Pergolakan politik Asia Barat tidak sama sistem politik Malaysia: Musa Aman

March 5, 2011 by  
Filed under Articles, PRK N27 & N28

MERLIMAU: 05 Mac – Pergolakan politik yang berlaku di negara Asia Barat tidak sama dengan sistem politik yang berlaku di negara ini, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, kepincangan yang berlaku di negara itu tidak mempunyai persamaan dengan negara ini, selain suasana hidup rakyat di sini adalah dalam keadaan aman dan damai.

Katanya, negara ini mempunyai sistem demokrasi yang mengikut landasan sebenarnya dan hubungan baik antara pemimin bersama rakyat sangat diberi perhatian.

“Negara kita tidak sama dengan negara di sana (negara Asia Barat) kerana hidup di sini begitu aman sekali. Hubungan yang rapat antara pemimpin dan rakyat sudah terjalin sejak sekian lama kerana pemimpin di sini selalu turun padang bertemu rakyat.

“Kita mempunyai sistem demokrasi yang dilaksanakan dengan betul seperti sekarang ini kita menghadapi pilihan raya kecil di Merlimau dan Kerdau yang menunjukkan kita di sini mempunyai sistem demokrasi yang berparlimen,” katanya ketika diminta mengulas mengenai amaran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap pemimpin pembangkang yang cuba menghasut rakyat untuk mengadakan provokasi seperti di negara Asia Barat.

Waspada, jangan terpedaya taktik pembangkang: Mohd Ali

March 5, 2011 by  
Filed under Articles, PRK N27 & N28

MERLIMAU: 05 Mac – Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau diharapkan supaya berwaspada dan tidak terpedaya dengan taktik pihak pembangkang yang berkemungkinan berusaha meraih undi saat akhir melalui cara yang tidak sihat.

Pengarah Pilihan Raya Kecil Barisan Nasional (BN) DUN Merlimau, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata taktik sedemikian sudah lama dipraktikkan pihak lawan bagi mengelirukan pengundi yang menyokong Barisan Nasional (BN) supaya beralih sokongan kepada mereka pada saat akhir.

“Waspadalah kerana mana tahu ada kumpulan dari pembangkang yang ingin timbulkan ketegangan. Kadang-kadang dia sendiri yang rosakkan kereta atau banner dia, kemudian dia tuduh orang lain yang buat…ini taktik lama yang mungkin digunakan.

“Kita juga harap pengundi tidak terperangkap dengan cerita fitnah dan pembohongan mengenai kerajaan yang disebarkan melalui media baru seperti Facebook dan blog. Ada yang menyamar seolah-olah ia datang dari kerajaan. Jadi, pengundi janganlah keliru,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan tiket penerbangan kepada 111 penuntut pelbagai jurusan yang akan menyambung semula pengajian mereka di Mesir selepas terpaksa pulang ke tanah air akibat pergolakan politik di negara itu sebelum ini di sini, hari ini.

ADUN baru Merlimau angkat sumpah Isnin

March 5, 2011 by  
Filed under Articles, PRK N27 & N28

JASIN 5 Mac – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Merlimau yang akan dipilih pada pilihan raya kecil kawasan itu esok, dijangka mengangkat sumpah Isnin ini.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Othman Muhamad berkata, upacara angkat sumpah itu dijangka diadakan sebelum perasmian Persidangan Pertama Penggal Keempat DUN Melaka Ke-12 pada 10 pagi hari tersebut.

“Notis untuk persidangan DUN telah diserahkan kepada semua ADUN kira-kira sebulan lepas,” katanya kepada pemberita di Pusat Gerakan Barisan Nasional (BN) di Merlimau di sini, hari ini.

Othman berkata, beliau akan menyerahkan notis mengangkat sumpah dan menghadiri persidangan DUN kepada ADUN baru Merlimau selepas menerima surat keputusan rasmi pilihan raya kecil itu daripada Suruhanjaya Pilihan Raya.

Beliau menjangkakan surat keputusan rasmi itu akan diterimanya selepas pengumuman keputusan pilihan raya kecil itu malam esok dan menurutnya majlis angkat sumpah itu adalah yang terpantas dalam sejarah DUN Melaka.

“Kira-kira 12 jam selepas umum ADUN baru Merlimau, kita adakan angkat sumpah, selalunya kira-kira sebulan selepas pilihan raya di Melaka baru angkat sumpah, saya sudah rujuk semua peraturan dan tiada apa-apa halangan kita berbuat demikian,” katanya. – Bernama

Keputusan PRK Merlimau Dan Kerdau Dijangka 8 Malam Ahad

March 5, 2011 by  
Filed under Articles, PRK N27 & N28

JASIN: 05 Mac – Keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau dan DUN Pahang kawasan Kerdau dijangka diketahui jam 8 malam Ahad.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pusat pengundian di dua DUN itu akan mula dibuka pada jam 8 pagi dan ditutup jam 5 petang.

“Esok ramalan cuaca di Merlimau hujan pada sebelah petang jadi saya nasihatkan pengundi keluar awal,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Platinum Politeknik Merlimau di sini, Sabtu.

Abdul Aziz berkata SPR menjangkakan 80 peratus daripada 10,697 pengundi berdaftar DUN Merlimau akan keluar mengundi.

Beliau menasihati mereka agar menyemak terlebih dahulu pusat pengundian, membawa kad pengenalan dan tidak memakai barang larangan seperti pakaian serta lencana tertera logo parti.

Katanya semua parti politik yang bertanding juga diingatkan supaya menghentikan kempen sebaik tempoh berkempen tamat pada jam 12 tengah malam Sabtu dan berharap petugas parti politik tidak mengganggu pengundi esok untuk meraih undi.

SPR membenarkan parti yang bertanding membantu mengangkut pengundi ke pusat pengundian tetapi kenderaan yang digunakan tidak menggunakan logo parti, sebaliknya menggunakan kertas biru bersaiz A4 bagi Barisan Nasional (BN) dan hijau bagi PAS dilekatkan di cermin hadapan kenderaan tersebut, katanya.

Mengenai salah laku ketika tempoh berkempen, Abdul Aziz berkata kebanyakan kesalahan yang dikesan SPR di DUN Merlimau melibatkan poster dan lebih 20 laporan polis dibuat oleh SPR sepanjang tempoh lapan hari itu.

“Setakat ini tiada laporan kes pergaduhan diterima SPR, keadaan di sini tenang. Bagi mereka yang mengesan ada pengundi hantu dapatkan nama, nombor kad pengenalan dan gambar mereka lapor pada SPR. Penyamar yang ditangkap akan diserah kepada polis untuk tindakan tegas,” katanya, dan menambah pihaknya tidak menerima laporan kes rasuah.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan calon BN Roslan Ahmad ditentang calon PAS Yuhaizad Abdullah yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lepas akibat serangan jantung.

Bagi pilihan raya kecil DUN Kerdau pula, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad dicabar calon PAS Hassanuddin Salim, yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas akibat serangan jantung.

Ditanya mengenai kedudukan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Negeri Sembilan, Mustafa Salim yang didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Seremban Jumaat, terhadap satu daripada tiga pertuduhan rasuah berkaitan permit pasir pada tiga tahun lalu, Abdul Aziz berkata SPR akan mengambil tindakan selepas selesai semua proses mahkamah terhadap Mustafa.

“Proses mahkamah ini panjang, Adun itu boleh merayu lepas 1 April ini, selepas habis proses mahkamah semuanya dan tetap disabitkan baru lucutlah jawatan Adun,” katanya.

Mahkamah menetapkan 1 April ini untuk menjatuhi hukuman terhadap Mustafa. - BERNAMA

PRK Merlimau, Kerdau: Pilih Calon BN – Muhyiddin

March 5, 2011 by  
Filed under Articles, PRK N27 & N28

JASIN: 05 Mac – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap pengundi di kawasan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada Ahad.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, pengundi di kedua-dua kawasan dilihat sudah bersedia untuk emnunaikan kewajipan mereka di pusat-pusat mengundi yang telah ditetapkan.

“Harap semua pengundi keluar mengundi untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan membawa kad pengenalan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi khasnya di Merlimau dan Kerdau yang saya lihat menyambut baik kempen yang digerakkan oleh pemimpin BN di peringkat akar umbi,” katanya kepada pemberita katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Petani, Penternak dan Nelayan Melaka di sini, Sabtu.

Di DUN Merlimau, sebanyak tujuh buah sekolah ditetapkan sebagai pusat mengundi dengan 21 Saluran tempat mengundi.

Sementara di Kerdau, 10 buah sekolah, dua buah balai raya dan sebuah dewan akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi kesemuanya 22 Saluran Tempat Mengundi.

Terdapat 10,679 pemilih berdaftar di DUN Merlimau dan 8,999 pemilih di Kerdau.

PRK DUN Merlimau menyaksikan calon BN Roslan Ahmad ditentang calon PAS, Yuhaizad Abdullah yang berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lepas akibat serangan jantung. Di Kerdau pula, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad dicabar calon PAS, Hassanuddin Salim, yang diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lalu.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, respons yang memberangsangkan itu menunjukkanpengundi sudah menerima baik semua penjelasan yang diberi dan mereka melihat sendirikeupayaan kepimpinan BN. “Inilah kelebihan pilihan raya kecil, rkayat dapat membandingkan apa yang BN buat sebagai kerajaan, macam di sini (Merlimau) meriah dan saya lihat mereka sudah bersedia untuk mengundi, jadi satu petanda baik kepada Barisan Nasional,” katanya.

PRK Merlimau, Kerdau: 80 Peratus Dijangka Keluar Mengundi

March 5, 2011 by  
Filed under Articles, PRK N27 & N28

JASIN: 05 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan kira-kira 80 peratus pengundi akan keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Merlimau dan Kerdau.

Sengaja cipta isu besar

March 4, 2011 by  
Filed under Articles, PRK N27 & N28

MERLIMAU: 04 Mac – Calon Barisan Nasional (BN) Roslan Ahmad, 44, menyifatkan fitnah yang dilemparkan parti pembangkang, kononnya Ketua Wanita UMNO Jasin, Zaleha Bujang memboikot BN adalah rekaan dan fitnah semata-mata.

Menurutnya, lebih teruk apabila ada juga yang mendakwa bilik gerakan juga ditutup selepas Zaleha tidak dipilih sebagai calon.

“Sebagai calon, saya tiada masalah dengan Zaleha, begitu juga dirinya (Zaleha).

“Mereka seperti sengaja menimbulkan isu ini supaya menjadi lebih besar dan semua ini adalah dakyah penipuan parti pembangkang,” katanya di pusat operasi BN di sini, semalam.

Roslan berkata, isu boikot-memboikot dalam kalangan UMNO dan BN terutama jentera wanita pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau juga hanya khabar angin semata-mata.

Justeru, beliau berharap pengundi di Merlimau tidak mudah terpedaya dan bijak menilai sesuatu jika ia tidak benar.

Sebelum ini, timbul khabar angin daripada blog portal propembangkang menyatakan ada pimpinan UMNO dan BN berpecah gara-gara zaleha tidak dipilih sebagai calon.

Bagaimanapun, Zaleha yang kerap mengiringi Roslan dalam siri kempennya turut menafikan khabar angin itu menerusi sebuah akhbar berbahasa Inggeris.

Dalam pada itu, Roslan berkata, kempen pilihan raya menggunakan Facebook mendapat maklum balas positif daripada orang ramai.

Pas terdesak fitnah BN di Kerdau

March 3, 2011 by  
Filed under Articles, PRK N27 & N28

TEMERLOH: 03 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO berharap Pas tidak meneruskan kempen terdesak mereka dengan terus memfinah Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, Pas melakukan banyak pembohongan dengan cuba menipu rakyat dan ini modal mereka setiap kali pilihan raya.

“Dulu mengatakan BN bawa pengundi hantu, ini pula petugas hantu. Tiada modal lain, hanya untuk memfitnah sahaja kerja mereka (Pas).

“Jika benar… tunjuk bukti dan jangan buat tuduhan sembarangan sahaja. Jangan perbodohkan rakyat kata BN main kotor, kata ada jentera hantu untuk ganggu gugat jentera mereka,” katanya dalam siri lawatan kerja di DUN Kerdau.

Khairy berkata, semasa PRK seharusnya kita menjalankan kempen yang sihat, bukan memfitnah sesama kita.

Katanya, sambutan terhadap calon Pas amat kurang, justeru mereka melakukan apa sahaja bagi menunjukkan BN ini jahat dan main kotor.

“Perkara sebegini turut berlaku di Merlimau dan mereka tubuh skuad peninjau yang dikatakan bagi memantau pasukan BN, pada hakikatnya mereka terdesak,” katanya.

Terdahulu, Pas mendakwa terdapat 200 petugas ‘hantu’ yang ditugaskan mencuri maklumat berhubung pergerakan dan strategi Pas bagi diserahkan pada pihak lawan.

Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya percaya petugas tersebut datang daripada pihak BN.-Bernama

PRK Merlimau: Peluang BN Cerah, PAS Tetap Mengharap

March 3, 2011 by  
Filed under Articles, PRK N27 & N28

MERLIMAU : 03 Mac – Menjelang hari pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada Ahad ini, kempen semakin rancak dijalankan oleh calon-calon yang bertanding sama ada dari Barisan Nasional (BN) atau PAS.

Roslan Ahmad, 44, dari BN dan PAS pula diwakili Yuhaizad Abdullah, 38. Masing-masing sedang rancak dan kian memperhebatkan lagi kempen mereka keluar masuk kampung, pekan, kawasan estet dan bergerak dari rumah ke rumah.

Terdapat tujuh peti undi (PU) dalam DUN Merlimau iaitu Ayer Merbau, Chinchin, Jasin Lalang, Merlimau Utara, Merlimau Pasir, Permatang Serai dan Pengkalan Samak.

Berdasarkan statistik pecahan pengundi pula ialah di Ayer Merbau dengan Melayu (506), Cina (271), India (116) dan lain-lain (1); Chinchin pula 1,619 (M), 292 (C), 213 (I) dan 2 (L) serta Jasin Lalang terdapat 253 (M), 82 (C), 357 (I) dan 2 (L).

Di Merlimau Utara pula terdapat 244 (M), 97 (C); Merlimau Pasir 1,197 (M), 515 (C), 461 (I) dan 7 (L); Permatang Serai 1,724 (M), 341 (C), 8 (I) dan 7 (L) serta Pengkalan Samak 1,384 (M), 610 (C), 129 (I) dan 6 (L).

Sehingga kini kawasan yang menjadi tumpuan calon BN dan PAS ialah yang memiliki pengundi Cina yang ramai seperti Merlimau Pasir, Permatang Serai dan Pengkalan Samak. Secara keseluruhannya pengundi Cina adalah 20.84 peratus daripada keseluruhan pemilih berdaftar iaitu seramai 10,679 orang.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2004, jumlah pemilih N27 ialah 10,026 sementara pada 2008 meningkat kepada 10,472 dengan pertambahan sebanyak 445 orang dan pada tahun ini meningkat kepada 10,679 orang layak mengundi dengan 207 pengundi baru.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pengurusan dan Integriti Melaka, Datuk Abdul Rahim Abu, BN dilihat berjaya mengembalikan kepercayaan penduduk Merlimau dengan membawa pembangunan menyeluruh ke kawasan itu.

Katanya, sebagai contoh pembinaan Politeknik Merlimau dan akan datang Universiti Teknologi Mara (UiTM) melonjakkan lagi Merlimau di peta pendidikan tinggi negara.

“BN juga dilihat dapat mengembalikan sokongan pengundi veteran yang dikatakan ‘dipinggirkan’ pada 2008 dan pengundi muda melalui calon pemuda yang ditonjolkan pada pilihan raya kecil kali ini,” jelasnya.

Tiada isu tempatan yang dijaja oleh mana-mana calon kerana kawasan ini secara keseluruhannya lengkap dan segala masalah berjaya diselesaikan oleh BN.

Yuhaizad banyak memperkatakan antaranya tentang wang rakyat yang dibazirkan, duit pembayar cukai ‘dirompak’ tetapi ia tidak difikirkan begitu oleh pengundi N. 27.

Dalam banyak pilihan raya kecil, kaum Cina menjadi tumpuan dan kadangkala dikatakan penentu kalah menang calon tidak kira pembangkang atau pemerintah.

Jentera-jentera parti di Merlimau menumpukan kempen dan perang saraf di kawasan pengundi Cina terlebih dahulu sebelum beralih ke kawasan Melayu selain pengundi muda.

Berdasarkan pengamatan, BN dilihat kembali memperoleh kepercayaan pengundi khususnya kaum Cina. Yang muda juga semakin cenderung kepada BN selepas PRU 2008.

PRK DUN Merlimau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan dari BN pada 20 Januari lalu. PRU 2008 menyaksikan Mohamad Hidhir menewaskan Jasme Tompang dengan majoriti 2,154.

Dengan kempen bersungguh-sungguh oleh BN, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yakin telah memperoleh sokongan 80 peratus pengundi Merlimau. Selebihnya adalah golongan atas pagar.

Walaupun Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul buat pertama kalinya di Merlimau malam Selasa, ia belum menjanjikan pertambahan sokongan kepada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.

Sebahagian mereka yang hadir pada ceramah adalah orang luar yang jelas bukan pengundi di N27. Oleh itu, PAS perlu lebih bertenaga untuk menagih undi penduduk kawasan berkenaan. Kerana itu Abdul Rahim berkata, kekuatan dan pengaruh PAS tidak boleh dinafikan.

“Kecenderungan pengundi sememangnya kian kepada BN, ia semakin positif namun jangan lupa bahawa PAS juga ada pengaruhnya.

“Jika seorang ahli PAS ada dalam keluarga, dia mampu menarik tiga lagi ahli keluarganya menyokong parti pembangkang itu, itulah kekuatan mereka tetapi BN nampaknya semakin kuat di sini,” katanya ketika ditemui pada Rabu.

Senario ‘semakin positif untuk BN’ ini jika berterusan dan diterjemahkan oleh pengundi pada 6 Mac ini tidak mustahil boleh merampas kembali kira-kira 3,000 pengundi BN yang ‘berpaling tadah’ pada PRU ke-12.

Pengundi Merlimau dinasihat waspada hasutan pembangkang

March 2, 2011 by  
Filed under Articles, PRK N27 & N28

JASIN 2 Mac — Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau dinasihat supaya berwaspada dengan hasutan serta taktik kotor yang digunakan oleh pembangkang dalam meraih sokongan pada pilihan raya kecil kerusi DUN itu, Ahad ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata pembangkang dilihat memperalatkan agama, sehingga ditonjolkan begitu penting, untuk mereka memenangi pilihan raya itu.

Pembangkang tidak pernah memikirkan bahawa tindakan mereka itu boleh mengundang kepada unsur perpecahan dan pergaduhan di kalangan umat Islam, katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di DUN Merlimau di Pusat Kegiatan Kemas dekat sini, semalam.

“Jadi kita jangan semudah itu untuk gunakan landasan agama yang dekat dengan hati dan jiwa manusia ini dipersendakan untuk kepentingan ideologi politik kita.

“Kita harus lihat bukan hanya di peringkat dunia bahkan di akhirat ukurannya akan ada,” kata Shafie yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. — Bernama

« Previous PageNext Page »