Jangan Takut Pertahankan Hak Melayu-MB
October 24, 2010 by admin
Filed under Articles, Persidangan Agung UMNO 61
SEREMBAN: 24 Okt – Perhimpunan Agung UMNO kali ke-61 yang berakhir semalam menjelaskan kepada semua orang terutamanya ahli UMNO dan orang Melayu khususnya, ucapan dasar Presiden juga menerangkan bahawa soal tentang UMNO masih lagi memperjuangkan dan mempertahankan hak-hak orang Melayu itu sudah tak timbul lagi.
Demikian ulasan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan ketika ditanya wartawan bagi mengulas ucapan dasar Presiden UMNO sewaktu Perhimpunan Agung UMNO ke-61 yang berlangsung kelmarin.
Menurut beliau, ketegasan kenyataan Perdana Menteri baik pada ucapan dasar sehinggalah kepada penutup semalam memberi maksud agar jangan ada sesiapa yang cuba untuk mempersoalkan keyakinan mereka terhadap parti kebangsaan melayu bersatu ini yang mana secara perlembagaannya sendiri telah nyata dan jelas bahawa inilah parti yang menjadi landasan dan wadah yang untuk mempertahankan dan memperjuangkan maruah dan martabat bangsa Melayu.
“Perlembagaan kita yang jelas menunjukkan ada termaktub dalam perlembagaan parti itu sendiri yang akan mempertahankan perlembagaan raja-raja melayu dan agama islam justeru, ditegaskan secara nyata oleh presiden parti bahawa jangan ada orang nak mempersoalkan tentang isu-isu perlembagaan kerana apa sahaja yang telah termaktub dalam perlembagaan tersebut adalah sesuatu yang telah dipersetujui bersama dan bukan sewenangnya untuk orang boleh menukarkan perlembagaan kerana kita masih ada satu lagi lapisan iaitu raja-raja melayu,” jelasnya lagi.
Umumnya sedia maklum, raja-raja melayu telah menurunkan persetujuan untuk memberikan mandat bagi menjadikan negara ini sebuah negara demokrasi berparlimen dengan disertakan syarat 7 wasiat yang dibagi oleh raja-raja melayu terutamanya tentang bahasa, agama dan yang lain-lain.
“Jadi ini adalah merupakan sesuatu yang dah termeteri dan tak boleh sesiapa mengganggu gugat lagi. Jadi saya berharap supaya orang melayu jangan terlampau cepat melatah bila diusik-usik oleh orang. Kita ada parti UMNO yang akan terus memperjuang hak, maruah dan martabat orang melayu. Saya juga nak nyatakan di sini, orang bukan melayu jangan pula suka memainkan isu berkenaan kerana apa yang telah termaktub dalam perlembagaan adalah muktamad.
“Sekiranya sentiasa diusik-usik nanti, saya takut tahap kesabaran orang ada had dia, mana tahu nanti ada orang yang tahap kesabarannya tak tinggi, ini akan menyebabkan sesuatu yang boleh menyebabkan keadaan yang tidak baik,” tambahnya lagi yang mengatakan keharmonian masyarakat Malaysia yang terbina selama ini akan hancur sekelip mata.
“Ini kalau berlaku saya takut ia akan merugikan semua orang dan negara akan menjadi huru hara. Jadi nasihat saya supaya semua orang hormatkan perlembagaan. Orang melayu pula jangan pula takut bahawa hak-hak orang melayu, raja-raja dan agama islam,”
Beliau juga turut memperkatakan bahawa bahasa melayu sememangnya akan tetap dipertahankan oleh negara dan parti umno yang menjadi tulang belakang kepada kerajaan.
“Tak ada parti lain dalam perlembagaannya yang ada menyatakan tentang mempertahankan hak orang melayu, mempertahankan raja-raja melayu, mendukung agama islam dan mendukung raj-raja serta memartabatkan bahasa melayu,
“Cuma parti UMNO sahaja, parti lain tiada, PAS tak ada, PKR tak ada, DAP dia nak buat sama rata. Jadi kalau nak sokong, sokonglah UMNO yang terus akan memperjuangkan nasib dan maruah dan juga martabat orang melayu sampai bila-bila,” tegas beliau mengakhiri perbualan.
mizie@n9kini.com
KOLEKSI HARI KE EMPAT – 22 Oktober 2010
October 24, 2010 by Mail
Filed under GALERI FOTO
KOLEKSI HARI KE TIGA – 21 Oktober 2010
October 23, 2010 by Mail
Filed under GALERI FOTO
KOLEKSI HARI KE DUA – 20 Oktober 2010
October 23, 2010 by Mail
Filed under GALERI FOTO
Lawatan MB ke Pusat Media ASTRO dan Bilik Berita UTUSAN Malaysia.
October 23, 2010 by Mail
Filed under Persidangan Agung UMNO 61, Program Harian Menteri Besar
PWTC, 23 Okt – Perhimpunan Agung UMNO masuk hari terakhir hari ni, peluang yang ada tidak dilepaskan begitu sahaja bagi seorang pemimpin yang peka dengan ketungkusan para media menjalankan tugas sepanjang persidangan berlangsung.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB DAto’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan hari ini turut berkesempatan meninjau kerja-kerja pihak media di bilik Pusat Media, kali ini beliau melawat kakitangan media dari ASTRO Awani dan Bilik Berita Utusan Malaysia.
Peluang yang ada juga memberi peluang kepada warga media beramah mesra dengan pemimpin di samping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara media dan pemimpin masyarakat.
mizie@n9kini.com / ismail
Meninjau di sebalik tabir warga media
October 22, 2010 by admin
Filed under Persidangan Agung UMNO 61, Program Harian Menteri Besar
PWTC, 22 Okt – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan berkesempatan melawat Pusat Media yang menempatkan pelbagai agensi media dari Malaysia dan luar.
YAB Dato’ Seri Utama juga berkesempatan beramah mesra dengan kakitangan penyiaran dari Radio Televisyen Malaysia (RTM), dan agensi Media Prima seperti TV3, TV9 dan NTV7.
Beliau mengambil peluang mendekati para media yang sibuk menjalani tugas sepanjang Perhimpunan Agung UMNO Kali ke-61 ini berlangsung turut mengunjungi Pusat Akhbar seperti Bernama, Harian Metro, NST Berhad dan Kosmo.
mizie@n9kini.com/ foto: mail
YB SENATOR DATO’ MOHAMMED NAJEEB BIN ABDULLAH UCAPAN PERBAHASAN USUL EKONOMI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2010
October 22, 2010 by admin
Filed under Persidangan Agung UMNO 61
Bismillahirrahmaanirrahim.
Alhamdulillah …………Segala puji bagi Allah swt, Tuhan seru sekalian alam. Salawat dan salam yang sempurna buat junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w., keluarga dan sahabat-sahabatnya.
Assalamu’alaikum wbkth, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
Yang Berbahagia Datuk Paduka Pengerusi Tetap,
YAB Presiden UMNO, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak
YAB Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd. Yassin
YB-YB Naib-naib Presiden
YB-YB Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri
YB/YBhg Ahli-Ahli Majlis Kerja Tertinggi
Para perwakilan UMNO dari seluruh negara yang saya kasihi
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah,
Nama saya Mohammed Najeeb bin Abdullah, dari Bahagian Rasah mewakili Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan yang telah diamanahkan untuk membicarakan tentang Usul Ekonomi.
Pantun dibaca pembuka kata
Penuh sarat dengan kiasan
Izinkan saya memula bicara
Membawa suara Negeri Sembilan
2. Setiap kali kita membicarakan soal peningkatan ekonomi, ia tidak boleh dipisahkan dengan tuntutan dan keperluan agama Islam yang maha suci seperti firman Allah Ta’ala dalam Al-Quran, Surah Al-Isra’, ayat 30, yang bermaksud
Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Dia Maha Mendalam pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya.
3. Pada hari ini, kita berada dalam situasi ekonomi dunia yang tidak menentu. Mengharungi suasana ekonomi global yang sedemikian, cetusan pemikiran yang kreatif dan kritis menjadi semakin penting dan kritikal kepada kemampuan kita untuk terus menangani cabaran-cabaran yang mendatang. Rintangan-rintangan yang pelbagai dan bertali-arus ini bukan calang-calang kesannya. Ia memerlukan satu penelitian yang mendalam dan berterusan. Isu-isu teras yang berada disekeliling kita memerlukan kita untuk mencari penyelesaian dan langkah yang sesuai; dengan memanfaatkan pemakaian ilmu dan kebijaksanaan.
4. Budaya orang Melayu adalah budaya yang santun dan halus jiwanya. Peribahasa Melayu ada menyatakan “Umpama menarik rambut dari dalam tepung; rambut jangan putus, tepung jangan berselerak”. Dengan kata lain, kita diperingatkan bahawa pencapaian matlamat dan impian tidak seharusnya merosakkan suasana di sekeliling kita. Begitu indah dan halus makna yang tersirat. Pun begitu, kita tetap berwaspada bahawa survival orang Melayu pada hari ini bukan perkara yang boleh dipandang remeh dan diketepikan begitu sahaja. Cuma kita perlu meningkatkan kebolehupayaan kita ke beberapa tahap di atas permasalahan dan isu-isu teras tersebut. Dengan kata lain, we must rise above the occasions.
Dato’ Pengerusi Tetap dan sidang Perwakilan sekelian,
5. Tidak dinafikan pendekatan pembangunan sosio-ekonomi yang Malaysia praktikkan sepanjang lima dekad yang lalu mungkin berjaya pada masa lalu, tetapi ia tidak semestinya boleh membawa kejayaan yang kita matlamatkan pada hari inI bagi mencapai graf yang berlipatganda sepertimana yang dicapai oleh negara-negara maju termasuk negara-negara gergasi. Sehubungan itu, kita memerlukan suntikan idea yang baru, bernas, kreatif dan berinovasi . Kita seharusnya sedar dan berbangga bahawa kita sebenarnya mempunyai kepakaran dan kemahiran yang setanding dengan yang terbaik di dunia, jika tidakpun kemahiran yang lebih baik dari kebanyakan dari mereka dalam beberapa bidang.
6. Kita sudah lihat betapa model pembangunan yang diperkenalkan oleh Barat dan Amerika bukanlah model yang terbaik yang perlu dicontohi secara membuta-tuli. Barat sejak sekian lama menekankan kebebasan pasaran atau free market dan mengandaikan bahawa kewujudan firma perniagaan dalam menjalankan perniagaan adalah untuk memaksimumkan keuntungan. Sehinga mereka bersaing secara kompetitif tanpa bantuan dan campurtangan kerajaan. Jika syarikat tersebut menghadapi masalah, mereka tiada pilihan dan akan gulung tikar. Jelas, ini bukanlah resepi yang sesuai pada masa ini.
7. Kita lihat ekonomi mereka pada hari ini menghadapi pelbagai masalah besar dengan kadar pengangguran yang tinggi. Kegagalan institusi-institusi kewangan utama mereka dan pertumbuhan ekonomi yang rendah berterusan. Antaranya termasuk syarikat insurans gergasi, AIG dan syarikat kenderaan terkemuka, General Motors sehingga terpaksa disuntik 40 bilion dolar untuk menyelematkan hayatnya. Kita harus sedar, bahawa sifat tamak-haloba yang tiada kekangan di bawah wadah kapitalisme dan kebebasan yang melampau boleh menghancurkan ekonomi. Kita tidak perlu menjadi seperti mereka. Kita perlu menjadi orang-orang Melayu yang bijaksana dan memiliki keprihatinan kepada persekitaran kita, dalam mencapai cita-cita dan matlamat kita.
8. Lantaran, kita seharusnya bersyukur kerana kita mempunyai pemimpin yang bijaksana, futuristik atau berpandangan jauh. Pemimpin yang berwawasan dan sedar bahawa agenda Melayu kita memerlukan semangat kerjasama dan sokongan dari seluruh ahli-ahli UMNO untuk menjayakannya. Kata kuncinya ialah suatu penghijarahan minda dan pendekatan dari kita semua. Maka itu, pendekatan baru diperlukan untuk men-transformasi cara kita bekerja, cara kita mencapai matlamat kita, dan cara kita hidup dalam persekitaran yang mencabar.
9. Sejak mengemudikan pemerintahan satu setengah tahun yang lalu, kita melihat bagaimana bumbung, tiang, lantai dan dinding rumah kita untuk masa hadapan di bawa ke hadapan kita satu demi satu menerusi pelaksanaan konsep 1Malaysia, Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) disulami pula dengan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bersama lapan teras Model Baru Ekonomi yang diterjemahkan melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10).
10. Konsep dan rangkaian program yang dicetuskan oleh YAB Presiden kita, Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, sejak setahun yang lalu benar-benar memerlukan kita untuk menghalusi dan memahaminya bagi memastikan matlamat utama menjadikan negara ini bergelar negara maju serta berpendapatan tinggi akan terlaksana. Ia mampu direalisasikan atas semangat musyawarah dan kesepakatan, menambah-baik dan memantau keberkesanan program-program ini secara berterusan.
11. Kita sedar bahawa antara masalah utama konsep dan program-program baru seumpamanya adalah penerimaannya di peringkat awal. Kita juga maklum bahawa kegagalan program-program sedemikian juga adalah kerana kelemahan pelaksanaan dan pemantauan yang berkesan. Walaupun (PEMANDU) Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan yang bertujuan meramal implemintasi dan mengetahui perkembangan dalam program transformasi kerajaan, menyediakan kemudahan dan juga sokongan bagi N-KRAs dan MKEAs telah ditubuhkan oleh kerajaan, saya ingin mencadangkan kepada pucuk pimpinan parti, bahawa di peringkat parti, ahli-ahli UMNO dari pelbagai latarbelakang dan peringkat dihimpunkan dalam beberapa kumpulan atau jawatankuasa, untuk menghalusi setiap program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan. Para pemimpin di peringkat akar umbi parti seperti kami boleh bertindak sebagai check and balance.
12. Selain dari menjadi pemantau dan memberi maklumbalas dari peringkat akar-umbi akan kejayaan atau kegagalan program-program tersebut, ia akan membolehkan sebilangan besar ahli-ahli UMNO untuk benar-benar memahami program-program yang dilaksanakan untuk rakyat dan memberi cadangan untuk menambah-baik pelaksanaan program-program tersebut agar ia boleh menjadi lebih berkesan dan lebih bermanfaat kepada orang-orang Melayu dari pelbagai peringkat, terutamanya golongan miskin dan berpendapatan rendah, serta golongan menengah yang bekerja.
13. Demi kebaikan jangka panjang, kita perlu kritis dalam penilaian kita dan perlu kreatif dalam memberi penyelesaian alternatif. Kita ambil maklum, bahawa program-program ini adalah untuk kesejahteraan semua rakyat Malaysia dan pucuk pimpinan parti. Manakala jemaah menteri pula seharusnya mempunyai niat yang ikhlas dan murni untuk mengekalkan perpaduan dan kesejahteraan semua di bumi tercinta ini, sambil pada masa yang sama juga, bersedia menerima kritikan dan teguran yang membina yang boleh membawa kita ke mercu yang lebih tinggi lagi. Hakikatnya, barisan kepimpinan harus menerima kenyataan meskipun ia kadang kala menyentuh perasaan.
Dato’ Pengerusi Tetap dan sidang perwakilan,
Sehubungan itu, saya ingin menarik perhatian beberapa isu-isu ekonomi seperti berikut;-
14. Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (YAHB)
- Seperti termaklum, Skim Amanah Hartanah Bumiputera (SAHB) yang berlandaskan syariah akan dilancarkan dengan saiz dana sebanyak RM1 billion untuk memberi peluang kepada bumiputera menikmati hasil pemilikan sektor hartanah komersil kelas utama terutamanya di Lembah Kelang melalui sekim pemilikan berkelompok.
- Persoalannya, apakah jenis hartanah dan di mana lokasi hartanah tersebut yang akan dimiliki oleh YAHB. Pada pembentangan Bajet 2006, peruntukan sebanyak RM2 bilion telah disediakan bagi tujuan yang sama melalui Pelaburan Hartanah Bumiputera Berhad yang mana telah digunakan untuk membeli 2 bangunan yang strategik bernilai RM660 juta disamping pembangunan yang bersepadu bernilai RM1.4 bilion di KL Sentral.
- Justeru, saya mencadangkan saiz dana sekim amanah ini ditambah lagi untuk membolehkan lebih banyak hartanah di kawasan-kawasan strategik termasuk di luar Lembah Kelang boleh dimiliki oleh Yayasan ini dan faedahnya dinikmati oleh bumiputera secara meluas di seluruh negara. Yayasan juga boleh meninjau peluang-peluang memiliki bangunan-bangunan komersial di kawasan pertumbuhan yang baru seperti di Iskandar, Johor.
15. Pembinaan Menara Warisan Merdeka
Cadangan membina sebuah menara setinggi 100 tingkat, Warisan Merdeka, oleh Permodalan Nasional Berhad, PNB, adalah sesuatu yang membanggakan. Kita tidak perlu gusar dan resah sepertimana anggapan sesetengah pihak. Hakikatnya pembinaan bangunan itu tidak langsung menggunakan dana para pendeposit ASN dan ASB. Harapan kita agar pembinaan tersebut dirancang dengan terperinci bermula dengan rekabentuknya yang harus mengutamakan ciri-ciri kebangsaan dan boleh menempatkan pelbagai peringkat perniagaan termasuk konglemerat, korporat, professional dan peniaga kecil dan sederhana. Keutamaan hendaklah diberi kepada segmen bumiputera untuk memiliki unit-unit perniagaan nanti dengan harga yang munasabah. Kita tidak mahu lagi mendengar rintihan-rintihan peniaga bumiputera yang terpaksa gulung tikar terlalu awal seperti yang pernah berlaku di KLCC dan Alamanda Putrajaya kerana harga sewa yang melonjak tinggi, Kita perlu mengkaji business model yang lebih lestari (sustainable) untuk mengekalkan peniaga-peniaga bumiputera untuk terus berniaga.
16. Pembangunan Modal Insan Dalam RMK 10
Talent Corporation harus digunakan untuk mencari pakar-pakar dalam bidang-bidang kritikal seperti pakar-pakar perubatan, bio-teknologi dan ICT bagi melatih dan membina pool yang lebih besar dari kalangan anak-anak tempatan. Matlamatnya ialah untuk menarik anak-anak tempatan yang berkepakaran di bidang tertentu di luar negeri untuk berbakti di laman sendiri sambil mengekang pakar-pakar tempatan berhijrah ke luar negara.
Dalam National Talent Blueprint, bidang-bidang kritikal ini harus diperjelaskan. Elakkan dari menjadi Jack of all trades but master of none. Bidang-bidang kritikal perlu bukan sahaja untuk pertumbuhan ekonomi tetapi juga boleh digunakan untuk memperkayakan khazanah ilmu negara serta mengukuhkan jalinan antara budaya dan agama.
Namun, dalam soal talent ini, kita harus bertanya, apakah bakat semulajadi bangsa Melayu dan bagaimana kita perlu memupuk bakat ini? Anak-anak Melayu yang berbakat seperti Nizam, Safwan dan Usamah yang menghasilkan rancangan animasi popular “Upin dan Ipin” harus digandakan bilangannya dan hasil kreativiti mereka diketengahkan ke persada antarabangsa.
Satu lagi sektor yang sedang menghadapi masalah kepakaran ialah di sektor Kewangan Islam. Selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab kewangan Islam beberapa lesen perbankan Islam dan takaful telah dikeluarkan baru-baru ini.
Penghijrahan pengurus-pengurus dan pakar-pakar dibidang takaful ke luar negara telah menyebabkan berlaku staff pinching atau kemelut pemancingan syarikat takaful sedia ada.
Talent Corporation boleh memainkan peranan menarik kembali mereka yang telah berhijrah untuk pulang ke Tanah Air dan menawarkan pakar-pakar kewangan Islam dari luar untuk berkhidmat di sini.
17. Pengurangan kebergantungan kepada pekerja asing
Adalah dianggarkan bilangan pekerja asing di negara ini berjumlah 2.9 juta orang sementara bilangan Pekerja Asing Tanpa Izin (PATI) juga sama ramainya. Sektor-sektor industri yang masih bergantung kepada pekerja asing termasuklah sektor perladangan, pembantu rumah dan pembinaan.
Di sektor pembinaan mempunyai IBS Roadmap 2003 – 2010 untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja binaan asing dengan teknologi pembinaan terkini. Walaupun begitu, pekerja binaan asing masih lagi ramai di negara kita kerana sektor pembinaan swasta tidak komited dalam penggunaan sistem IBS atas faktor kos yang lebih rendah.
Manakala masalah rasuah yang masih berleluasa di sempadan, dan di kaunter Jabatan Imigresen seperti apa yang berlaku di Pulau Ketam dan Jeti Port Dickson baru-baru mempunyai impak yang besar terhadap sektor ekonomi negara . Usaha kerajaan membanteras rasuah secara habis-habisan di pintu-pintu masuk negara harus diteruskan kerana ia sebenarnya mengancam ekonomi dan keselamatan tanahair. Adalah diharapkan dengan penenalan Akta Anti Pemerdagangan Manusia dapat mengurangkan kemasukan PATI ke negara ini.
Konsep SOHO – Small Office Home Office perlu diperluaskan lagi. SOHO mempunyai banyak faedah. Antaranya:-
a) tak perlukan pembantu rumah dan mengurangkan kebergantungan kepada pembantu rumah asing
b) anak-anak dibesarkan sendiri oleh ibubapa, menjadikan keluarga lebih akrab dan bahagia
c) masalah kesesakan jalanraya boleh dikurangkan
d) dan, alam sekitar yang lebih bersih kerana kurang penggunaan bahan pembakar kereta.
Dalam sektor perladangan, penggunaan mesin-mesin perlu diperluas. Sudah tiba masanya, sektor pertanian dipermodenkan lagi dan penggunaan tenaga manusia dikurangkan seperti di negara-negara maju. Kerajaan perlu menyediakan dana untuk membantu pekebun-pekebun kecil dan sederhana di luar bandar ke arah memodenkan proses pertanian dan perladangan mereka.
18. Mengusahakan tanah-tanah terbiar
Ke arah menepati objektif negara maju yang berpendapatan tinggi, sektor pertanian masih merupakan sektor utama untuk penduduk di luar bandar. Dengan penghijrahan golongan muda ke bandar-bandar, tanah-tanah pertanian tinggal terbiar. Saya ingin mencadangkan agar Kementerian Pertanian dan Asas Tani mengambil inisiatif mengumpul data-data tanah-tanah ini dan mencari pengusaha-pengusaha tanah yang berminat menjalankan projek pertanian pada skala yang lebih besar dan efisyen yang boleh memberi keuntungan kedua belah pihak atau ‘win-win situation’.
Untuk menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020, adalah satu masa yang sengkat bagi orang-orang Melayu sedangkan bagi orang-orang bukan Melayu mereka telah jauh terkehadapan. Oleh itu, untuk mempercepatkan pencapaian ke arah matlamat negara maju pada 2020, kerajaan hendaklah melaksanakan projek-projek yang telah dikenalpasti memberi kentungan ekonomi kepada orang Melayu dilaksanakan dengan segera atau front loaded dalam RMK 10 ini.
Dato’ Pengerusi Tetap dan Sidang Perwakilan,
Negeri Sembilan dengan ini mohon menyokong.
Wabillahitaufik walhidayah, Asalamualaikum Warahmatullhiwabarakatuh dan Salam perjuangan.
Transformasikan juga cara kita bekerja
October 22, 2010 by admin
Filed under Articles, Persidangan Agung UMNO 61
KUALA LUMPUR, 22 Okt – Perhimpunan Agung UMNO yang ke 61 kini telah pun memasuki hari ketiga persidangan di mana giliran wakil bahas dari N.Sembilan yang membentangkan Pembahasan Usul Ekonomi.
Wakil dari Negeri Sembilan, YB Senator Dato’ Mohammed Najeeb Abdullah yang juga dari UMNO Bahagian Rasah membahaskan ucapan usul ekonomi di mana menurut beliau dalam situasi ekonomi yang tidak menentu, cetusan pemikiran yang kreatif dan kritis menjadi semakin penting dan kritikal kepada kemampuan kita untuk terus menangani cabaran-cabaran mendatang memerlukan penelitian yang mendalam dan berterusan.
Wakil dari N.Sembialn itu juga turut tidak menafikan pendekatan pembangunan sosio-ekonomi yang Malaysia praktikkan sepanjang lima dekad yang lalu mungkin berjaya pada masa lalu namun beliau berpendapat ianya tidak semestinya membawa kejayaan yang kita matlamatkan pada hari ini bagi mencapai graf yang berlipat-ganda sepertimana yang dicapai oleh Negara-negara maju termasuk Negara-negara gergasi.
“Sehubungan itu, kita memerlukan suntikan idea yang baru, bernas, kreatif dan berinovasi,” jelas beliau.
Selain daripada itu, Senator Dato’ Najeeb juga berhujah untuk membawa pemahaman agar tidak terlalu mencontohi model perniagaan yang diperkenalkan oleh Barat dan Amerika secara membuta-tuli.
Ini memandangkan model yang diperkenalkan oleh Barat sekian lama menekankan kebebasan pasaran atau free market dan mengandaikan bahawa kewujudan firma perniagaan adalah untuk memaksimumkan keuntungan sehingga mereka bersaing secara kompetitif tanpa bantuan dan campurtangan kerajaan. Ini samalah ertinya jika sesuatu syarikat itu menghadapi masalah dan tiada pilihan maka mereka terpaksa gulung tikar.
Beliau juga turut mencadangkan satu pendekatan baru diperlukan untuk men-transformasikan cara kita bekerja, cara kita mencapai matlamat kita dan cara kita hidup dalam persekitaran yag mencabar.
“Lantaran itu, kita seharusnya bersyukur kerana kita mempunyai pemimpin yang bijaksana, futuristic atau berpandangan jauh. Pemimpin yang berwawasan dan sedar bahawa agenda melayu kita memerlukan semangat kerjasama dan sokongan dari seluruh ahli-ahli UMNO untuk menjayakannya.
Sejak mengemudikan pemerintahan satu setengah tahun yang lalu, kita melihat bagaimana bumbung, tiang, lantai dan dinding rumah kita untuk masa hadapan di bawa ke hadapan kita satu demi satu menerusi pelaksanaan konsep 1Malaysia, Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) disulami pula dengan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bersama lapan teras Model Baru Ekonomi yang diterjemahkan melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10).
Kita sedar bahawa antara masalah utama konsep dan program-program baru seumpamanya adalah penerimaannya di peringkat awal. Kita juga maklum bahawa kegagalan program-program sedemikian juga adalah kerana kelemahan pelaksanaan dan pemantauan yang berkesan.
Walaupun (PEMANDU) Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan yang bertujuan meramal implemintasi dan mengetahui perkembangan dalam program transformasi kerajaan, menyediakan kemudahan dan juga sokongan bagi N-KRAs dan MKEAs telah ditubuhkan oleh kerajaan, saya ingin mencadangkan kepada pucuk pimpinan parti, bahawa di peringkat parti, ahli-ahli UMNO dari pelbagai latarbelakang dan peringkat dihimpunkan dalam beberapa kumpulan atau jawatankuasa, untuk menghalusi setiap program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan. Para pemimpin di peringkat akar umbi parti seperti kami boleh bertindak sebagai check and balance.
Sehubungan itu, wakil dari N.Sembilan turut menarik perhatian perwakilan dengan beberapa isu-isu ekonomi seperti Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (YAHB).
Seperti termaklum, Skim Amanah Hartanah Bumiputera (SAHB) yang berlandaskan syariah akan dilancarkan dengan saiz dana sebanyak RM1 billion untuk memberi peluang kepada bumiputera menikmati hasil pemilikan sektor hartanah komersil kelas utama terutamanya di Lembah Kelang melalui sekim pemilikan berkelompok.
Persoalannya, apakah jenis hartanah dan di mana lokasi hartanah tersebut yang akan dimiliki oleh YAHB. Pada pembentangan Bajet 2006, peruntukan sebanyak RM2 bilion telah disediakan bagi tujuan yang sama melalui Pelaburan Hartanah Bumiputera Berhad yang mana telah digunakan untuk membeli 2 bangunan yang strategik bernilai RM660 juta disamping pembangunan yang bersepadu bernilai RM1.4 bilion di KL Sentral.
“Justeru, saya mencadangkan saiz dana sekim amanah ini ditambah lagi untuk membolehkan lebih banyak hartanah di kawasan-kawasan strategik termasuk di luar Lembah Kelang boleh dimiliki oleh Yayasan ini dan faedahnya dinikmati oleh bumiputera secara meluas di seluruh negara. Yayasan juga boleh meninjau peluang-peluang memiliki bangunan-bangunan komersial di kawasan pertumbuhan yang baru seperti di Iskandar, Johor,” jelas beliau.
mizie@n9kini.com
KOLEKSI HARI PERTAMA – 19 Oktober 2010
October 20, 2010 by Mail
Filed under GALERI FOTO
Ahli UMNO wajar punyai sindrom kuat – MB
October 20, 2010 by admin
Filed under Persidangan Agung UMNO 61, Program Harian Menteri Besar
SEREMBAN 20 Okt. – Ahli UMNO wajar mempunyai sindrom kuat yang tulen bagi melonjakkan parti ini dalam era penguasaan sejagat serta kukuh untuk terus meneraju negara.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan berkata, kuat yang tulen bermakna bertenaga, gagah, kukuh, liat, tidak mudah pecah, erat, lantang, tegap, padu, hebat serta perkasa.
Katanya, ahli UMNO hendaklah jangan terlalu banyak bercakap tetapi kekuatan bekerja lenyap akibat banyak memikirkan persaingan dalam parti semata-mata.
“Mental ahli UMNO perlu bersih, fikiran kena matang dan paling utama juga persefahaman sentiasa dikekalkan,” katanya kepada pemberita di Wisma Negeri, di sini hari ini.
Dato’ Seri Utama Hj Mohamad yang juga Menteri Besar memberitahu, ahli UMNO harus menjadi kompak walaupun ‘direbus’ mahupun berhadapan musibah kerana mereka yang berhati cekal sahaja berupaya membawa UMNO ke tahap kuat yang paling tulen ini.
‘‘Kita tidak harus bimbang dengan sebarang anasir dan jangan cepat melatah apabila diserang, sebaliknya bersikap profesional dengan mengambil kira kelemahan lawan sebagai senjata untuk kembali kuat dan padu,” katanya.
Tegasnya, antara kelemahan parti UMNO ini disebabkan sikap ahli yang ‘buat-buat tidak faham’ atau bersikap terlalu relaks apabila parti lawan menonjolkan kelemahan.
‘‘Apabila ini tidak disahut dengan kesempatan untuk menunjukkan betapa UMNO lebih baik dan kuat, maka masyarakat tidak dapat melihat relevannya UMNO itu kepada mereka,” katanya.
Sementara itu, beliau juga bersependapat dengan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya pembahas perlu bijak mengeluarkan hujah pada Perhimpunan Agung UMNO 2010.
‘‘Elakkanlah daripada bersenda gurau dan menjadikan gelanggang perbahasan itu sebagai pentas penglipur lara yang gemar bercerita.
‘‘Kita mahu melihat keintelektualan seorang pembahas dengan hujah yang penuh dengan ilmu, fakta dan sesuatu yang boleh diterima ahli pemikir di kalangan ahli dan pemimpin UMNO,” ujar beliau.
Sebab itu, katanya, UMNO Negeri Sembilan menampilkan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jelebu, Datuk Jalaludin Alias yang akan membahaskan ucapan dasar Presiden, manakala Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rasah, Senator Datuk Mohammed Najeeb Abdullah akan membahaskan usul ekonomi dan Ahli Mesyuarat kerajaan negeri, Datuk Shamsulkahar Mohd. Deli membahaskan usul agama dan pendidikan.
‘‘Usul yang dibahaskan itu perlu ada cara persembahan yang baik, kadang kala fakta kita baik tetapi persembahan teruk. Pembahas perlulah ada fakta, angka, statistik, di mana orang tidak boleh nafikan,” tambahnya.





















































































































