Penyatuan Pas-UMNO Dihalang Agenda Politik Pas – Kata Pensyarah
December 26, 2011 by admin
Filed under Lain Lain Berita, Politik, Politik Nasional
Comments Off
Agenda politik sempit Pas yang mengatasi kepentingan ummah menyukarkan usaha memupuk kerjasama dan penggabungan antara parti itu dan UMNO, kata seorang penganalisis politik.
Hasan Ali Sedia Tidak Dicalonkan Semula Pada PRU-13
December 13, 2011 by admin
Filed under Berita Terkini, Politik Nasional
Comments Off
Hasan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas kawasan Gombak Setia berkata sama ada beliau digugurkan atau tidak, ia tidak menimbulkan masalah dan halangan serta tidak memerlukan parti atau presiden untuk mengiktiraf beliau dan hanya setia kepada Allah.
“Soal ini (calon) kecil. Agenda nak martabatkan Islam bukan sempadannya Selangor, Perak, Malaysia tetapi alam buana ini. Kalau itu menyebabkan saya kecewa, saya rasa kecil benarlah cita-cita untuk menegakkan Islam itu.
“Saya hendak Allah swt mengiktiraf usaha kecil yang saya jalankan untuk perpaduan umat, untuk bangsa Melayu dan kedaulatan institusi Raja Melayu. Kalau berjuang atas Islam, Melayu tak tertakluk kepada ganjaran sama ada berbentuk wang, jawatan, pangkat sebagainya,” katanya kepada pemberita di rumahnya di sini Isnin.
Beliau mengulas demikian berikutan kontroversi laporan akhbar semalam yang mengatakan beliau digugurkan daripada menjadi calon Pas bagi bertanding pada pilihan raya umum akan datang, namun dinafikan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor selama lapan tahun itu berkata setakat ini juga pimpinan tertinggi parti tidak memaklumkan apa-apa perkara mengenai sama ada beliau digugurkan daripada menjadi calon ataupun sebaliknya.
“Saya tak tahu berapa pencalonan, berapa saya terima, bila pencalonan dibuka dan ditutup dan berapa cawangan yang menyokong saya, tiba-tiba meletup sahaja (berita) dua hari lepas waktu saya nak terima anugerah (daripada Sultan Selangor),” katanya.
Katanya, sebagai kesimpulan beliau tidak pernah berubah dalam hal mengagungkan Islam, memartabatkan bangsa Melayu dan mendaulatkan institusi Raja dan sama ada dicalon atau tidak itu tidak menjadi halangan, bahkan isu ini menjadikan semangatnya lebih kental untuk terus berjuang.
“Cuba anda rasa hati seorang insan, ratusan yang mengucapkan tahniah kepada saya daripada pelbagai tempat tiba-tiba (keluar berita digugurkan kerana) Dr Hasan tak dapat pencalonan cukup? Apa awak rasa sebagai seorang manusia? Dalam hati kecil awak?” tanyanya.
Semalam, Hasan menerima anugerah Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor yang membawa gelaran Datuk sempena Hari keputeraan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang ke-66.
Hasan juga tidak menyalahkan Ketua Penerangan Pas Selangor Shaari Sungib kerana mungkin beliau mempunyai niat yang baik apabila memilih untuk mendedahkan perkara ini kepada media secara terbuka.
Tetapi, katanya, setakat yang diketahui dan untuk mengelak kekeliruan berterusan, kaedah pencalonan ialah dengan mengambil kira pencalonan daripada cawangan-cawangan tetapi ini tidak menjadi faktor penentu (pemilihan calon) kerana wujudnya pertimbangan-pertimbangan yang lain.
“Sebagai contoh saya sendiri ditunjuk bertanding di DUN Gombak Setia pada pilihan raya umum lepas dan bukan atas dasar pencalonan daripada cawangan-cawangan.
“Dan begitu juga ketua penerangan Pas negeri sekarang yang bertanding di DU NHulu Kelang tidak mengikuti proses penerimaan pencalonan daripada cawangan-cawangan di Hulu Kelang dalam pilihan raya umum lepas,” katanya.
Katanya dalam amalan parti, isu calon yang bakal bertanding pilihan raya diputuskan oleh Pas Pusat selepas melalui proses penilaian oleh Majlis Syura Ulama.
“Adalah tidak sesuai sekiranya mana-mana individu bertindak untuk mendahului pimpinan tertinggi parti dalam hal ini.
“Saya berharap pimpinan tertinggi parti dapat memantau anggota dan pimpinan di pelbagai peringkat agar tidak membuat sebarang kenyataan yang mendahului pimpinan tertinggi parti demi menjaga keutuhan dan wibawa parti,” katanya. Begitupun Hasan berkata beliau merasakan mungkin ada sedikit gangguan dalam parti di peringkat negeri untuk menahan kemaraannya tetapi ia hanya spekulatif darinya sendiri dan berharap itu tidak berlaku.
Katanya, beliau akan terus bekerjasama dengan Pas dan pakatan pembangkang selagi pihak berkenaan mempertahankan prinsip Islam, hak Melayu dan institusi Raja dan tidak semudah itu untuk keluar daripada Pas jika menghadapi masalah dalaman parti.
Ditanya sama ada beliau setia kepada parti dan pakatan pembangkang, Hasan berkata: “Saya setia kepada Allah. Kepada umat, dalam konteks ini, saya tidak suka menggunakan istilah setia, tetapi bekerjasama”.
Mengenai soal perpaduan umat dan masyarakat Malaysia, beliau menawarkan diri untuk menjadi anggota jawatankuasa peringkat negeri mahupun persekutuan dan mendakwa mempunyai jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah berkenaan.
Hasan berkata ramuan yang diperolehnya itu sudah dicuba berbelas-belas tahun dalam melahirkan perpaduan yang sejati dan berdasarkan Islam. - BERNAMA
BN kekal DUN Merlimau dengan majoriti 3,643 undi.
March 6, 2011 by Mail
Filed under Articles, PRK N27 & N28
JASIN, 6 Mac – Barisan Nasional mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau apabila calonnya Roslan Ahmad mengalahkan calon PAS Yuhaizad Abdullah dengan majoriti 3,643 undi.
Roslan memperoleh 5,962 undi manakala Yuhaizad 2,319 undi.
BN kekal DUN Kerdau dengan majoriti 2,724 undi
March 6, 2011 by Mail
Filed under Articles, PRK N27 & N28
TEMERLOH, 6 Mac — Calon Barisan Nasional (BN) Syed Ibrahim Syed Ahmad menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dengan majoriti 2,724 undi.
Syed Ibrahim, 44, memperoleh 5,060 undi manakala Hassanuddin, 43, mendapat 2,336 undi.
Keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Tarif Abdul Rahman kira-kira 8.20 malam.
Sebanyak 90 kertas undi ditolak.
Sejumlah 7,486 pengundi atau 83.20 peratus daripada 8,999 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil itu.
Pada pilihan raya umum 2008, kerusi berkenaan dimenangi calon BN Datuk Zaharuddin Abu Kassim, dengan majoriti 1,615 undi.
– BERNAMA
80 peratus keluar undi di Kerdau, cecah sasaran awal
March 6, 2011 by Mail
Filed under Articles, PRK N27 & N28

TEMERLOH, 6 Mac — Sasaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyaksikan lebih 80 peratus pemilih keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang kawasan Kerdau dicapai pada pukul 4 petang ini.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Kerdau Datuk Tarif Abdul Rahman ketika dihubungi berkata setakat 4 petang, kira-kira 81.52 peratus atau 7,336 orang sudah keluar mengundi sejak pusat mengundi dibuka pada pukul 8 pagi.
SPR meletakkan sasaran itu berdasarkan peratus keluar mengundi pada pilihan raya umum 2008 sebanyak 80.3 peratus.
Kurang sejam lagi, semua 13 pusat mengundi dengan 22 saluran akan ditutup serentak pada pukul 5 petang.
Sejurus ditutup, kesemua peti undi akan dibawa ke Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh untuk dijumlahkan.
– BERNAMA
Merlimau: 76.87 Peratus Sudah Keluar Mengundi Sehingga 4 Petang
March 6, 2011 by Mail
Filed under Articles, PRK N27 & N28
JASIN, 6 Mac — Sebanyak 76.87 peratus daripada 10,679 pemilih berdaftar telah keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Merlimau sehingga 4 petang ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
SPR mensasarkan lebih 80 peratus pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil ini yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Roslan Ahmad, 44, dan calon PAS Yuhaizad Abdullah, 38.
– BERNAMA
PRK Kerdau: SPR Kesal Penyokong Cetus Provokasi
March 6, 2011 by Mail
Filed under Articles, PRK N27 & N28
TEMERLOH: 06 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kesal dengan sikap penyokong parti politik yang mencetuskan provokasi hingga menyebabkan ketegangan di luar kawasan pusat mengundi.
KECOH… Anggota Polis Diraja Malaysia terpaksa masuk campur untuk mententeramkan peraih undi PAS ketika berlaku sedikit kekecohan di hadapan pusat pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau di Temerloh, Ahad. – Foto BERNAMATimbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata tindakan berkenaan dikhuatiri akan menyebabkan pengundi berasa takut untuk keluar mengundi apabila melihat ketegangan yang dicetuskan penyokong parti yang kebanyakannya adalah orang luar.
“Sudah menjadi perangai penyokong parti yang masih lagi degil dan tidak mahu mengikut arahan pihak SPR dan polis agar tidak berkumpul beramai-ramai di luar pusat mengundi.
“Tindakan provokasi dan perang mulut ini sebenarnya boleh menakut-nakutkan pengundi untuk keluar mengundi,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Ahad.
Beliau mengulas mengenai insiden pergaduhan kecil diluar pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau yang berlaku kira-kira pukul 8.55 pagi tadi.
Pergaduhan berkenaan dipercayai berlaku akibat provokasi penyokong PAS yang memasuki kawasan penyokong Barisan Nasional (BN) yang hanya dipisahkan dengan sebatang jalan.
Bagaimanapun insiden berkenaan berjaya dileraiakan oleh anggota keselamatan yang bertugas.
Pengundian: Kerdau 36 peratus, Merlimau 30 peratus setakat 10 pagi
March 6, 2011 by Mail
Filed under Articles, PRK N27 & N28
KUALA LUMPUR, 6 Mac — Seramai 30 hingga 36 peratus pengundi telah keluar mengundi pada pilihan raya kecil kerusi DUN Kerdau dan Merlimau sepanjang dua jam pertama pagi ini.
Peratusan mengundi di Kerdau adalah 36.25 peratus atau kira-kira 3,262 orang setakat pukul 10 pagi tadi.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau Datuk Tarif Abdul Rahman berkata SPR menyasarkan peratusan pengundi yang keluar mengundi bagi pilihan raya kecil ini adalah lebih 80 peratus.
Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN) Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Kuala Tekal di Kuala Krau pada pukul 8.20 pagi tadi.
Pada pilihan raya kecil ini Syed Ibrahim dicabar Hassanuddin Salim dari PAS.
Di Merlimau pula SPR merekodkan kehadiran 30 peratus atau 3,175 orang juga sehingga 10 pagi.
Perkembangan itu menunjukkan kedua-dua kerusi Kerdau dan Merlimau menyaksikan peningkatan sekali ganda berbanding kedudukan sejam pertama.
Dalam sejam pertama Merlimau mencatatkan 14 peratus keluar mengundi manakala di Kerdau pula 16 peratus.
Ini kali ketiga sejak Mac 2008 negara menyaksikan pilihan raya kecil serentak.
Pusat-pusat pengundian seperti lazim dibuka 8 pagi tadi dan akan ditutup 5 petang ini.
Keputusan dijangka diketahui sekitar pukul 8 malam.
Semalam, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata: “Esok (hari ini) ramalan cuaca di Merlimau hujan pada sebelah petang.”
“Jadi saya nasihatkan pengundi keluar awal,” katanya.
SPR juga menasihati mereka agar menyemak terlebih dahulu pusat pengundian, membawa kad pengenalan dan tidak memakai barang larangan seperti pakaian serta lencana tertera logo parti.
SPR membenarkan parti yang bertanding membantu mengangkut pengundi ke pusat pengundian tetapi kenderaan yang digunakan tidak menggunakan logo parti, sebaliknya menggunakan kertas biru bersaiz A4 bagi BN dan hijau bagi PAS dilekatkan di cermin hadapan kenderaan tersebut.
Di Merlimau seramai 10,679 orang layak untuk menentukan antara Roslan Ahmad, yang juga ahli jawatankuasa Umno Jasin dan Yuhaizat Abdullah iaitu Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.
Roslan mengundi di Sekolah Kebangsaan Merlimau 1 manakala Yuhaizat, yang bukan merupakan pengundi di Merlimau, mengiringi ibunya yang mengundi di Chinchin pada pukul 8.30 pagi.
MENYUSUL LAGI
Keputusan pilihan raya 8 malam
March 6, 2011 by Mail
Filed under Articles, PRK N27 & N28
MERLIMAU: 06 Mac – Keputusan pilihan raya kecil bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau dijangka diketahui seawal-awalnya jam 8 malam ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof.
Peratusan keluar mengundi bagi kedua-dua DUN pula disasarkan mencecah 80 peratus dengan pengundi dinasihatkan keluar awal menunaikan tanggungjawab itu berikutan cuaca dijangka hujan pada sebelah petang. DUN Merlimau dan Kerdau, masing-masing mempunyai 10,679 dan 8,999 pengundi berdaftar.
Abdul Aziz turut mengingatkan parti bertanding tidak berkempen pada hari pengundian serta meraih undi dengan membuka barung atau di pusat operasi masing-masing.
DUN Merlimau: Proses pengundian bermula jam 8 pagi
March 6, 2011 by Mail
Filed under Articles, PRK N27 & N28
JASIN: 06 – Proses pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka bermula hari ini dengan pusat-pusat pengundian dibuka mulai 8 pagi ini.
Calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad, 44, iaitu Ahli Jawatankuasa
UMNO bahagian Jasin, ditentang calon PAS, Yuhaizad Abdullah, 38, yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka, dalam pertandingan di DUN Merlimau.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lalu akibat serangan jantung.

















