Anwar bukan ‘Anugerah Tuhan’ tapi Ujian Tuhan- Ezam
November 28, 2010 by admin
Filed under Berita Bergambar, politik N9
AMPANGAN, 29 Nov – Bekas Ketua Angkatan Muda PKR, YB Senator Ezam Md Nor hari ini menjelaskan maksud sebenar ucapan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah yang mengatakan Anwar Ibrahim sebagai ‘Anugerah Tuhan’ merupakan ucapan terpaksa Presiden parti itu sedangkan apa yang jelas, Anwar Ibrahim bukanlah seperti yang digambarkan tetapi lebih kepada ‘Ujian Tuhan’.
Beliau berkata, Anwar umpama ujian kepada kerajaan Barisan Nasional hari ini dalam memperjuangkan keamanan dan kesejahteraan rakyat di mana ianya adalah ujian untuk kita memilih samada Anwar atau Allah SWT.
“Anwar adalah ujian kepada semua pejuang bangsa khususnya UMNO sepertimana contoh Tun Mahathir telah lepas ujian dengan menolak Anwar dalam kepimpinan negara kerana jelas tindakan Tun itu menunjukkan beliau lepas daripada ujian Allah dengan mementingkan agama daripada anak didik kesayangan Tun sendiri,” jelas beliau.
Mengulas mengenai ucapan Presiden PKR sewaktu Kongres PKR baru-baru ini beliau menjelaskan, kenyataan di dalam ucapan yang disampaikan oleh Datin Seri Wan Azizah itu hanyalah ucapan yang di baca mengikut teks dan ucapan tersebut telah dibuat oleh Anwar dan di olah oleh Anwar sendiri.
“Ucapan tersebut bukan Wan Azizah yang buat tetapi Anwar Ibrahim yang buat, Wan Azizah hanya baca sahaja ucapan itu dan lebih menarik ucapan yang mempunyai 66 perenggan telah dipotong oleh Wan Azizah menjadi 20 perenggan sahaja,” jelas beliau membongkar maksud sebenar ucapan Presiden PKR tersebut yang ternyata terpaksa mengiakan segala pembohongan dan salah laku Penasihat PKR itu.
“Mungkin Allah belum bagi kekuatan lagi pada Wan Azizah untuk memilih antara suaminya atau Allah SWT seperti mana Allah memberi kekuatan kepada Tun Dr Mahathir dan pemimpin-pemimpin PKR yang lain untuk meninggalkan Anwar,” jelasnya.
Beliau juga turut menegaskan Mursyidul Am PAS, Dato’ Nik Aziz Nik Mat juga tergolong orang-orang yang kalah dalam ‘ujian’ ini kerana memilih Anwar sebagai sekutu demi pertahankan kuasa politik beliau tanpa mengira dari sudut perjuangan islam itu yang menolak pemimpin munafik apatahlagi yang mempunyai moral yang bertentangan dengan islam.
“Bagi saya, Nik Aziz juga kalah dalam membuat pemilihan ‘ujian’ Tuhan ini kerana beliau memilih Anwar dan tidak memilih Allah demi kuasa politik dan sokongan pengundi,” jelasnya lagi yang menolak fahaman Anwar sebagai ‘Anugerah Tuhan’ kerana ternyata kini Anwar adalah ‘Ujian Tuhan’ buat Kerajaan Barisan Nasional hari ini.
Cikgu Bard tidak akan berhenti manabur fitnah
June 8, 2010 by ujanglempong
Filed under Articles, politik N9
Jika ditanya kembali ,siapa Cikgu Bard ini ? Apakah beliau orang yang berkuasa dan berpengaruh di Negeri Sembilan atau hanya sekadar pencacai yang kecewa yang masih meracau kerana tewas untuk merebut kerusi Parlimen Rembau. Hari ini apakah sebenarnya kerja Cikgu Bard ini dan apakah sumbangan Cikgu Bard kepada bangsa dan rakyat Negeri Sembilan. Kerja Cikgu Bard adalah untuk mencari dan mencipta kesalahan agar tertanam kebencian dalam diri rakyat untuk membenci kerajaan dan pemimpin BN di Negeri Sembilan.
Sasaran utama beliau adalah Khairy Jamaluddin dan juga Menteri Besar Negeri sembilan dan keluarga. Beliau akan terus melakukan kerja-kerja ini kerana beliau gagal dan tidak ada upaya untuk melakukan sesuatu yang baik untuk rakyat. Cikgu Bard hanya pandai bercakap dan menabur fitnah sahaja, sedangkan kepimpinan Negeri Sembilan sudah membuktikan bahawa mereka sememangnya berjasa kepada rakyat.
Saya tertarik untuk mengulas tulisan Cikgu Bard di dalam blog beliau baru-baru ini apabila mengulas mengenai jawapan Menteri Besar Negeri Sembilan bahawa rakyat tahu siapa dia. Jawapan ini adalah jawapan yang ringkas bagi menjawab tuduhan Cikgu Bard bahawa DSU Hj Mohamad adalah gangster dan keluarga beliau adalah pemimpin Pekida berikutan pihak polis tidak membenarkan Kumpulan Cikgu Bard menganjurkan ceramah di Rantau Negeri Sembilan kerana bimbang akan berlaku perkara yang tidak diingini.
Alasan yang diberikan oleh pihak Polis sememangnya munasabah kerana mereka lebih tahu dan peka akan keadaan sebenar. Mengapa selama ini Pihak Polis membenarkan mereka berceramah di tempat-tempat yang dirasakan selamat. Malangnya apabila mereka mendapat permit untuk berceramah mereka tidak pula berceramah dan membatalkan apabila melihat sambutan yang dingin.
Kita juga bolehlah mengharapkan sesuatu dari Cikgu Bard setelah selesai sahaja majlis pernikahan anak DSU Menteri Besar ini. Sudah tentu kerja yang ikhlas dari DSU Menteri Besar untuk meraikan bersama rakyat hari yang bersejarah dan gembira ini akan dimanupulasikan oleh Cikgu Bard., Alhamdulillah majlis ini berjalan dengan lancar dan ramai rakyat yang turut serta meraikan kedua mempelai ini.
Cikgu Bard sudah mula mempertikaikan jambatan baru yang menghubungi Rantau dan besi paip air baru. Tak perlu lah Cikgu Bard menterjemahkan sebagai satu fitnah. Itu semua untuk kebaikan rakyat . Bukannya Menteri Besar seorang sahaja yang memakai jambatan itu atau bukan menteri besar seorang saja yang minum air paip berkenaan.
Memang mudah kerja mengkritik ini, cakap saja kerana lidah tidak bertulang. Sekiranya DSU Menteri Besar tidak buat jambatan atau tidak menggantikan paip baru , cerita nya akan berbunyi lain pula tetapi tetap menghentam, inilah kerja Cikgu Bard selama ini dan pemimpin sebeginikah yang dimahukan oleh rakyat. mungkin Cikgu Bard tidak mempunyai perasaan malu setelah beliau pernah di tolak oleh rakyat di Rembau sebelum ini.
Pembangkang di Negeri Sembilan hanya boleh bercakap tapi tidak boleh melaksanakan !
May 27, 2010 by admin
Filed under Berita Bergambar, politik N9
Comments Off
Rakyat sudah mula menyedari bahawa mereka tersilap pilih apabila memilih parti Pembangkang bagi mewakili mereka dalam pilihan raya umum yang ke 12 lalu. Semua janji janji yang telah di tabur oleh pembangkang hanya lah janji janji palsu sahaja. Mereka tidak punyai kredibiliti untuk menjadi pemimpin yang boleh membangun kan DUN yang mereka wakili tetapi hanya boleh bercakap dan menyalahkan apa yang kerajaan berikan untuk rakyat bagi menutup kelemahan mereka.
DUN Ampangan , DUN Paroi dan DUN Sikamat adalah contoh yang terbaik di mana jika kita perhatikan tiada sebarang pembangunan yang tgelah dilakukan oleh ADUN di tempat ini. Yang paling menarik adalah apabila ADUN Paroi menipu bahawa jambatan dan masjid baru yang di bina oleh kerajaan adalah usaha beliau sedangkan masjid dan jambatan berkenaan adalah usaha kerajaan BN, ADIN Paroi Sdr Taufik tidak mampu untuk mengusahakan jambatan dan masjid berkenaan.
DUN Ampangan pula terus layu dan ADUN kawasan berkenaan t langsung tidak berminat untuk menlaksanakan tugas beliau sebagai wakil rakyat. Sdr Rashid di katakan hanya mencari peluang untuk ditawarkan lompat parti namun hasrat ini tidak mendapat perhatian dari pihak pihak kerajaan. Beliau juga dikatakan sukar untuk membuang tabiat lamanya bersukan nombor ekor,
Kekecewaan ketua ranting PKR Rembau sdr Badrul Hisham atau dikenali sebagai Cik Gu Bad masih lagi bermain di benak fikiran Cik Gu Bard , cita cita nya mahu menjadi wakil rakyat sememangnya tidak dapat di bendung lagi , Namun Cik Gu Bard dan kawan kawan beliau seperti Sdr Taufik ADUN Paroi hanya pandai bercakap dan sering mengadakan ceramah kerana mahu menafikan kerja kerja yang telah dilakukan oleh kerajaan BN.

















