,” kata beliau.
Beliau juga berkata wujud kebimbangan parti itu tidak akan diberi jawatan-jawatan dalam kabinet dan kerajaan sebagaimana yang dituntutnya jika penyatuan UMNO-Pas menjadi realiti.
Atory mengimbau sejarah Pas yang menyertai Barisan Nasional pada  tahun 1971 tetapi kemudian meninggalkan gagasan itu pada tahun 1978, krisis darurat di Kelantan.
Atory berkata bekas pemimpin Pas Allahyarham Tan Sri Mohd Asri Muda sendiri ditempelak oleh parti pimpinannya kerana mahukan kerjasama di antara Pas dan UMNO.
“Asri ditendang keluar sebagai presiden Pas pada tahun 1983, apabila beliau  mengatakan orang Melayu  perlu menyokong dasar-dasar Dr. Mahathir seperti dasar pandang ke timur, dasar pejuangan Islam kerana itu sama dengan dasar perjuangan Islam.
“Datuk Asri kata Pas juga memperjuangkan Islam, hendak memartabatkan orang Melayu dan Islam tetapi orang PAS kata apa? Kalau begitu habislah kita Datuk, habislah peluang kita untuk menjadi wakil rakyat,” kata Atory.
Atory yakin isu pengagihan kerusi dan jawatan dalam kerajaan mampu di tangani secara bijak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kepimpinan Pas sekiranya wujud kerjasama antara dua parti itu.
Beliau berkata Najib tentunya “tidak akan kedekut” dalam isu berkenaan dan akan merujuk kepada pengalaman ayahnya, Allahyarham Tun Razak yang bekerjasama dengan Allahyarham Tan Sri Asri.
” Tun Razak dan Datuk Asri telah membahagi-bahagikan perkongsian kuasa jawatan Menteri diberikan kepada PAS, terutamanya ketika itu Menteri yang melibatkan Felda, duta-duta luar negeri terutamanya negara Islam diberikan kepada Pas, duta IRAN diberikan kepada Pas,” kata beliau.
Beliau berkata pemimpin kedua-dua parti juga di lantik menjadi exco di peringkat negeri contohnya di Kelantan Perak.
Atory menegaskan usaha penggabungan Pas-UMNO ketika ini masih samar kerana PAS berkeyakinan ia mampu mentadbir kerajaan pada masa akan datang.
Beliau menyifatkan pemimpin Pas sebagi “petaruh politik kerana mereka menjangka dengan yakin akan dapat mengalahkan Barisan Nasional,” katanya.
Atory berkata perbedaan pendapat dalam pucuk pimpinan Pas turut menjadi penghalang kepada kerjasama itu,
Beliau berkata walaupun Presiden parti Abdul Hadi Awang bersikap terbuka kepada penyatuan itu namun Murshidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat menentang usaha itu.
“Nik Aziz tidak bersetuju untuk mengadakan kerjasama dengan UMNO. Jadi dalam Pas ini saya melihat walaupun Hadi Awang Presiden, tetapi hirarki dalam pimpinan Pas ini juga berbeza,” katanya.
“Jadi pada hari ini apa juga yang saya nampak kesan besar sama ada Pas dan UMNO hendak bergabung atau tidak, di pihak UMNO tiada masalah, sebab UMNO jelas dasar perjuangannya di atas dasar-dasar untuk bangsa, agama dan negara, itu tiada masalah,” ujar Atory.
“Jadi sekarang ini pada PAS, jika Datuk Nik Aziz memberi lampu hijau, saya rasa tiada masalah, hari ini juga boleh mengadakan penggabungan Pas dan UMNO,” katanya.
Antarapos.com

Hasan Ali Sedia Tidak Dicalonkan Semula Pada PRU-13

December 13, 2011 by  
Filed under Berita Terkini, Politik Nasional

Comments Off

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor Datuk Dr Hasan Mohd Ali berkata beliau bersedia tidak dicalonkan semula oleh Pas untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Hasan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas kawasan Gombak Setia berkata sama ada beliau digugurkan atau tidak, ia tidak menimbulkan masalah dan halangan serta tidak memerlukan parti atau presiden untuk mengiktiraf beliau dan hanya setia kepada Allah.

“Soal ini (calon) kecil. Agenda nak martabatkan Islam bukan sempadannya Selangor, Perak, Malaysia tetapi alam buana ini. Kalau itu menyebabkan saya kecewa, saya rasa kecil benarlah cita-cita untuk menegakkan Islam itu.

“Saya hendak Allah swt mengiktiraf usaha kecil yang saya jalankan untuk perpaduan umat, untuk bangsa Melayu dan kedaulatan institusi Raja Melayu. Kalau berjuang atas Islam, Melayu tak tertakluk kepada ganjaran sama ada berbentuk wang, jawatan, pangkat sebagainya,” katanya kepada pemberita di rumahnya di sini Isnin.

Beliau mengulas demikian berikutan kontroversi laporan akhbar semalam yang mengatakan beliau digugurkan daripada menjadi calon Pas bagi bertanding pada pilihan raya umum akan datang, namun dinafikan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor selama lapan tahun itu berkata setakat ini juga pimpinan tertinggi parti tidak memaklumkan apa-apa perkara mengenai sama ada beliau digugurkan daripada menjadi calon ataupun sebaliknya.

“Saya tak tahu berapa pencalonan, berapa saya terima, bila pencalonan dibuka dan ditutup dan berapa cawangan yang menyokong saya, tiba-tiba meletup sahaja (berita) dua hari lepas waktu saya nak terima anugerah (daripada Sultan Selangor),” katanya.

Katanya, sebagai kesimpulan beliau tidak pernah berubah dalam hal mengagungkan Islam, memartabatkan bangsa Melayu dan mendaulatkan institusi Raja dan sama ada dicalon atau tidak itu tidak menjadi halangan, bahkan isu ini menjadikan semangatnya lebih kental untuk terus berjuang.

“Cuba anda rasa hati seorang insan, ratusan yang mengucapkan tahniah kepada saya daripada pelbagai tempat tiba-tiba (keluar berita digugurkan kerana) Dr Hasan tak dapat pencalonan cukup? Apa awak rasa sebagai seorang manusia? Dalam hati kecil awak?” tanyanya.

Semalam, Hasan menerima anugerah Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor yang membawa gelaran Datuk sempena Hari keputeraan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang ke-66.

Hasan juga tidak menyalahkan Ketua Penerangan Pas Selangor Shaari Sungib kerana mungkin beliau mempunyai niat yang baik apabila memilih untuk mendedahkan perkara ini kepada media secara terbuka.

Tetapi, katanya, setakat yang diketahui dan untuk mengelak kekeliruan berterusan, kaedah pencalonan ialah dengan mengambil kira pencalonan daripada cawangan-cawangan tetapi ini tidak menjadi faktor penentu (pemilihan calon) kerana wujudnya pertimbangan-pertimbangan yang lain.

“Sebagai contoh saya sendiri ditunjuk bertanding di DUN Gombak Setia pada pilihan raya umum lepas dan bukan atas dasar pencalonan daripada cawangan-cawangan.

“Dan begitu juga ketua penerangan Pas negeri sekarang yang bertanding di DU NHulu Kelang tidak mengikuti proses penerimaan pencalonan daripada cawangan-cawangan di Hulu Kelang dalam pilihan raya umum lepas,” katanya.

Katanya dalam amalan parti, isu calon yang bakal bertanding pilihan raya diputuskan oleh Pas Pusat selepas melalui proses penilaian oleh Majlis Syura Ulama.

“Adalah tidak sesuai sekiranya mana-mana individu bertindak untuk mendahului pimpinan tertinggi parti dalam hal ini.

“Saya berharap pimpinan tertinggi parti dapat memantau anggota dan pimpinan di pelbagai peringkat agar tidak membuat sebarang kenyataan yang mendahului pimpinan tertinggi parti demi menjaga keutuhan dan wibawa parti,” katanya. Begitupun Hasan berkata beliau merasakan mungkin ada sedikit gangguan dalam parti di peringkat negeri untuk menahan kemaraannya tetapi ia hanya spekulatif darinya sendiri dan berharap itu tidak berlaku.

Katanya, beliau akan terus bekerjasama dengan Pas dan pakatan pembangkang selagi pihak berkenaan mempertahankan prinsip Islam, hak Melayu dan institusi Raja dan tidak semudah itu untuk keluar daripada Pas jika menghadapi masalah dalaman parti.

Ditanya sama ada beliau setia kepada parti dan pakatan pembangkang, Hasan berkata: “Saya setia kepada Allah. Kepada umat, dalam konteks ini, saya tidak suka menggunakan istilah setia, tetapi bekerjasama”.

Mengenai soal perpaduan umat dan masyarakat Malaysia, beliau menawarkan diri untuk menjadi anggota jawatankuasa peringkat negeri mahupun persekutuan dan mendakwa mempunyai jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Hasan berkata ramuan yang diperolehnya itu sudah dicuba berbelas-belas tahun dalam melahirkan perpaduan yang sejati dan berdasarkan Islam. - BERNAMA

Strategi Komponen BN Bakal Tarik Pengundi Muda

July 27, 2010 by  
Filed under Politik Nasional

KUALA LUMPUR 27 Julai – Pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) yakin dengan strategi masing-masing untuk menarik sokongan golongan muda yang disebut-sebut sebagai penentu Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sekalipun DAP dikatakan begitu agresif menjalankan pendaftaran pengundi muda, namun kalangan pemimpin terbabit tidak mudah berputus asa.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pihaknya tidak pernah berhenti berusaha menarik pengundi dan buktinya sebanyak 70 peratus atau lebih 370,000 ahlinya telah mendaftar sebagai pengundi di seluruh negara.

Beliau berkata, Puteri UMNO sentiasa melaksanakan pelbagai usaha serta program untuk menarik minat golongan muda menyertai politik.

”Memang benar pengundi muda merupakan penentu kemenangan sesebuah parti di dalam pilihan raya. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab Puteri sebagai sayap mewakili orang muda untuk melaksanakan program mendekati mereka secara bersungguh-sungguh terutama bagi membetulkan tanggapan sal

lah terhadap kerajaan BN,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai 62 peratus daripada pengundi muda yang dikatakan masih ‘duduk atas pagar’ mengenai parti pilihan mereka.

Rosnah berkata, usaha mendekati golongan muda yang belum berdaftar sebagai pemilih sedang giat dijalankan.

”Paling penting menangani masalah pengundi atas pagar adalah melalui gerak saraf pada musim pilihan raya,” katanya.

Ketua Pemuda MIC, T. Mohan berkata, pihaknya terus menjalankan pelbagai cara untuk menarik kira-kira 50,000 belia India bagi menyokong BN menjelang akhir tahun ini.

Berikutan itu, beliau berkata, MIC bukan sahaja akan bekerja keras mendaftar pengundi baru malah menyedarkan golongan belia India supaya jangan sesekali terpesona dengan dakyah pembangkang.

”MIC tidak bimbang dengan usaha DAP yang dikatakan telah berjaya mendaftar golongan belia sebagai pengundi kerana itu bukan bermakna mereka akan menyokong parti pembangkang itu,” katanya.

Bagaimanapun katanya, Pemuda MIC juga mempunyai cara tersendiri supaya PRU-13 akan berpihak kepada BN.

Sementara itu, Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong menganggap kebanyakan pengundi muda yang dikatakan berada ‘di atas pagar’ merupakan peluang bagi parti itu untuk mendapatkan sokongan golongan tersebut.

Jelas beliau, MCA sendiri sebenarnya mengenal pasti beberapa punca mengapa golongan muda bersikap sedemikian.

”Kebanyakan golongan muda lebih mengutamakan keperluan hidup semasa seperti mementingkan kerjaya dan mencari keselesaan hidup. Mereka kurang menitikberatkan soal politik.

”Ia merupakan ‘pasaran’ yang belum diterokai lagi. Maka, pada 15 Ogos nanti, kita akan mengadakan taklimat khas bagi merancang satu gerak kerja khas untuk mendekati golongan muda,” katanya.

ADUN Seri Serdang Letak Jawatan Hanya Khabar Angin – Khir Toyo

June 21, 2010 by  
Filed under Articles, Politik Nasional

Cakap-cakap kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Datuk Mohamed Satim Diman akan melepaskan semua jawatan politiknya termasuk sebagai ADUN hanyalah khabar angin yang disebarkan di kalangan blogger.

Ketua Pembangkang negeri, Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo ketika mengesahkan perkara itu menegaskan, beliau sendiri tidak mendengar sebarang pengakuan daripada Mohamed Satim mengenai perkara itu.

“Jika benar dia akan berbuat demikian, saya orang pertama yang tahu sebab saya sebagai Ketua Pembangkang dan kami sama-sama pembangkang di negeri ini.

“Dia juga akan hadir mesyuarat pengurusan Umno negeri malam ni,”

Beliau yang juga bekas Menteri Besar berkata demikian sebagai mengulas kononnya Mohamed Satim yang juga Setiausaha Umno negeri itu akan meletakkan jawatannya seperti yang disebarkan di Internet.

Mohd. Khir menambah, khabar angin itu semakin kuat apabila Mohamed Satim tidak dapat dihubungi oleh mana-mana pihak bagi mendapatkan cerita sebenar mengenainya.

“Ramai yang telefon, mungkin dia tak jawab itu yang menguatkan lagi khabar angin,” jelasnya.

Semalam Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan, Datuk Seri Noh Omar mendakwa beliau tidak tahu-menahu mengenai khabar angin tersebut.

Kata beliau, cerita itu yang belum dapat dipastikan kesahihannya memang di luar pengetahuannya .

Noh hanya akan mengesahkan sama ada perkara itu benar atau sebaliknya semasa mesyuarat pengurusan Umno malam ini.

Kadir Jasin – Kemungkinan Yang Menarik Bukan Islam Jadi Calon

June 15, 2010 by  
Filed under Kadir Jasin, Politik Nasional, web/blog

KEPUTUSAN Dewan Ulama PAS membenarkan parti Islam itu diwakili oleh calon bukan Islam dalam pilihan raya sangat menarik.

Akhbar atas talian Pas, Harakah Online pada 11 Jun memetik Bernama sebagai melaporkan yang parti itu akan membenarkan calon bukan Islam bertanding atas tiketnya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Bernama memetik Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, sebagai berkata calon bukan Islam akan dibenarkan mengguna simbol parti itu tetapi dengan syarat mereka hendaklah menerima dasar dan perjuangan PAS serta berakhlak dan moral tinggi.

Abdul Hadi berkata perkara itu telah diluluskan Dewan Ulama PAS Pusat bagi membolehkan orang bukan Islam yang menjadi anggota Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) bertanding pilihan raya atas tiket Pas.

Saya sengaja tidak menggunakan istilah penting kerana kita belum tahu sejauh mana Pas akan mempraktikkan keputusan itu. Kalau sekadar keputusan umum atau hanya membabitkan seorang dua calon bukan Islam, ia tidaklah boleh dianggap sebagai penting.

Namun ia tetap menarik kerana dengan keputusan itu, Pas bergerak setapak lagi ke arah melunturkan identitinya sebagai parti Islam dan parti majoriti orang Melayu.

Para pembesar Pas sering berkata orang bukan Melayu boleh memimpin Pas dan menjadi Perdana Menteri asalkan dia Islam.

Tetapi sekarang Pas mengatakan calon pilihan rayanya tidak perlu seorang Islam. Dalam erti kata yang lain, seorang penganut Kristian, Hindu atau Buddha boleh menjadi calon Pas dan mengambil bahagian dalam kepemimpinan Pas jika dia menang.

Keputusan kontroversi ini pasti mencetuskan kesan yang menarik, bukan sahaja terhadap parti-parti Barisan Nasional, malah akan menyentuh parti-parti rakan Pas dalam Pakatan Rakyat.

Tetapi Abdul Hadi cepat menjelaskan yang keputusan itu bukan berniat meminggirkan parti-parti kotmponen PR. Dia memberi alasan kalau PKR dan DAP ada perwakilan bukan Islam, apalah salahnya Pas juga membuka pintu kepada bukan Islam.

Soalnya, Pas berlainan daripada PKR dan DAP. Pas adalah parti agama, iaitu agama Islam sedangkan PKR dan DAP adalah parti sekular.

Keputusan Pas itu juga akan membuatkan orang bukan Islam dalam parti-parti BN seperti MCA, MIC dan parti-parti suku kaum di Sarawak dan Sabah berfikir mengenai opsyen baru yang terbuka kepada mereka.

Ia membuka jalan dan peluang baru kepada orang bukan Islam untuk bersekedudukan dengan Pas dalam usaha mereka memperluaskan opsyen politik mereka.

Bagi orang bukan Islam yang berupa 40 peratus daripada penduduk negara ini, mempunyai suara dan perwakilan dalam Pas memberikan mereka jaminan tambahan.

Besar kemungkinan Pas mengambil langkah ini kerana mahu terus membuktikan kepada rakan-rakannya dalam PR bahawa ia bukan parti Islam radikal.

Atau mungkin juga kepemimpinan Pas menyedari atau sudah pun membuat kesimpulan bahawa retak dalam PKR sekarang mungkin membawa pecah dan dengan itu membuka peluang kepadanya menarik elemen bukan Islam dalam PKR untuk menyertai Pas.

Yang menjadi tanda tanya, adakah pembukaan pintu kepada bukan Islam ini sesuatu yang hakiki atau sekadar ajak-ajak ayam sahaja?

Bagi Pas, kalau orang bukan Islam tidak mahu menyahut pelawaannya, itu hak mereka. Tetapi dipihaknya ia telah membuat pelawaan. Tanggungjawabnya untuk membuktikan keterbukaan dan liberalismenya sudah tertunai. Orang bukan Islam tidak lagi boleh menuduh Pas parti eksklusif orang Islam.

Pelawaan kepada bukan Islam untuk beranding atas tiket Pas mungkin berguna dan berkesan jika parti itu hendak bertanding dan memang di lebih banyak kerusi yang ramai pemilih bukan Islam.

Abdul Hadi secara spesifik berkata calon bukan Islam itu akan bertanding atas tiket Pas dan menggunakan lambang Pas.

Soalnya, apakah Abdul Hadi juga bermaksud mengatakan bahawa PR tidak akan menggunakan simbol yang sama (common symbol) pada pilihan raya umum akan datang?

Langkah Pas ini mungkin mencetuskan tekanan ke atas PR kerana kalau Pas berjaya menarik ramai calon bukan Islam, ia boleh menuntut untuk bertanding di lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Kesimpulannya, Pas sudah bersedia menjadi lebih terbuka mengenai kepemimpinan dan identiti Islamnya dengan membuka pintu kepada kepemimpinan bukan Islam melalui pilihan raya.

Ini tentunya akan mencetuskan tindak balas ahli dan penyokong parti itu yang selama ini amat ortodoks dan tegar mengenai agam Islam.

Kalau keputusan ini menjadi realiti, mereka terpaksa berkongsi kepemimpinan dengan bukan Islam. Pada ketika itu, Islam yang dibawa oleh Pas tidak lagi eksklusif kepada orang Islam kerana orang bukan Islam juga mempunyai suara ke atas Islam melalui perwakilan mereka dalam Pas dan melalui cawangan legislatif.

Perwakilan Persoal Mengapa Tiada Poster Timbalan Presiden PAS

June 11, 2010 by  
Filed under Articles, Politik Nasional

MACHANG: Apakah Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa ditolak di Kelantan? Itu antara persoalan yang timbul pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS ke-56 di sini kali ini, apabila tidak ada gambar Nasharuddin dipamerkan pada poster atau kain pemidang sempena muktamar itu.

Persoalan tersebut dibangkitkan oleh perwakilan ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Dewan Ulama PAS Pusat pada muktamar itu hari ini.

Bagaimanapun Pengerusi Lajnah Penerbitan Dewan Ulama PAS Pusat, Abdullah Abdul Razak menafikan bahawa gambar Nasharuddin tidak diletakkan disebabkan beliau tidak diterima di Kelantan sebaliknya memberi keutamaan hanya kepada gambar pimpinan tertinggi sahaja.

“Gambar Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah memadai untuk mewakili kesemua saf kepimpinan parti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui kemudiannya.

Latar belakang pentas pada Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat hanya meletakkan gambar Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz serta tiga pemimpin Dewan Ulama iaitu ketuanya Datuk Harun Taib; timbalannya Datuk Ahmad Yakub dan naib ketua Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Sebelum ini, muncul desas desus yang menyatakan Nasharuddin ditolak di negeri ini setelah dibidas oleh Nik Abdul Aziz kerana cuba untuk menjalinkan hubungan dengan UMNO bagi membentuk kerajaan perpaduan. Sejak itu pengaruhnya di negeri ini dikatakan semakin menurun. -BERNAMA

Tak masuk akal Anwar anggap tanah KTM di Singapura milik Malaysia – Shahrir

May 28, 2010 by  
Filed under Articles, Politik Nasional

Datuk Seri Shahrir Samad, anggota Parlimen Johor Baharu, berkata “langsung tidak masuk akal untuk menganggap” tanah yang menempatkan landasan dan stesen KTM adalah milik Malaysia sedangkan sebenarnya tanah itu dipajak daripada Singapura khusus bagi tujuan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan KTM Bhd.

Menyambut baik perjanjian dua hala bersejarah yang dimeterai Malaysia denganSingapura pada Selasa bagi membangunkan bersama tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Tanjong Pagar, bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu berkata perjanjian itu mewujudkan keadaan yang memihak kepada KTM dan Malaysia.

“Bertukar-tukar tanah pajakan kereta api dengan tanah yang tidak memiliki potensi pembangunan dengan nilai setara tetapi dengan tanah yang memiliki potensi pembangunan bermakna KTM sebenarnya yang mendapat faedah daripada pertukaran itu,” tegas Shahrir, yang terkenal dengan kelantangan dan pendirian tegasnya mengenai isu nasional, terhadap kritikan beberapa pemimpin pembangkang termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar melahirkan rasa kecewa dengan perjanjian yang dimeterai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien-Loong atas alasan ia dilakukan secara “tergesa-gesa” dan “tanpa butiran terperinci” yang akan menjejaskan kedaulatan dan kepentingan negara.

Di samping melahirkan rasa khuatir bahawa nilai tanah Marina South dan Ophor Rochir yang diperolehi Malaysia sebagai pertukaran bagi tanah di Tanjong Pagar jauh lebih rendah, Anwar menggesa Najib membentangkan kertas laporan komprehensif pada sidang Dewan Rakyat bulan depan bagi memberikan penjelasan terperinci mengenai perjanjian itu.

Sebagai jawapan kepada kebimbangan Anwar, Shahrir menawarkan persepktif sejarah kepada perkara itu.

Tanah KTM, katanya adalah sebahagian daripada sistem pengangkutan ekonomi penjajah apabila Singapura ketika itu sebuah pelabuhan yang turut dihubungkan ke daerah pedalaman di Malaya yang dijajah British.

“Semenanjung Malaysia dan malahan Johor bukan lagi daerah pedalaman bagi Singapura,” katanya.

“Jadi, tidak wajar untuk perkhidmatan KTM dikekalkan di Tanjong Pagar.”

Daripada kacamata penumpang KTM, kecuali apa yang disifatkan oleh Shahrir sebagai “sentimen nostalgia-romantik”, beliau berkata adalah tidak penting di mana mereka akan turun kerana ia mungkin bukan lagi di Tanjong Pagar tetapi yang penting ialah di Johor Baharu.

Mengenai potensi pendapatan jangka panjang daripada perkhidmatan kereta api itu, Shahrir menjangkakan perjalanan seterusnya ke Singapura dari Johor Baharu ekoran KTM berpeluang memanfaatkan 40,000 tenaga kerja Malaysia yang berulang-alik setiap hari melalui pintuk masuk CIQ (Kastam, Imigresen dan Kuarantin) Johor Baharu sebagai terminal pengangkutan, yang akan menaiki bas awam atau bas kilang untuk menyeberangi Tambak.

“Pada masa ini, KTM hanya membawa mereka ke Woodlands tetapi bukan sebaliknya kerana CIQ Malaysia terletak di Tanjong Pagar dan bukannya Woodlands,” katanya.

Shahrir berkata malahan 50 peratus saham dalam perkhidmatan komuter menyeberangi Tambak adalah jauh lebih banyak daripada yang dijana oleh KTM pada masa ini bagi laluan Johor Baharu-Tanjong Pagar.

“Rakyat Malaysia yang setiap hari berulang-alik dari Johor Baharu ke Singapura juga akan mendapat faedah daripada kaedah lain pengangkutan untuk menyeberangi Tambak Johor,” katanya.

Berkongsi pandangan Shahrir ialah Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan anggota Parlimen Muar, yang menyentuh mengenai faedah daripada perjanjian itu.

“Membiarkan isu ini berlarutan selama ini tidak membawa kebaikan kepada sesiapa,” katanya. “Lagipun, ini mungkin akan mengheret kedua-dua negara berjiran ke dalam polemik politik.”

Mengakui kebuntuan dalam isu tanah KTM antara Malaysia-Singapura lambat-laun perlu diselesaikan, Razali menegaskan kejayaan perjanjian yang dipersetujui kedua-dua negara mencerminkan “tahap diplomasi dan kenegarawan yang tinggi”.

Menjangkakan perjanjian itu akan membuka lembaran baru dan saling bermanfaat, Razali berkata apa yang penting ialah pelaksanaannya tidak diabaikan ke tahap yang akan mengecewakan negara sepertimana di masa lalu.

Melihat perjanjian itu daripada perseptif sebagai seorang ahli ekonomi, anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Norraesah Mohamad, menyambut baik perkara itu dan menyifatkan Malaysia sebagai “menang besar”.

Beliau berkata Khazanah Nasional, memegang 60 peratus saham dalam syarikat usahasama M-S Pte Ltd, akan menukar “aset yang tidak dimanfaatkan” kepada usahasama komersil bernilai tinggi.

Menyentuh mengenai beberapa “bagasi” negatif dalam sejarah hubungan Malaysia-Singapura, beliau berkata rakyat Malaysia patut “berfikir melampaui sentimen” dan “melihat prospek yang lebih besar daripada sekadar tanah KTM.”

“Kita perlu melihat kepada faedah jangka panjang yang bakal diraih dengan memanfaatkan aset bernilai yang selama ini dibiarkan sahaja,” katanya.

“Dengan isu tertunggak itu telah diselesaikan, lebih banyak syarikat Singapura akan melabur di Kawasan Pembangunan Iskandar.”

Menyatakan stesen baru kereta api yang dicadangkan itu akan menyelaraskan perkhidmatan pengangkutan awam di Johor Baharu dan Singapura secara bersepadu, Norraesah berkata keadaan itu akan menawarkan keselesaan kepada rakyat Malaysia dan Singapura.

Keselesaan, katanya merupakan instrumen penting bagi perniagaan dan pelaburan sepertimana bagaimana IDR mampu menarik pelabur sama ada secara langsung dari Malaysia atau Singapura, untuk menjadi sebuah kawasan maju dan menawarkan lebih banyak peluang kerja.

Daripada segi nilai hartanah di Johor Baharu sendiri, perjanjian itu pasti menjanjikan kelebihan dan kebaikan, kata Norraesah dan menambah kata “nilai tanah akan meningkat manakala penduduk akan menikmati taraf hidup lebih baik.”

Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda Umno pula berkata keputusan Najib untuk memeterai perjanjian dengan Singapura mengenai tanah KTM di Tanjong Pagar dibuat demi kepentingan negara.

“Dengan perjanjian itu, PM telah memecahkan kebuntuan yang selama ini menjadi isu tertunggak yang telah mentakrifkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura.

“Perjanjian itu akan membolehkan Malaysia memanfaatkan aset bernilai lebih tinggi daripada stesen di Tanjong Pagar.

“Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa tanah di Tanjong Pagar tidak dapat dibangunkan untuk tujuan lain selain daripaad stesen kereta api.”

Beliau berpendapat perjanjian itu akan memberi peluang kepada Malaysia untuk membangunkan tanah itu secara komersil daripada terus memegang aset yang tidak boleh dibangunkan untuk tujuan menjana kewangan.

Khairy berkata perjanjian itu “wajar” kerana Malaysia akan dibanjiri pembangunan perdana dan ikonik “daripada memori nostalgia yang menawarkan “faedah komersil dan strategik amat kecil kepada kita.”

Samy Vellu’s Stance Is Hurting BN

S. SAMY Vellu’s position as MIC President is clearly becoming more desperate and growingly untenable. It could plunge the MIC into another round of crisis.

Desperation is making him intolerant. Just day after V. Mugilan, the MIC Deputy Youth Chief, blamed him for the party’s poor performance in the 2008 general elections, Samy Vellu sacked him.

Mugilan had also claimed that party members and the Indian community at large had grown weary of Samy Vellu’s promise to step down.

The MIC president said he would stick to his decision to step down “eight or nine months” before his term expires in May 2012, despite a call for him to quit immediately.

Flexing his muscles, he summarily expelled Mugilan without referring him to the party’s disciplinary committee.

In my Other Thots column published in the May16-31 issue of the Malaysian Business magazine, I made the following remarks about the MIC president:

“IT’S time for the MIC president of 31 years, Datuk Seri S. Samy Vellu, to make good his promises to turn the party over to his anointed successor, Datuk P Palanivel.

“Given the boost enjoyed by the MIC in recent weeks, sans his active participation, the passing of the baton now should give the party enough time to regroup and recoup lost grounds.

“Samy Vellu has no more reason to whine and to delay his departure. Thanks to the correct choice by the Barisan Nasional, the MIC novice candidate, P Kamalanathan successfully recaptured the Hulu Selangor parliamentary seat.

“Though Kamalanathan was not Samy Vellu’s choice, his victory over the Parti Keadilan Rakyat’s Datuk Mohd Zaid Ibrahim was a strong indication that the MIC still has a role to play in the BN.

“The BN, in particular the Prime Minister, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, did not altogether ignore Samy Vellu’s wishes when Palanivel was made a Senator and may soon be given a governmental post.

“If Samy Vellu makes a graceful exit now, there is still time for the MIC to strengthen itself and regain the support of the Indians in the three-year before the next general elections.

“I am sure if he makes a graceful exit, the Prime Minister will show the government’s usual appreciation by suitably honouring him like other retired heads of BN parties.

“After three decades of tumultuous leadership, which saw his edging out countless promising MIC leaders, and finally suffering a rout in the 2008 general elections, the time could be running out for the party unless Samy Vellu makes way for younger and untainted leaders.

“Kamalanathan’s victory showed that Malay and Indian voters were more amiable towards a younger MIC leader than Samy Vellu’s ally, Palanivel.

“If the outcome of the Hulu Selangor by-election is any indication, the ties between Umno and the MIC are a binding one.

“That the Malays, who form 54 per cent of the voters, would support an MIC candidate at the time when the Chinese support for the DAP was becoming entrenched, should not miss the attention of the BN leadership.

“The Malays, Indians, the Orang Asli and the natives of Sarawak and Sabah have many things in common — the most prominent being their inferior economic status and widespread poverty.

“Also, given the higher birth rates and lower tendency to migrate, the Malays, Indians, the Orang Asli and the natives of Sarawak and Sabah will in future form a much larger proportion of the population.

“The New Economic Model and all other policy initiates of the government cannot be considered to imbue the spirit of 1Malaysia if the interest of these communities are not safeguarded and promoted.”

FOOTNOTE: Of the main Barisan Nasional parties in the Peninsular, only the MIC is yet to have a new leader after the 2008 general elections debacle. Umno, the MCA and the Gerakan have all elected new leaders — the MCA twice.